Author: Alina Haizar
•12:38 PM
Salam mesra dan selama membaca,


Kali ini saya nak ambil kesempatan untuk membuat sedikit ulasan tentang sebuah novel yang amat menarik yang baru saya habis baca. Sebenarnya saya telah beli buku ini setahun yang lepas tetapi oleh kerana masa itu saya sedang habiskan MBA, maka novel ini saya KIV dulu.

Buku setebal 759 mukasurat karya penulis baru berbakat bernama Alina Haizar amat memikat hati saya untuk membacanya hingga ke halaman terakhir. Novel bergenre cinta ini amat menarik dari segi kaitan jalan ceritanya dari mula hingga akhir. Plot cerita disusun dengan kemas dan segala persoalan di segenap minda tatkala menghayati novel ini, ada saja jawapannya. Jangan risau tentang bahasa yang digunakan. Novel Aku Yang Kau Tinggalkan ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu berbunga-bunga. Ada ketika saya berangan sedang berada di turin, Itali dimana kebanyakan latar cerita bersandarkan daerah tersebut.

Novel ini mengisahkan pengorbanan besar yang terpaksa dilakukan oleh watak utamanya Nia Athirah (Nia) sehingga membawanya merantau ke negara asing walaupun tanpa secalit pengalaman dan pengetahuan terhadap negara tersebut. Namun begitu secara kebetulan Nia bekas penuntut TESL dari UUM, jadi bahasa inggeris bukanlah jadi masalah Nia di luar negara. Nia terpaksa berkahwin dengan seorang mangsa kemalangan yang baru sedar dari koma yang panjang, dan terpaksa merangkak mengajar pemuda bernama Zaril Ikhwan itu membaca dari awal. Nia terpaksa melupakan Farid dan berkahwin demi menutup hutang keluarganya.



Adakala insiden-insiden yang tidak disengajakan antara Nia dan Zaril

setelah dipertemukan semula kelihatan begitu romantik dan mendebarkan. Ada sahaja dialog Zaril yang menyakat Nia yang sering membuatkan hati Nia berdebar-debar. Namun yang pasti cinta Nia amat utuh untuk Zaril hinggakan selama lima tahun dia masih lagi bersendirian membesarkan anaknya.





Kebanyakan watak sampingan hanya kita kenali pada bahagian2 tertentu sahaja dan watak2 seperti Farid (bekas boyfriend Nia) , Ani (adik Nia), ibu Zaril, ayah Zaril (En Zahari), adik Zaril bernama Azman dan banyak lagi watak tidak dikembangkan sumbangan mereka di dalam novel ini. Namun begitu saya faham, mungkin Alina mahu menumpukan watak penting sahaja seperti Nenek Zainun, kawan rapatnya bernama Maximo dan Hajier rakan yang membantu mengasuh anaknya Hazriel.



Penceritaan tentang R&D, tempat2 bersejarah, muzium, dilukis dengan begitu terperinci menjadikan kita seolah2 berada di tempat2 yang diceritakan.



Contohnya:

Perjalanan ke Anacapri berliku-liku dan menaiki bukit, melalui

cerun-cerun yang tinggi. Risau Nia melihat ke luar tingkap. Sebelah jalan ialah tebing yang tinggi. Kalau jadi apa-apa, terus bas menjunam masuk ke dalam laut. Ngerinya!


Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan tema dan penceritaan keseluruhan novel AYKT ini. Tidak hairan jika satu hari nanti novel ini menjadi pilihan penerbit TV untuk didramakan pula. Segala rempah ratus sebagai sebuah novel percintaan yang matang begitu terserlah di dalam novel ini. Buku ini memang tebal, tetapi jangan risau, anda tidak akan bosan dengan intipati yang diadunkan hingga tidak perasan saya boleh menghabiskan bacaan novel ini dalam tempoh sehari sahaja.



Sinopsis di belakang kulit buku :


Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril

Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.



Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia juga mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik sahaja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.



Takdir menemukan mereka semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang terpendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing

yang sebenarnya telah ditinggalkan.



Apakah rahsia yang dipendamkan itu…?


Tahniah kepada penulis, Alina Haizar.


Oleh,

Aynora nur @ mykarya.net
|
This entry was posted on 12:38 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: