Author: Alina Haizar
•10:49 PM
ILM Bab 3

Maximo terjaga dari tidur. Mulanya dia tidak tahu apa yang membuat dia terjaga. Terasa agak marah kerana tidurnya terganggu.  Maximo memandang ke arah jam di tepi katilnya.  Nampaknya masih terlalu awal lagi.   Jam menunjukkan pukul 5.50 pagi.  Di luar keadaan masih gelap lagi.  Selalunya Maximo akan bertolak dari rumahnya pada pukul 8.30 pagi untuk ke pejabat.  Waktu pejabatnya bermula pada pukul 9.00 pagi.   Maximo selalunya  bangun awal dan  kemudian dia akan berjogging di sekitar kawasan apartment tersebut, kemudian baru dia bersarapan dan mandi baru dia akan ke pejabat dengan menaiki teksi.   Selalunya dalam masa dua puluh minit dia akan sampai ke tempat kerja.  Tetapi waktu  ini masih terlalu awal untuk dia bangun dan bersiap-siap ke pejabat.  Maximo memejamkan semula matanya, ingin menyambung tidurnya.  Bila dan menutup matanya, baru dia perasan apa yang membuatkan dia terjaga tadi.

Laungan yang mendayu-dayu yang yang telah mengejutkan Maximo dari tidur.  Laungan itu seperti memanggil-manggil dirinya. Maximo membuka matanya semula, fokuskan seluruh mindanya dengan bunyi laungan yang datang dari luar sana.  

Sejak dari mula masuk ke apartment tersebut,  Maximo tidak pernah menutup tingkap dan dan pintu balkoni dia rumahnya, Dia mahu udara segar keluar masuk di apartmentnya itu.  Maklumlah apartmentnya terletak di tingkat 20.  Tetapi dia pelik juga bila dia fikirkan dari mana datang bunyi yang menganggunya itu.  Bunyinya begitu jelas sekali kedengaran.  Adakah  bunyi itu datang dari salah sebuah apartment jirannya yang sama ketinggian dengan apartment Maximo.  Siapa yang begitu tidak bertanggungjawab yang memasang radio atau cd dengan volume yang begitu kuat sehingga menganggu jiran-jiran yang lain.  Bila ada kesempatan Maximo akan bertanya dengan Houri dan Parvin, sepasang wanita Iran yang dia kenali pertama kali dia sampai di apartment ini. Mereka yang melambai kea rah Maximo ketika Maximo, Nia dan Zaril bersama keluarganya berada di balkoni.  Pasangan Houri dan Parvin dan tinggal di sini sejak dua tahun yang lalu.  Houri bekerja di Kedutaan Iran, manakala menurut Parvin pula, dia merupakan pelajar Sarjana di Universiti Malaya.  Mereka berdua begitu baik dengan Maximo selalu menegur Maximo bila bertemu dan selalu mengajak Maximo ke rumah mereka.  Apa yang membuat Maximo senang tinggal di situ ialah kerana ada terdapat expatraite yang tinggal di situ dan ini membuat Maximo rasa selesa tinggal di situ dan tidak kesunyian.  Semua orang begitu peramah dan baik dengan Maximo.  Mesti Nia dan Zaril telah fikirkan tentang semua itu bila memilih tempat tinggal untuk petugas-petugas yang datang ke Malaysia dalam usahasama mereka ini.

Bunyi laungan yang menganggu Maximo itu terus berkumandang.  Baru Maximo sedar bunyi ini yang membuat dia tersedar awal sejak seminggu yang lalu.  Selama ini Maximo ingat dia tersedar begitu awal dengan sendiri bukan sebab diganggu.  Terasa panas hati Maximo.  Bunyi laungan yang mendayu-dayu ini rupa-rupanya yang menggangunya selama ini. Dan selepas itu Maximo dapati dia sukar hendak tidur kembali.  Membuatkan Maximo kena bangun awal setiap hari.  Maximo sudah biasa dengan tidur yang cukup sepanjang malam.  Bila dia terjaga sangat awal, dia rasa mengantuk di tempat kerja.  Untuk mengelakkan Maximo keletihan di waktu kerja, Maximo ambil keputusan untuk tidur awal.  Dengan yang demikian pada hari berkerja, Maximo tidak berpeluang untuk berjaga lewat atau keluar berhibur.  Houri dan Parvin telah beberapa kali mengajak Maximo keluar minum-minum pada waktu waktu malam, tetapi Maximo terpaksa menolak kerana dia rasa amat penat dan perlu berehat.

Mungkin Jika ada kesempatan Maximo akan terima ajakan mereka berdua untuk keluar pada malam Sabtu malam untuk bersukaria.  Maximo masih muda,  Banyak yang dia hendak lakukan bagi mengisi kekosongan dirinya.  Lagipun dia masih belum berpunya dan nyata Nia Atirah bahagia dengan Zaril  Ikhwan.  Maximo kena tepati janjinya sendiri.  Kalau Nia ATirah bahagia, dia tidak akan mengharap lagi untuk hidup bersama dengan Nia Atirah.  Jadi Maximo kena terima kenyataan itu dan teruskan hidupnya.  Apasalahnya Maximo mula berbaik-baik dengan Houri dan Parvin, mungkin mereka boleh memenuhi apa yang Maximo inginkan selama ini.  Mereka ada apa yang Maximo inginkan.  Lagipun kedua-dua perempuan Iran tersebut tidak kurang cantiknya.  Memang kalau di perhatikan lebih cantik dari Nia Atirah, dengan mata hitam, rambut perang dan hidung mancung mereka.  Seperti puteri Persia dalam kisah 1001 satu malam. Tetapi soal hati bukan dapat di tentukan.  Kalau hati sudah terpaut, seribu bidadari  beratur di hadapannyanya, hanya Nia ATirah juga yang cantik pada Maximo. 

“Stop it Maxi...” Maximo tegur dirinya sendiri.  Dia kena hentikan dari berfikir tentang Nia Atirah.  Sesuatu yang sukar. Selama dua tahun dia berjauhan dengan Nia ATirah pun sukar dia melupakan Nia ATirah, Inikan dia sudah berada dekat dengan Nia ATirah. Malahan pada  hujung minggu ini, dia akan habis bersama dengan Nia ATirah dan keluarganya kerana pada hari ISnin nanti ialah hari cuti am.   Nia hendak bawa Maximo berjalan-jalan ke kampungnya. Katanya di Utara Semenjang Malaysia.  

Maximo mengeluh sambil memekupkan bantai di kepalanya.  Kalaulah dia boleh tidur kembali lupakan lara di hatinya.  Tetapi dia sudah tidak mengantok lagi. Matanya sudah terbuka besar.  Macamana hendak terangkan apa yang bermain di fikirannya, dia rasa bahagia dalam derita bila bersama Nia Atirah, Zaril Ikhwan dan anak-anak mereka.  Bahagia kerana dapat mendampingi Nia Atirah, derita kerana tahu yang dia tidak mungkin memiliki Nia Atirah. Dalam masa yang sama dia rasa syukur yang Nia Atirah bahagia dengan Zaril Ikhwan, adakalanya dia cemburu dengan Zaril Ikhwan kerana dia yang Nia Atirah cintai, bukan Maximo.  Kemanisan yang berduri. Sampai bila harus Maximo menderita begini tetapi dia tidak mahu ke mana-mana, dia tetap mahu berada di sini.

“Why am I such a fool.” Kata Maximo lagi.
“Allahu Akbar Allahu Akbar.. Laillaha illallah...” Panggilan yang mendayu-dayunya itu akhirnya selesai dan suasana kembali sepi.  Maximo mengeluh sendirian. Walaupun keadaan sudah sunyi, Maximo sudah tidak boleh melelapkan matanya langsung.  Dia bangun perlahan-lahan, keluar dari bilik tidurnya dan pergi ke arah Balkoni. Maximo duduk bersandar di kerusi rotan yang khas di belikan oleh Nia untuk Maximo bersantai di balkoni. 

“We bought this chair specially for you so you can rest here while having your evening tea.” 
Terasa terharu dengan keperihatinan Nia ketika itu.  Nia memang ambil berat sangat tentang Maximo, tetapi yang membuat hatinya rasa bagai dihiris-hiris, sayang Nia kepada dirinya tidak seperti cinta Nia pada Zaril Ikhwan. 
Maximo memeluk dirinya, angin dingin bertiup perlahan, terasa nyaman sekali. Perlahan perasaan resah Maximo mula hilang.  Dia mula rasa bersedia untuk menmpuhi hari yang baru ini.   Maximo rasa begitu selesa dengan keadaan dingin di pagi hari itu.  Selama setahun yang akan datang ini nanti, Maximo tidak perlu risau tentang perubahan Iklim, tidak perlu fikir hendak beli baju untuk musim panas, musim luruh atau musim bunga dan musim sejuk. Cuaca di Malaysia ialah sama sepanjang tahun, menurut Nia Atirah,   perbezaannya hanya kalau ada hujan,hujan renyai-renyai, hujan lebat, hujan sangat lebat atau tiada hujan.  Maximo memandang kesekeliling kawasan apartment Sri Maya dan nun jauh di sana, ke a rah bandar Kuala Lumpur. Keadaan sekeliling masih sunyi sepi.  Tidak banyak kenderaaan yang telah keluar di jalan.  Lampu-lampu jalan masih lagi menyala.  Maximo memandang ke arah langit.  Di ufuk timur, langit berwarna jingga.  Tidak lama lagi matahari akan naik dan hari akan bertukar menjadi cerah.  Semua yang sedang tidur akan bangun dan mulakan aktiviti harian.    
Kelihatan bahagian dapur sesetengah apartment-apartment mula terang.  Agaknya para ibu hendak menyediakan sarapan untuk anak-anak ke sekolah.  Nanti bila Maximo turun untuk berjogging, ramai kanak-kanak sudah berada di bawah untuk ke sekolah, sama ada menaiki bas sekolah atau dihantar oleh ibu bapa mereka.  Suasana sunyi sepi mula bising dengan aktiviti pagi, menandakan hari baru sedang bermula. Maximo suka dengan kekcohan waktu pagi terutama sekali bila mendengar suara kanak-kanak yang sibuk hendak ke sekolah.

Maximo memandang ke arah apartment Houri dan Parvin.   Seperti Maximo mereka berdua juga tidak pernah menutup pintu kaca di balkoni atau tingkap.  Hanya bidai buluh sahaja yang di pasang di balkoni untuk menghalang hujan masuk atau menahan kepanasan cahaya matahari dari masuk ke ruang tamu.  Apartment Houri dan Parvin masih gelap gelita.  Mereka berdua masih belum bangun lagi. Mungkin mereka keluar hingga lewat malam, pada malam tadi.  Mereka ada mengajak Maximo keluar pada pukul sepuluh malam tadi tetapi Maximo terpaksa menolak kerana dia hendak masuk tidur agak awal semalam.  Maximo kepenatan.  Keputusan Maximo itu betul kerana setelah masuk tidur awal semalam, pagi ini walaupun tidurnya sekali lagi di ganggu oleh bunyi panggilan yang mendayu-dayu itu, Maximo rasa segar.        
Maximo kemudiannya bersiap-siap untuk turun berjogging di sekitar kawasan Seri Maya.  Kalau ada masa dia boleh berenang seketika, baru dia bersarapan dan bersiap-siap ke pejabat.  Pagi yang tenang dan nyaman. Beginilah cara yang terbaik untuk memulakan hari yang indah ini. 

****************************************************
“Are you sure it’s comes from your neighbours?” Soal Nia Atirah. “Describe to me the disturbing sound.” Berkerut dahi Nia Atirah cuba menyelesaikan masalah Maximo.

“A man voice calling out.  Something maybe Arabic?”

“Arabic?” Are you sure. Maybe your Iranian friends are having a party?”  Teka Nia Atirah.  Memang ramai penghuni di situ dari Timur tengah.  Mungkin mereka ada buat majlis keramaian sehingga menganggu tidur Maximo.

“You mean Houri and Parvin?”  Maximo menyoal Nia  Atirah, memandang wajah Nia Atirah.  Cuba memastikan sama ada Nia Atirah betul-betul bertanya atau sekadar menyindir Maximo.  Adakah Nia Atirah rasa cemburu Maximo berkawan baik dengan Houri dan Parvin.?  Tetapi wajah Nia Atirah tidak menampakkan dia rasa cemburu, hanya perihatin terhadap Maximo.  Maximo tahu dia hanya membuang masa tetapi kadang-kala hatinya tetap mengharap.

“No… Nia..I told you it was not during midnight.  It’s early in the morning.  Houri and Parvin are asleep.  Their apartment was still dark at that time.   Anyway, I rarely sees them entertaining anyone.  Most of the time they went out until late.” Terang Maximo.  Maximo berada di sebelah Nia yang sedang memandu kereta.  Nia datang ambil Maximo untuk di bawa ke rumahnya, kemudian apabila Zaril Ikhwan balik dari pejabat, mereka semua akan bertolak ke Utara.  

Maximo menjeling sekilas ke belakang.  Sepupu Nia Atirah, Damia Zahra hanya mendengar perbualan mereka berdua tanpa berkata apa-apa.  Maximo memberikan senyuman yang tidak ada apa-apa makna kepada Damia Zahra, hanya tidak mahu kelihatan tidak beradab kerana tidak memperdulikan Damia langsing sejak tadi lagi.  Hari ini nampaknya Damia kelihatan begitu cantik sekali dengan memakai tudung bewarna krim.  Tetapi Damia tidak banyak bercakap hari ini, Cuma diam dan memerhatikan sahaja Maximo dan Nia Atirah berbual.  

Nampaknya ke mana-mana sahaja Nia Atirah akan bawa Damia Zahra bersama. Kadang kala Maximo ingin hanya berdua sahaja dengan Nia Atirah tanpa Damia yang menjadi `chaperone’.   Dapatlah dia berbual hal peribadi dengan Nia Atirah.  Mungkin dia dapat lebih lagi selami apa perasaan Nia Atirah sebenarnya.

“Oh… early morning?  What time was it?”  Tanya Nia Atirah lagi.  Nia Atirah tidak sedar apa yang bermain dalam fikiran Maximo.

“Yes.. at first, I woke up by the call at around  5.50 in the morning.  Somewhere around that.”
“Around 5.50 am…”  Nia Atirah kemudiannya ketawa kecil.  “It’s already morning.  Everyone is already up by that time.”  Kata Nia ATirah.

“Well…not me!  I usually wake up at 7.30 or 8.00 am, get ready and go to work by 8.30 am.”  Terang Maximo lagi.  “There’s no need for me to wake up that early and it is still dark.”   
“We wake up around that time because we must perform solah.” Terang Nia Atirah. Tiba-tiba dia terfikir.
“Maxi..maybe what you heard is muazim calling for prayer.” 
“Uh… really…Muazzim zalling for prayer.”
“You know that muslim pray five times a day.  Before that muazzim will call for prayer from the mosque.  It is in Arabic.”

“But we have mosleem in Italy, and they pray too but I never heard that call.”
“Of course you never heard the call in public.  It was not allowed, unlike here.  All mosque and mussola has muazim to call for prayer, through the PA systems.  It is also in all the National televisyen and radio. Here we call it as azan.”

Maximo mengerutkan dahinya cuba mengingatkan sama ada selama dia berada di Malaysia dia ada terdengar azan berkemundang di televisyen atau radio atau semasa dia berjalan di sekitar Kuala Lumpur. Dia betul-betul tidak perasan.  

“But anyway, the neighbours should have low down the volume of their radio.  The sound woke me up everyday and then I can’t go back to sleep.  I gets upset every morning.” Adu Maximo kepada Nia Atirah.
Damia Zahra memandang sahaja  mereka berdua dari belakang tanpa berkata apa-apa tapi dalam hati dia geram juga dengan Maximo.

“Sengallah mamat Italy ni…” Rungut Damia Zahra sendirian.  “Aku yang bangun pagi-pagi buta,  ambil air sembhayang dalam sejuk-sejuk tu dan lepas tu sembahyang subuh, boleh  tidur balik dengan senang aje.”  Ini tidak boleh  tidur balik bila sudah terjaga pun hendak mengadu dengan Nia Atirah. 

Nia Atirah terus mengerutkan dahi memikirkan tentang masalah Maximo.  Pelik juga jika difikirkan apa yang menganggu Maximo selama ini.  Dengan kedudukannya di tingkat 20 dan rekabentuk dan kedudukan apartment Maximo, mana mungkin Maximo dengar radio atau apa-apa bunyi yang datang dari jiran-jirannya. Lagi pun di hadapan apartment Maximo bukan ada apa-apa bangunan lain yang berhampiran.  Kemungkinan ada masjid yang terdekat yang mana bunyi azannya di bawa jauh hingga ke bilik tidur Maximo.  Nanti Nia ATirah akan tanya dengan Zaril Ikhwan.  Semasa mencarikan apartment tersebut, Nia Atirah tidak pernah terfikir pun yang perkara begini akan terjadi dan akan menggangu Maximo.  Sebab soal azan di waktu pagi bukan sesuatu yang mengganggu Nia Atirah. Malahan balik sahaja Nia Atirah ke Malaysia,  Nia Atirah suka sangat dapat mendengar azan dengan berkumandang di semua ceruk surau dan masjid. Membuat dia rasa tenang dan kini betul-betul telah berada di tanah airnya sendiri yang dia rindu selama ini.  Kerana di Turin walaupun ada musolla tetapi semua kegiatan harus di jalankan secara diam-diam teruatama  sekali bunyi panggilan bersolat, azan yang  di katakan menganggu ketenteraman awam.  Menurut brother Fouzi dan Hajer, kawan baiknya semasa di Turin,  kawalan menjadi lebih ketat selepas peristiwa 11 September.  Rupa-rupa apa satu yang menjadi  ketenangan pada dirinya menjadi satu gangguan kepada Maximo.  Nia Atirah mengangkat bahunya. “Iyelah...lain orang lain.  Bukannya sama.”  Kata Nia Atirah dalam hatinya.  Dia menjeling ke arah Maximo yang kini diam seketika. Kelihatan belak di bawah mata Maximo. 

“You know!  What made matter worse, when I realised what woje me up early in the morning. Like you said the azan.  Now I woke earlier than that.  I kept hearing hearing voices in ...  I don’t  know.... I think it is in arabic. ”

“Earlier than that?  What time?”

“Around 5.00 am. Sometimes 4. 30 am.   An I can sleep back after that!”
That couldn’t be the call for prayer.  The call for prayer is around 5.40 to 6.00 am.”  Terang Ain Safiah.  “Correct me if I am wrong DZ.”  Kata Nia ATirah memandang Damia Zahra ke dalam cermin kereta, cuba membawa Damia Zahra masuk ke dalam perbualan mereka berdua.  Damia Zahra menganggukkan kepalanya.  Maximo menoleh ke arah Damia Zahra seperti mahu kepastian dari Damia Zahra.

“Is it true?”  Soal Maximo kepada Damia Zahra.

“Yes... Suboh prayer is around 5.50 nowadays, it can be 10  minutes earlier or later  according the time of the year.” Jawab Damia lambat-lambat.  Bila Nia ATirah sebut nama Damia Zahra baru Maximo hendak pandang wajah Damia Zahra, barulah hendak bercakap dengan Damia Zahra. Kalau tidak,  dia jeling macam acuh tidak acuh sahaja.  Macam Damia Zahra ni side kick Nia Atirah. Pelakon tambahan yang hanya perlu dipandang sesekali.  Maximo hanya mahu tumpukan perhatiannya pada Nia Atirah. 

“Apa yang ada pada Nia Atirah yang membuatkan Maximo hanya pandang dia sahaja.” Soalan itu sentiasa bermain dalam fikiran Damia Zahra.   Keistimewaan apa yang ada pada Nia Atirah.  “Memanglah Kak Nia baik orangnya.”  Nia Atirah juga bijak dan pandai ambil hati orang.  Damia Zahra pun sayang dengan Nia Atirah.   Tapi di mata Maximo, Nia Atirah seperti terlalu istimewa. Berseri wajahnya bila dia dapat pandang wajah Nia Atirah.

“Pelik betul!”  Abang Zaril pun sayang sangat dengan Nia Atirah.   Damia selalu perasan walau di mana-mana sahaja kalau berjauhan sikit,  mata Zaril Ikhwan akan mencari kelibat Nia Atirah.  Agakny  Zaril Ikhwan takut sangat NiaAtirah hilang lagi.  DZ masih ingat lagi kisah Zaril Ikhwan dan Nia Atirah.  Waktu itu zaman kegelapan bagi Zaril Ikhwan. Walaupun Damia masih muda lagi waktu itu tetapi dia dapat rasakan kesengsaraan Zaril Ikhwan dan keluarganya ketika itu.  Ibu Bapa Damia Zahra juga turut susah hati dengan dengan keadaan Zaril Ikhwan.  Macam tidak ada harapan untuk semboh dan nampaknya bakal dihantar rumah pemulihan sahaja.  Damia Zahra juga masih tidak lupa pada hari perkahwinan Zaril Ikhwan dan Nia Atirah.  Memang dia masih remaja lagi tetapi dia tahu apa yang diperkatakan dan di bincangkan oleh  Wan,kedua ibu bapanya dan juga Pak Long dan Mak Long Hanida.  Ketika itu Damia rasa begitu kasihan sangat dengan Nia Atirah.  DIa seperti menjadi korban apabila di kahwinkan dengan Zaril Ikhwan. Damia Zahra tidak dapat bayangkan bagaimana Nia Atirah akan habiskan hidupnya bersama orang seperti Zaril Ikhwan ketika itu.  Begitu gelap di rasakan kehidupan yang akan ditempohi oleh Nia Atirah.  Pada beberapa bulan berikutnya nyata kelihatan Nia ATirah begitu menderita.  Damia Zahra mencuri-curi mendengar perbualan bibik dan mamanya sendiri atau dengan Kak Yati.  Walaupun Wan tidak beritahu mereka secara terang-terangan tetapi mereka tahu yang ada kalanya Nia ATirah teruk didera secara fizikal oleh Zaril Ikhwan.  Sedih betul keadaan mereka semua ketika itu.  Tambahan Mak Long Hanida yang asyik mengatakan tindakan Wan mengahwinkan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan adalah satu tindakan bodoh dan kalau Zaril Ikhwan waras sudah tentu dia tidak akan setuju dikahwinkan dengan gadis kampong seperti Nia Atirah.  Pada Mak Long Hanida lagi Zaril Ikhwan memang tidak akan semboh dan patut di leatkkan di rumah pemulihan. 

Tetapi yang ajaibnya berkat usaha Nia Atirah,  dari hari ke hari nampak perubahan pada diri Zaril Ikhwan.  Damia masih lagi ingat betapa seronoknya mereka semua bila balik ke kampong melawat Wan dan mendapati Zaril Ikhwan kian sihat dan sudah mula mengenali mereka, memberikan senyuman pada mereka dan membalas pertanyaan mereka walaupun dengan ayat-ayat ringkas. 

Kemudian Nia Atirah hilang begitu sahaja tanpa kabar berita bertahun-tahun lamanya.  Damia tidak faham apa sebenarnya berlaku.  Kedua ibu bapanya juga tidak tahu apa yang berlaku kerana perpisahan Zaril Ikhwan dan Nia Atirah berlaku di Paris.  Bila Zaril Ikhwan Mak Long Hanida dan Pak Long balik dari Paris,  mereka semua tidak dibenarkan menyebut nama Nia Atirah lagi dihadapan Zaril Ikhwan.  Zaril Ikhwan bertukar menjadi seorang yang dingin dan hanya mementingkan kerjayanya.  Dia jadi jauh dari mereka yang menyayanginya. 

Tetapi rupa-rupanya jodoh mereka masih panjang lagi.  Entah macamana Zaril Ikhwan bertemu semula Nia Atirah di Turin Italy.  Sesuatu yang tidak disangka. Macamana Nia Atirah berada di Di Italy selama ini dan tidak pulang-pulang ke Malaysia.  Rupa-rupanya Nia Atirah ada seorang anak lelaki hasil dari perkahwinan mereka berdua dan cuba menyorokkan Hazeril dari [engetahuan Zaril Ikhwan kerana takut Zaril Ikhwan merampas Hazeril dari dirinya.  Pada Damia mereka berdua hanya buang masa sahaja.  Kalau sudah saling sayang menyayang mengaku sahajalah.  Tunjuk  lah apa yang tersirat dalam hati, buat apa hendak sembunyi apa yang kita rasa sebenarnya.  Bukankah mereka berdua buang masa hampir 5 tahun membawa diri masing-masing sebab mereka berdua tidak ada keyakinan dengan keteguhan cinta masing-masing.  Nasib baik mereka masih bersama dan Hazeril dan Mia Zara.  Kalau tidak kesihan dengan Hazril dan Miazara.  Geram bila di fikirkan tindakan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan kerana keegoaan masing-masing, anak-anak mereka yang akan menjadi mangsa. Nasib baik mereka sedar akan kesialpan masing-masing dan menrendahkan ego masing-masing demi kerana perasaan cinta terhadap satu sama lain dan kasih sayang kepada Hazeril.  Kalau tidak bayangkan Zaril Ikhwan dan Hazeril akan tinggal di Malaysia dan Nia Atirah dan Miazara tinggal di Turin, Nia Atirah akan sorok Miazara dari pengetahuan Zaril Ikhwan kerana takut di rampas oleh Zaril Ikhwan. Hazeril dan Miazara tidak akan kenal antara satu sama lain selamanya kalau Zaril Ikhwan dan Nia Atirah terus berdegil.  Sebab itu Damia Zahra rasa sifat suka memendam rasa tidak sesuai buat sekarang ini.  Kalau sudah suka, luahkan sahaja perasaan itu.  Jangan simpan kerana akan buang masa.  Kalau hendak seseorang, usaha sehingga berjaya dapat tawan orang itu.  Buat apa hendak sorok-sorok dalam hati.  Rugi nanti.   

“It’s not going to happen to me.  I will fight to get Maximo!”  Kata Damia dalam hatinya.  Dia menoleh kea rah tingkap memandang keluar.  Dia perlu merancang dengan sebaik mungkin bagaimana hendak buat Maximo jatuh cinta dengan dirinya.  Mereka akan bersama Maximo sepanjang ujung minggu ini nanti.  Damia Zahra akan cari peluang agar dia akan dapat menghabiskan banyak masa dengan Maximo. Yang penting dia perlu aleh perhatian Maximo dari Nia Atirah.  Baru Maximo akan nampak Damia Zahra sebagai seorang wanita yang cukup layak untuk dirinya.  Hanya Damia yang satu-satunya wanita yang layak untuk Maximo.  Damia Zahra tersenyum sendiri.
Author: Alina Haizar
•12:33 AM
ILM Bab 2




Damia berjalan seiring dengan sepupunya, Zaril Ikhwan dan dua orang anaknya, Hazeril memegang erat tangan Damia manakala Zaril Ikhwan sedang mendukung Miazara. Nia Atirah dan lelaki yang baru tiba dari Itali itu sedang berjalan di hadapan mereka sambil menolak troli yang membawa beg pakaian. Nampaknya Nia Atirah sangat gembira dengan Maximo itu. Wajahnya begitu berseri-seri ketika bercakap dengan Maximo. Maximo juga kelihatan begitu gembira sekali. Matanya tidak lepas-lepas memandang wajah Nia Atirah. Malah wajahnya kelihatan seperti orang yang sudah terubat kerinduaan yang teramat sangat.



Mulanya Damia bengang juga melihat gelagat mereka berdua. Kemudian Damia memandang wajah sepupunya, Zaril Ikhwan. Tidak ada sebarang tanda yang Zaril Ikhwan ada menyimpan perasaan cemburu melihat keabkraban Nia Atirah dan Maximo.



Damia Zahra terfikir semula, kalau Zaril Ikhwan tidak kisah melihat Nia Atirah dan Maximo begitu rapat sekali, mungkin sebab memang antara Nia Atirah dan Maximo tidak ada apa-apa hubungan lain kecuali hanya sebagai sahabat baik sahaja. Kalau tidak mesti Zaril Ikhwan mengamuk sakan. Damia tahu Zaril Ikhwan sangat-sangat mencintai Nia Atirah. Sejak mereka balik tahun lepas, Damia dapati Zaril Ikhwan sentiasa mengawasi Nia ATirah, seperti takut kehilangan Nia Atirah sekali lagi. Damia selalu ternampak Zaril Ikhwan memerhatikan Nia Atirah ketika Nia Atirah tidak perasaan.



“Sayang betul Abang Zaril pada Kak Nia.” Getus Damia sendirian. Tidak boleh lepas pandang terus. Perasaan iri timbul di hatinya. Kalaulah dia dapat seseorang yang menyayanginya sedemikian rupa, alangkah bahagianya Damia Zahra.



Damia juga sebenarnya rasa Nia Atirah pun sangat mencintai Zaril Ikhwan. Cuma ketika itu dia rasa cemburu tengok Nia Atirah dan Maximo berjalan seiringan bersama. Dia yang sepatutnya berjalan seiringan dengan Maximo. Sebenarnyas dari pandangan Damia jelas dari mata Nia Atirah bersinar dan di wajahnya tertera perasaan kasih sayangnya terhadap Zaril Ikhwan dan juga kasih sayangnya pada kedua anak-anaknya.

“So…. Should be no problem here… “ Kata Damia dalam hatinya. “Line clear… Kakak Nia tak ada apa-apa dengan dia tu…” Damia rasa sangat memang ada peluang yang terbuka luas untuk dia untuk mendapatkan Maximo. Damia rasa yakin sangat. Mesti ada sebab kenapa dia di temukan dengan lelaki itu. Mesti sudah tertulis untuk dirinya untuk memiliki lelaki itu. Kalau tidak mesti mereka tidak dipertemukan. Kenapa Damia di takdirkan untuk diajak oleh Nia Atirah ke KLIA untuk menyambut Maximo. Dan mesti juga sudah ditakdirkan dan sudah tertulis yang Maximo juga akan jatuh cinta dengan Damia Zahra sebagaimana dia jatuh cinta dengan Maximo.



“Tunggu dan lihat sahaja.” Kata Damia dalam hatinya.



“Dz…. Pegang tangan Hazeril… jangan lepas dia. Dia asyik hendak lompat sana sini.” Tiba-tiba Nia Atirah toleh ke belakang lalu berpesan kepada Damia. Damia menganggukkan kepalanya. Nia Atirah tersenyum kemudian terus berjalan dengan Maximo, Damia tersenyum sambil membalas menganggokkan ke[alanya. Dia terus memegang erat tangan Hazeril lalu berjalan seiringan dengan Zaril Ikhwan, mengikut sahaja langkah Nia Atirah dan Maximo dari belakang. Mereka berjalan menuju ke tempat letak kereta dan kemudian Mereka akan terus membawa Maximo ke apartment yang akan menjadi rumahnya selama Maximo bertugas di Malaysia.



******************************************8

“It’s beautiful. Thank you for getting this nice apartment for me.” Maximo mengucapkan terima kasih kepada Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. I think you also have put up a lot of effort in the apartment. It looks so nice and comfortable.”



“Yes... we want you to be comfortable while you are staying here.” Jawab Zaril. All the work was done by Nia and also DZ.



“DZ?”

“Oh… sorry..Damia.. But we call her DZ..short for Damia Zahra.” Kata Zaril Ikhwan sambil menarik tangan Damia Zahra.

“Oh… I didn’t get her name just now..Sorry……Damia is a nice name…”

Damia tersenyum lebar mendengar kata Maximo. Maximo kemudiannya menoleh ke arah Nia Atirah.



“Thank you very-very much Nia… You are so kind...” Kata Maxximo dengan begitu ikhlas sekali. Matanya yang kebiruan itu bersinar. Kemudian dia pandang sekilas sahaja kemudian senyum kepada Damia Zahra dan mengucapkan dengan ringkas “ Thank You...”



“Alah...mesti dia malu dengan aku...” Kata Damia Zahra, tidak mahu ambil hati yang Maximo tidak pandang wajahnya yang ayu dengan betul-betul, hanya sekilas pandang sahaja kemudian dia cakap terima kasih pun macam malu-malu sahaja, bukan macam dia bercakap dengan NIa Atirah. Bukan macam cara Maximo pandang Nia Atirah. Seperti dia mahu pandang Nia Atirah sepuas-puasnya. Hendak serap wajah Nia puas-puas dalam hatinya supaya boleh jadi kenangan bila dia balik ke Itali nanti. Pada hal kalau hendak dibandingkan antara Nia Atirah dan Damia Zahra, Damia Zahra jauh lebih cantik dan Ayu. Kenapa Maximo macam tidak perasaan pun akan kecantikan Damia Zahra. Kenapa dia hanya nampak Nia Atirah.



“Ah... tak pe..nanti bila dia sudah biasa dengan aku, mesti dia akan pandang muka aku betul-betul. Maximo pemalu orangnya. Dia cuma peramah dengan orang yang dia sudah biasa.” Tidak ada sesiapa hendak memujuk hatinya, Damia pujuk dirinya sendiri. Dia seorang remaja yang sangat yakin dengan dirinya dan kecantikan dirinya.



Mereka semua terutama sekali Maximo tidak tahu apa yang bermain di fikiran Damia. Maximo sedang memeriksa bilik-bilik tidur yang terdapat di dalam apartment tersebut. Ada tiga bilik semuanya. Satu master bedroom yang besar dan dua bilik lagi yang lebih kecil sedikit. Ada bilik air di dalam master bedroom manakala dua bilik lagi berkongsi bilik air.



“This is your room.” Kata Nia Atirah, menunjukkan master bedroom kepada Maximo.

“Nice... !” Seru Maximo sambil tersenyum lebar. Dia suka dengan bilik tidurnya. Malahan dia suka dengan keseluruhan kawasan apartment Sri Maya. Dia tahu mereka sengaja pilih tempat ini untuk disesuaikan dengan Maximo. Ada rama orang asing atau expatriate yang bekerja di Kuala Lumpur tinggal di sini. Dalam perjalanan menaiki lif tadi pun Maximo dapat ramai bangsa asing yang tinggal di sini.



“Nice Huh? You like it?” Soal Nia Atirah.



“Yes… But .. The other rooms are nice too. Maybe when other researchers came for a short time, they can stay here.” Kata Maximo.



“That was the intention. And also the intention is to make you feel just at home.” Sahut Nia Atirah. Zaril Ikhwan hanya tersenyum. Nia Atirah begitu teruja sekali sejak dia beritahu, tiba giliran Maximo untuk bertugas di Malaysia. Pegawai coordinator yang lal akan pulang setelah lebih setahun bertugas di Malaysia. Sejak dulu lagi Nia Atira berharap sangat Maximo akan datang bertugas di Malaysia. Tetapi pegawsai lain yang lebih senior yang terpilih. Lagipun masa itu Maximo masih baru bekerja ketika itu. Kini dia sudah naik pangkat di tempat kerja. Malahan Zaril Ikhwan dapati kini Maximo bertutur Bahsa Inggeris dengan lebih fasih dan lancar berbanding dengan sebelum ini. Nampaknya Maximo berusaha untuk memperbaiki dirinya, mungkin sebab dia mahu bertugas di Malaysia.



“In September or October Monica will be visiting the research Institute. She can stay with me while she is here.” “Kata Maximo sambil tersenyum riang.



“Oh…. Uhhhh…!” Nia tidak terkata apa-apa. Dia lihat Damia juga agak terkejut dengan kenyataan Maximo. “ But… she cannot …” Nia Atirah memulakan kata-kata tetapi dia senyap semula sebab dia tersedar yang Maximo dan Monica ialah orang Asing di sini. Bukan orang Islam Malaysia. Siapa yang Maximo ingin benarkan masuk ke dalam rumah dia bukan masalah mereka. Lagipun mereka mesti hendak kawan disekeliling mereka bila mereka datang ke negara asing. Sebelum menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini, kehidupan mereka mesti sunyi. Nia Atirah pernah mengalami keadaan yang begitu asing sebegitu semasa mula-mula dia jejakkan kakinya di bumi Turin lebih kurang lapan tahun yang lalu. Nia Atirah memahami keadaan kesunyian yang orang asing itu alami. Dia bernasib baik kerana ada Hassan, Hajer dan brother fouzi yang menjaga dirinya, termasuk juga Enrica yang terus menawarkan Nia bekerja dengannya. Kalau tidak tentu Nia Atirah akan kesunyian dan mengalami kesulitan untuk hidup sendirian di Itali.



Lagipun budaya mereka tidak menghalang mereka duduk bercampur lelaki perempuan tanpa berhubungan rasmi. Dan mungkin juga kini Maximo dan Monica ada perhubungan. Semasa Nia Atirah di Itali lagi, Monica nampaknya ada menaruh hati terhadap Maximo. Ketika itu Maximo hanya ada hati pada Nia Atirah tetapi bila Nia Atirah sudah kembali kepada Zaril Ikhwan dan balik ke Malaysia, mungkin dengan ketiadaan Nia Atirah telah membuat hati Maximo terbuka untuk membenarkan Monica mengisi kekosongan dalam dirinya. Banyak kemungkinan yang berlaku selama dua tahun ini. Nia Atirah kesihan bila Nia Atirah menolak cinta Maximo. Maximo tentu merana. Maximo berhak untuk menemui bahagia seperti apa yang telah berlaku pada Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia Atirah bersyukur kalau Maximo dan Monica kini bersama.



Berlainan dengan Nia Atirah, Damia Zahra terus naik bengang dengan kenyataan Maximo.



“Siapa Monica? Girldfriend Maximo ke? Maximo sudah ada girlfriend di Italy?” Damia terus cemberut masam. Memang nasib dia tidak baik. Bertemu sahaja dengan lelaki yang kacak ini, terus hatinya terpaut. Angan-angan Damia Zahra telah mengunung tinggi. Dia hendak dapatkan lelaki Italy ini. Rupa-rupanya Maximo sudah ada girlfriend.

Musnah harapan Damia seketika. Dia termenung seketika, sementara Maximo, Nia Atirah dan Zaril Ikhwan memeriksa bahagian dapur. Sebuah dapur yang lengkap dengan tempat masak, peti ais dan pinggan mangkuk. Bila Maximo buka peti ais, tersenyum dia lihat peti ais penuh dengan makanan. Mesti semua ini kerja Nia Atirah. Agaknya berhari-hari Nia Atirah bersusah payah siapkan apartment ini sebelum kedatangan Maximo. Nia Atirah ialah seorang kawan yang baik. Suaminya Zaril Ikhwan pun seorang yang baik kerana membenarkan Nia Atirah bersusah payah untuk Maximo. Kalau Maximo di tempat Zaril Ikhwan, belum tentu dia mahu biarkan Nia Atirah bersusah payah tentang kawan lamanya itu. Padal dia tahu bagaimana rapatnya mereka ketika Nia Atirah tinggal di Turin. Zaril ikhwan juga tahu bagaimana perasaan Maximo terhadap Nia Atirah. Kalau Maximo suami Nia, mesti Maximo cemburu, bila lihat Nia Atirah bersusah payah tentang lelaki lain. Macamana Zaril Ikhwan boleh relaks sahaja. Mungkin Zaril Ikhwan begitu yakin dengan cinta Nia Atirah terhadap dirinya. Tidak ada apa-apa atau sesiapa yang akan menganggu cinta mereka. Mungkin benar belaka. Melihat wajah Nia Atirah yang berseri-seri, Maximo tahu Nia Atiarh bahagia bersama Zaril Ikhwan. Terguris hati Maximo. Tetapi dia tidak sepatutnya rasa begitu. Sepatutnya dia rasa gembira meihat Nia Atirah bahagia di samping Zaril Ikhwan. Adakah Maximo berharap Nia Atirah tidak bahagia bila mereka bertemu setelah hamper dua tahun berpisah. Adakah Maximo berharap agar dapat memujuk Nia Atirah tinggalkan Zaril Ikhwan dan ikut dia pulang jika Nia Atirah tidak bahagia di sini.



Semua itu telah bermain di kepala Maximo semasa dalam perjalanan selama tiga belas jam ke Malaysia. Macam-macam yang dia bayangkan. Apa yang dia hendak katakana pada Nia. Hendak pujuk agar Nia Atirah ikut dia balik ke Turin. Tetapi Maximo sedar itu semua hanya angan-angan dia sahaja. Tidak mungkin Nia Atirah meninggalkan Zaril Ikhwan. Dengan sepasang anak yang comel, Nia Atirah akan buat apa sahaja demi anak-anaknya. Nia Atirah tidak akan tinggalkan Zaril Ikhwan dan anak-anaknya untuk bersama Maximo. Ini adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku.



“Tetapi tidak salahkan untuk berangan…” Melihat Miazara yang begitu comel, membuatkan ingin sekali Maximo mempunyai anak seperti itu juga. Bayangkan anaknya sendiri dengan Nia Atirah. Maximo gelengkan kepalalanya, ingin membuang angan-angannya itu jauh dari kotak mindanya. Malunya Maximo! Kerana dia masih mahukan Nia Atirah. Tetapi dia sedar dia tidak layak berfikiran begitu. Nia Atirah ialah kawan baiknya dan isteri kepada kawannya juga. Maximo tidak ada hak untuk ada simpan apa-apa perasaan cinta lagi pada Nia Atirah. Maximo hanya boleh sayangkan Nia Atirah sebagai kawan baiknya sahaja. Tidak lebih dari itu. Itu yang Maximo ingatkan dirinya ketika itu, ketika dia sedang berada di dalam dapur apartment Seri Maya, bersama Nia Atirah, Zaril Ikhwan yang sedang mendukung Miasara dan juga bersama dengan Hazeril dan sepupu Zaril ikhwan yang dia sudah tidak berapa ingat namanya.



Sepupu perempuan Zaril Ikhwan nampaknya sudah terpikat habis dengan Maximo. Sesuatu yang Maximo sudah terlalu biasa sangat. Memang ramai gadis yang terpikat dengan dirinya pada pandang pertama. Malangnya selama ini juga dia hanya ada Nia Atirah dalam hatinya.



Maximo tahu dia hanya buang masanya sahaja. Tetapi dia lemah dan tidak dapat melawan perasaanya sendiri. Setiap masa dan saat dia cuba hendak lupakan Nia Atirah tetapi gagal. Malah kali ini Maximo telah berjanji dengan dirinya sendiri , biarlah sekali ini sahaja dia menaruh harapan. Jika dia sampai di Malaysia dan dapati memang Nia Atirah bahagia, Maximo akan sedaya upayanya berusaha untuk mengikis perasaan cintanya yang mendalam itu terhadap Nia Atirah dan mulakan hidup baru tanpa menaruh apa-apa harapan untuk Nia Atirah lagi. Maximo kena mula hidup baru. Tanpa ada angan-angan yang Nia Atirah akhirnya akan menjadi teman hidupnya. Maximo kena buka hatinya untuk gadis lain. Malahan Monica masih lagi menaruh harapan pada Maximo, masih mengharap kasih Maximo. Boleh kah Maximo beri peluang pada Monica?



Maximo mengelengkan kepalanya perlahan. Dia sedar dia tidak akan berbuat demikian kerana hala tujunya dan Monica kini telah jauh berbeza. Demi untuk mehilangkan kekecewaannya, Maximo tidak boleh tangkap muat sesiapa sahaja dan gunakan wanita itu untuk melupakan Nia Atirah. Itu tidak adil kepada sesiapa pun. Maximo kena lawan perasaannya sendiri dan cuba sedaya upaya melupakan perasaan cintanya pada Nia Atirah. Melihat Nia bahagia Maximo kena relakannya.



Maximo tiba-tiba tersedar yang dia termenung lama, dia dapati Nia Atirah sedang memandang wajahnya. Maximo sedar yang Nia Atirah tahu apa yang bermain di fikiran Maximo, entah bagaimana Nia Atirah tahu Maximo masih ada perasaan cinta terhadap dirinya. Wajah Nia kelihatan penuh simpati terhadap dirinya. Maximo rasa dirinya begitu bodoh sekali kerana masih mengharap sehingga kini. Dia kena terima kenyataan yang Nia Atirah tidak mencintai dirinya dan tidak akan mencintai dirinya.



Maximo perlukan sedikit masa untuk dia cuba melupakan perasaan cintanya pada Nia Atirah. Dia tidak boleh menghilangkan perasaan cintanya yang telah bertahta di hatinya dengan tiba-tiba.

Terutama sekali sekarang ini kerana baru sahaja terubat rindunya kepada wajah yang ayu itu, yang sentiasa dalam ingatannya dan kali ini ada di depan matanya. Biarlah dia mencintai Nia dalam diam. Dia sudah begitu lama berada berpisah jauh dari Nia Atirah dan kini dapat berada dekat dengan Nia pun sudah mencukupi. Maximo kemudiannya menjeling ke arah Zaril Ikhwan. Zaril Ikhwan sedang berbual dengan Hazeril sambil mendukung Miazara. Nasib baik Zaril ikhwan tidak perasaan apa yang berlaku. Maximo memandang kea rah Nia Atirah semula. Hanya Nia Atirah yang tahu apa yang terlintas di hatinya. Wajahnya nampak sedih memandang wajah Maximo. Maximo mengelengkan kepalanya, tidak mahu simpati Nia Atirah.



Dia kemudiannya berjalan ke arah balkoni. Permandangan Bandar Kuala Lumpur indah terbentang di hadapannya. Disebelah kiri dan kanan terdapat beberapa buah apartment lain yang sama ketinggiannya dengan apartment yang mereka duduki itu. Mereka yang lain turut sama ke balkoni dengan maximo untuk memandang keindahan disekeliling mereka.

“This is realy nice. I can see myself enjoying a cup of tea when I come back from work.” Ujar Maximo lagi. Mereka yang lain menganggok setuju dengan kenyataan Maximo.



Di apartment sebelah kiri, ada dua orang wanita bangsa asing sedang berdiri di balkoni sedang berbual mesra. Tiba-tiba mereka kedua wanita itu melambai ke arah Maximo.

“Well I guess, you wont be lonely Maximo.” Kata Zaril Ikhwan sambil ketawa riang. Dia menepuk belakang Maximo. “Within two minutes, you have already make friends. See….. Sayang, don’t worry about Maximo. I am sure he will be fine here.” Sambung Zaril Ikhwan lagi.



Maximo melambai kembali kea rah ke dua wanita asing itu.

“Oh yes.. Maxi, You have a lot friends here. You can meet them at the Swimming pool and the Gym.”

“Oh? We have Gym and swimming pool here.”

“Yes.. two swimming pools and the good news is that you can swim all day year round… except if it rains… “



“You like it here Huh Nia? Don’t have to worry about the cold. All year round of sunshine.”

“Yes Maxi… I love it here. I certainly do not miss the cold. But I miss my friends, Hajer, Brother Fouzi, Enrica and you.. That is why I am so glad that you are here with us now. I hope you will enjoy your stay here and not feel so lonely up here. But I am sure in no time you will meet up new friends. See over there… they are waving for you…” Kata Nia sambil membalas balik lambaian ke dua wanita asing tersebut.



“Oh ya…probably I will have both of them here with me tonight….to keep me from feeling alone.” Kata Maximo, sengaja mahu mengusik Nia Atirah.

“Really…?” Jawab Nia. “Well good for you… At least I don’t have to worry that you being lonely up here…”



Kalau Maximo ingat Nia Atirah akan cemburu dengan kenyataannya itu, Maximo memang salah. Nia Atirah nampaknya lega bila Maximo mungkin sudah ada kawan baru. Hanya Damia sahaja yang cemberut masam. Cemburu melihat kedua wanita bangsa asing itu sedang melambai-lambai dengan Maximo.



“Boleh ke dia orang datang sini malam-malam? Tak ada orang yang akan tangkap mereka ke? Soalan Damia Zahra tujukan kepada Zaril Ikhwan.

“alah, mereka bukan orang islam. Siapa yang hendak tangkap mereka. Lagipun dalam kawasan apartment yang ada sekuriti macam ni, mana ada orang yang check apa yang orang yang duduk di sini buat. Bukan macam di kampong…atau kawasan perumahandimana oenduduknya saling kenal antara satu sama lain.” Terang Zaril Ikhwan kepada sepupunya yang masih mentah itu.

“Oh di sini boleh buat apa sukalah Abang Zaril?”

“Well sini bukan sahaja orang melayu yang tinggal. Ramai bangsa lain dan juga bangsa asing. Tengok masa kita hendak naik tadi pun, kena ada access card baru boleh masuk. Bukan sesiapa boleh masuk ke sini.”



“Iyelah tu… Dia hendak bawa dua orang perempuan tu ke apartment dia ..lantaklah…” Damia mengomel geram. “Entah-entah dia orang tu couple… tengok tu dia orang berpeluk-peluk di balkoni tu. Padan muka dia…”



Zaril Ikhwan hanya tersengeh mendengar kata-kata Damia Zahra. Damai nampaknya cemburukan Maximo dengan teman barunya itu. Baru sahaja berjumpa dengan Maximo sudah berkenan. Tetapi Damia memang begitu. Remaja, semua orang dia minat. Memandangkan wajah maximo yang handsome, tidak menghairankan Damia sudah jatuh hati dengan Maximo. “Cinta remaja..” Getus Zaril ikhwan. “Kejap lagi hilanglah tu.” Zaril Ikhwan kenal sangat dengan Damia Zahra. Dulu pun Damia Zahra pun meminati Zaril ikhwan. Sejak Damia kecil lagi. Dia selalu katakana yang dia akan kawin dengan abang Zaril. Kini bila Zaril Ikhwan sudah berkahwin dan punyai dua orang anak, cinta monyetnya sudah bertukar kepada orang lain, ahli sukan, artis, rakan-rakan sekolah dan lain-lain lagi.



Hari ini hatinya terlekat pada Maximo pulak nampaknya. Harap-harap sekejap sahajalah infatuation Damia terhadap Maximo. Lagipun tidak lama lagi Damia akan melanjutkan pengajiannya ke luar Negara. Menurut Pak Sunya Encik Zakuan, mereka sedang mencarikan pengajian dan university yang sesuai untuk Damia melanjutkan pengajiannya. Adik beradik Damia Zahra yang lain seperti Kakaknya, Yati telah melanjutkan pengajian di United Kingdom, manakala abangnya, Daniel telah melanjutkan pengajian di Australia. Kini tiba giliran Damia pula untuk pergi melanjutkan pengajian di luar Negara.



“Maximo, I think we should leave you to rest for now.” Tiba-tiba kedengaran Nia Atirah bersuara. Zaril Ikhwan sudah jauh melayang fikirannya memikirkan tentang Damia Zahra, menganggokkan kepalanya. Masa untuk mereka beredar dari situ.

“Okay Maximo. We see you tonight. We are bringing you out for dinner.” Kata Zaril Ikhwan.

“Don’t worry about me.” Jawab Maximo. Segan kerana banyak menyusahkan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan.

“No. we will take care of you until you know you way around here..” Kata Zaril Ikhwan. “Okay Good bye..” Zaril Ikhwan yang sedang mendukong Maizara, pegang tangan Hazeril dan berjalan kea rah pintu.

“Okay Maxi, see you tonight.” Kata Nia.

“Okay Nia…”

Nia Atirah dan Maximo berjalan ke arah pintu, di ikuti oleh Damia Zahra. Damia Zahra cuba menangkap mata Maximo, hendak mengucapkan Selamat tinggal tetapi Maximo hanya pandang Nia, dia tidak perduli langsung pasal Damia Zahra.

Author: Alina Haizar
•7:16 PM
Love for Maxximo

Bab 1

Dia ialah lelaki yang paling kacak yang pernah Damia Zahra lihat seumur hidupnya.  Rasa-rasanya tidak pernah dia menatap wajah yang setampan itu pada mana-mana lelaki pun, tidak kira lelaki melayu atau lelaki asing, hidup atau sudah mati atau dalam mana-mana media.  Damia terus memandang tanpa berkelip-kelip matanya.  Lelaki itu berjalan dengan begitu segak menghampiri Damia  yang sedang menunggu di Balai Ketibaan di Lapangan Terbang KLIA.  Lelaki itu kemudiannya memberikan senyuman ke arahnya.  Gugur jantung Damia ketika itu juga. Pada ketika itu, Damia berpendapat bahawa  Ini adalah ciptaan tuhan yang begitu sempurna  pada seseorang manusia. Begitu kacak dan tampan.  Orangnya agak tinggi dan susuk badannya segak sekali.  Rambutnya berwarna perang dan berombak, kelihatan menarik sekali. Membuat Damia ingin melarik-larikan jarinya di rambut yang bersisir kemas itu.  Makin lelaki itu menghampiri mereka, makin berdebar rasa hati Damia.  Macamana mungkin,  kali pertama bertemu dia sudah jatuh cinta.  Dalam bebeberapa saat sahaja, Damia tahu dia sudah jatuh hati dengan lelaki yang sangat tampan itu.

Tidak akan sesiapa yang percaya kalau Damia katakan yang dia jatuh cinta dalam sekelip mata.  Mesti orang akan ketawakan dirinya.  Mesti orang kata ini satu lagi cinta monyet si DZ,  DZ yang selalu berangan untuk bertemu dengan Mr Rightnya. DZ yang asyik minat bintang filem itu dan bintang sukan ini, sekejap- suka yang ini, besoknya suka yang lain.   Tidak ada sesiapa akan percaya kali ini DZ sudah betul-betul jatuh cinta pandang pertama dengan lelaki yang dia baru nampak kurang dari seminit yang lalu.

Jejaka itu berjalan menuju ke arah Damia sambil tersenyum.  Bila sudah betul-betul dekat dengan dirinya, tidak salah lagi,  wajah lelaki itu memang  betul sangat kacak.  Matanya biru betul. Biru….tidak dapat Damia Zahra  bandingkan dengan apa-apa.  Dirinya yang baru berumur 18 tahun tidak mempunyai banyak pengalaman.  Tidak tahu hendak di samakan keindahan warna mata lelaki itu dengan warna apa, yang  dia tahu, biru yang betul-betul indah, macam air laut yang dalam.  Damia telah lemas di dalam kebiruaan itu.  Kebiruan yang betul-betul memikat hatinya.  Kelu lidah Damia untuk berkata apa-apa lagi.   Hidung lelaki itu pula begitu mancung  dan meruncing dan terletak dengan sempurna. Dia mempunyai sepasang mata yang begitu cantik sekali, tidak padan untuk seorang lelaki, berbulu mata lentik, alis matanya tersusun rapi seperti baru di sisir. 

Jejaka tanpam itu juga tersenyum gembira sambil memandang ke arah Damia. Tidak disangka-sangka...nampaknya dia juga seperti Damia,  begitu gembira dapat bertemu dengan Damia, walaupun inilah pertama kali mereka menatap wajah masing-masing.   Damia hanya melopong memandang wajah lelaki tersebut. Lelaki itu nampaknya suka betul bila melihat Damia.  Mungkinkah lelaki itu juga seperti dirinya, jatuh cinta dengan Damia sebaik sahaja matanya terpandang wajah Damia?  Adakah kisah begini betul-betul terjadi dalam realiti. Dua insan yang pertama kali bertemu, kedua-duanya terus jatuh cinta pandang pertama?  Mungkin ini yang dikatakan jodoh ditentukan tuhan.  Macam cerita dalam movie,  pertama kali jejaka dan gadis bertentangan mata,  mereka terus dapat rasakan nya,  Mereka terus jatuh cinta.   Begitu jugalah agaknya antara Damia dengan lelaki  itu,  yang sudah kian hampir  menuju ke arahnya itu. 

Damia terus berangan-angan  bahawa mereka berdua terus jatuh cinta dan menjadi pasangan bercinta yang paling hebat di dekad ini, berkahwin dan akan hidup ‘happily ever after’ macam dalam Fairytales yang Damia baca sejak kecil lagi.  Alangkah indahnya hidup ini.  Prince Charmingnya sudah turun dari Istana dan terus menyunting Damia sebagai permaisurinya.   Impiannya selama ini sudah menjadi kenyataan. Lelaki kacak itu berhenti di hadapan Damia, memandang.  Bibirnya tersenyum.  Jantung Damia terus berhenti dari berdegup.

Damia memekap kedua belah tangannya rapat ke dadanya, rasa begitu bahagia sekali.  Bukan semua orang dapat mencapai impian mereka sejak kecil lagi.  Damia betul-betul beruntung. Bayangkan bertemu dengan jejaka idaman hati dan sama-sama jatuh cinta pandang pertama pada masa yang sama.  Damia terus tenggelam dalam impiannya.  Memeluk dirinya sendiri.  Berangan jauh hingga ke suatu tempat yang lain.

“DZ...itulah kawan Kak Nia, Maximo.”  Tiba-tiba Nia Atirah menunjukkan lelaki memperkenalkan lelaki itu kepada Damia.  Damia terkebil-kebil memandang wajah Nia Atirah.  Macam baru tersedar dan kembali ke alam nyata.  Nia mengelengkan kepalanya.  Anak remaja masa kini memang begini,  jiwanya penuh dengan angan-angan.  Entah ke mana-mana angan-angannya telah membawa DZ pergi tadi. Matanya bersinar dan jauh betul  pandangannya.

“Maximo?”  Damia Zahra masih terkebil-kebil memandang wajah jejaka tampan itu.   Lelaki itu rupanya Maximo, tetamu mereka.  Damia memandang wajah  Nia Atirah... Rupa-rupanya senyuman  lelaki itu dari tadi di tujukan kepada Nia Atirah dan bukan kepada Damia Zahra.   

“Hello Nia.”  Kata Maximo, bibirnya masih terukir senyum.  Dia memandang tepat pada Nia Atirah tanpa berkelip-kelip matanya.  Dia bagaikan terpukau memandang wajah Nia Atirah.  Wajahnya seperti  musafir yang kehausan baru mendapat seteguk air dingin.  Wajah orang yang sudah lama kerinduaan, kini baru sahaja terubat rindunya itu.  Bersinar matanya memandang Nia Atirah.  Ketika itu juga terasa  sifat cemburu Damia  Zahra, yang tidak pernah Damia rasa dia miliki,  naik memuncak, hingga ke kepalanya.

Maximo tidak memperdulikan Damia langsung.  Dia terus mengambil baby Miazara dari dukungan Nia Atirah.

“This is the bambina?”

Nia Atirah menganggakkan kepalanya sambil tersenyum. 

“What is her name...?”

Miazara,  we call he Zara.”  Jawab Nia Atirah.

Maximo terus mengagah-agah Zara,  Zara mengekek kegembiraan.  Nia Atirah tersenyum gembira melihat gelagat Maximo dan Zara.

“Where is Hazeril and Mr Zaril?”

“They were here waiting, but then Hazeril wanted to go o the toilet.  They will be back soon.”

“Oh I can’t wait to see Hazeril, He must be very big now,  How old is he, 6 years old?”

“Yes..He is has grown so tall and next year he will start schooling.”

“Oh...  I can’t wait to see him.  And I am so glad to see you.” Mata Maximo yang kebiruan itu menjadi begitu redup bila memandang wajah Nia.

“I miss you so much!”  Ujar Maximo lagi, suaranya menjadi gemersik. 

Damia mengeluh dalam diam. Kalaulah apa yang dikatakan oleh Maximo itu ditujukan pada dirinya dan bukan pada Kak Nia.   Mesti Damia Zahra akan cair, melimpah di lantai lapangan terbangan KLIA itu.   Damia melihat wajah Nia Atirah.  Nia Atirah hanya tersenyum,  tidak ada tanda-tanda yang dia akan cair seperti apa yang di rasakan oleh Damia Zahra.  Macam hari-hari dia dengar ucapan seperti itu  di tujukan kepadanya, ucapan romantic  keluar dari bibir yang sungguh seksi itu. 

Mungkin juga hari-hari  agaknya Nia Atirah menerima ucapan rindu, cinta, kasih sayang  dari Abang Zaril. Abang Zaril pun  tidak kurang hebatnya.  Kacak dan sangat tampan orangnya.  Sebab itu Kak Nia tidak sedikit pun hairan dan teruja dengan ucapan Maximo.  Dia hanya tersenyum sahaja, macam menerima ucapan selamat pagi  atau selamat malam sahaja dari orang paling paling kacak yang Damia pernah lihat seumur hidupnya.

“We miss you too.” Jawab Nia Atirah.  Gembira sangat dapat bertemu dengan sahabat baiknya itu setelah hampir dua tahun berpisah.  Nia ternanti-nanti saat ketika Maximo datang ke Malaysia,  kini peluang dia pula membalas jasa baik Maximo terhadap dirinya selama dia berada di Italy.  Nia ingin menunjukkan keindahan bumi Malaysia yang tercinta dan juga ingin memperkenalkan Maximo kepada orang-orang Malaysia yang terkenal dengan adat sopan santun dan ketinggian budi bahasa, yang menjadi kebanggaan Nia selama ini.  Nia mengambil semula Zara dari Maximo.  Mereka sudah mahu bergerak dari Balai Ketibaan itu.

“Maximo! How are you.”  Seru Zaril Ikhwan, meluru sambil menghulurkan tangannya ke arah Maximo.  Maximo menyambut tangan Zaril Ikhwan dan mereka berjabat tangan dengan mesra.  Nampaknya Zaril Ikhwan juga gembira bertemu dengan Maximo.  Tidak ada tanda dia cemburu pun dengan Maximo.  Damia sahaja yang cemburukan perhatian Maximo, yang dia tidak dapat sehingga kini.  Maximo kemudiannya  mendapatkan Hazeril yang sedang berjalan di sebelah Zaril Ikhwan. 

“Hazeril..!  Look at you.. You have grown so big now!”

“Uncle  Maxi.”  Ujar Hazeril,  masih mengingati Maximo, maklumlah dia masih kecil lagi semasa mereka pulang ke  Malaysia hampir dua tahun lalu.  Hazeril terus memeluk pinggang Maximo.  Hazeril juga sayang dengan Maximo.  Setelah melepaskan pelukannya terhadap Maximo, Hazeril kembali berdiri di sebelah Zaril Ikhwan, yang sedang memeluk erat bahu Nia.  Zara berada dalam dukungan Nia Atirah.

Maximo memandang keluarga kecil yang berdiri di hadapannya itu.  Mereka nampak begitu bahagia sekali. 

“What A beautiful family.”  Kata Maximo dalam hatinya.  Sepatutnya keluarga bahagia ini menjadi keluarganya.  Dia yang sepatutnya berada di tempat Zaril Ikhwan.  Kalau Zaril Ikhwan tidak datang ke Italy dalam misi kerjasama penyelidikan dulu,  mungkin Nia Atirah menjadi isterinya dan  Hazeril dan Zara menjadi anak-anaknya.  Terasa hatinya tertusuk duri yang begitu tajam.  Terasa sehingga jauh di lubuk hatinya.  Maximo ingat dia sudah pulih dari mencintai Nia Atirah, tetapi nyata Nia Atirah masih lagi di hatinya.  Dia tidak dapat melupakan perasaan cintanya itu pada Nia Atirah.  Maximo cepat-cepat mengawal perasaannya itu, takut mereka yang dihadapannya itu menyedari isi hatinya itu.  Maximo sedaya upaya cuba menyembbunyikan perasaannya itu.

“Maximo, have you met my cousin, Damia Zahra.”  Tiba-tiba Zaril Ikhwan bertanya kepada Maximo sambil menunjukkan ke arah Damia.

Maximo terus mengambil peluang ini untuk mengalehkan perhatian semua orang dari dirinya. Malunya rasa hati Maximo jika mereka yang dihadapannya itu tahu yang dia masih mencintai Nia Atirah.  Maximo terus memberikan senyumannya yang paling manis pada gadis yang bertudung di sebelah Nia Atirah.  Memang seorang gadis muda yang cantik sekali.  Maximo terpaksa menggunakan Damia Zahra untuk melindungi dirinya.

“Hello... Damia Zahra...  Nice to meet you.  I am Maximo.”  Kata Maximo kepada Damia dengan penuh perhatian.

“Uhhh.... ...I have already heard so much about you from Kak Nia and Abang Zaril.”  Kak Nia asyik ceritakan betapa baik Maximo terhadap dirinya.  Tetapi dia tidak ceritakan betapa kacaknya Maximo.  Sampai Damia pertama kali bertemu, Damia sudah terpikat.

“Oh...really.”  Jawab Maximo.

Damia  gugup pada mulanya dengan perhatian yang diberikan oleh Maximo, kemudian setelah jantungnya yang terhenti seketika sudah mula berdenyut kembali,  dia memberikan Maximo senyuman manis.  “You can call me DZ” Sambung Zahra Damia lagi.

“No... I like ....Damia Zahra better.  A beautiful name..... Damia..”  Bila mendengar kata Maximo yang begitu memikat itu, Damia rasa macam dia sudah cair, cair macam lilin yang dibakar.  Hatinya betul-betul terpikat dengan Maximo.  Tidak dapat Damia melarikan pandangan matanya dari lelaki yang tampan itu. 

Zaril Ikhwan dan Nia Atirah  melihat sahaja gelagat Damia dan Maximo, kemudian saling berpandangan antara satu sama lain lalu tersenyum.

“Damia sudah buat lagi nampaknya.  Jatuh cinta kilat lagi.”    Sudah berapa kali sejak Damia duduk bersama mereka, mereka mendengar cerita Damia jatuh cinta.  Pasti selepas ini Damia akan heboh dengan cerita dia jatuh cinta dengan Maximo pulak. Tanpa perlu bersuara, mereka berdua sudah tahu apa yang bermain dalam hati masing-masing, sudah sangat memahami isi hati pasangannya. Sinar bahagia terpancar dari mata mereka. 

Nyata sekali, perhubungan mereka berdua begitu erat dan mereka saling  mencintai. Semua orang yang berada di situ  boleh lihat betapa dalamnya kasih antara mereka berdua, betapa rapatnya hubungan mereka berdua. Tidak mungkin ada orang lain di dalam hidup mereka. Maximo menelan rasa pedih dalam hatinya.  Tetapi dia tidak mahu kedua suami isterinya membaca isi hatinya, lantas dilindunginya perasaannya itu dengan memberikan senyuman melirik kepada Damia. 

Damia rasakan tidak ada yang lebih indah dari senyuman Maximo dan tidak ada lelaki yang begitu menawan selalin dari Maximo.  Ketika itu juga Damia telah membuat keputusan yang paling penting dalam hidupnya yang masih setahun jagung itu.  Keputusan yang akan merubah keseluruhan hidupnya selepas ini. 

Damia Zahra akan mendapatkan lelaki itu.  Apapun yang berlaku Damia Zahra akan memiliki lelaki yang bernama Maximo.  Bagaimana?   Damia Zahra tidak tahu tetapi dia akan cari jalan sehingga Maximo akan menjadi miliknya yang abadi.  Dia sudah jatuh cinta pandang pertama dengan Maximo dan Damia yakin Maximo juga mencintainya.  Kalau tidak pun, Damia akan usaha sedaya upaya untuk membuat Maximo jatuh cinta dengan Damia dan akhirnya mereka akan berkawin.  Mereka akan hidup bahagia selamanya. Itu azam dan  tekad Damia Zahra.

*************************************8

Maximo  datang ke Malaysia kerana tugas.  Kini tiba gilirannya untuk bertugas bagi mewakili pihak pusat penyelidikan di Italy.  Dia di sini sebagai coordinator kepada pengawai-pengawai penyelidik dan juga tenaga pengajar yang akan bertugas di sini.  Pada mula-mula program ini dijalankan, koordinator dari Malaysia yang ditempatkan di Italy untuk untuk mengendalikan pelatih-pelatih dan penyelidik-penyelidik dari Malayisa untuk menjalankan latihan dan  penyelidikan di insitiusi-institusi penyelidikan di sana..  Kini adanya institusi penyelidikan dan kemudahan penyelidikan di Malaysia, Pelajar dan penyelidik Malaysia tidak perlu di hantar ke sana.  Sekarang ini hanya tenaga pengajar dan  dan penyelidik Italy yang di hantar untuk melatih pelajar-pelajar di Malaysia.  Ini lebih menijimatkan wang dan lebih ramai yang dapat di latih.  Tenaga-tenaga terlatih ini amat penting dalam usaha Malaysia memperbanyakkan lagi pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan juga kemahiran dalam bidang pembangunan dan Penyelidikan berteknologi tinggi.  Program yang akan datang pula ialah usaha menghasilkan tenaga-tenaga mahir yang boleh melatih sendiri pelatih-latih tempatan, untuk menghilangkan pergantungan kepada tenaga pelatih dari luar Negara.  Selain dari tugas mengendali tenaga pengajar ini, Maximo juga menguruskan hal ehwal tenaga pengajar-pengjar ini dan juga tugasnya yang penting sekali menentukan penukaran teknolgi berjalan dengan lancar sepertimana yang termaktub dalam MOU antara consortium penyelidikan di Malaysia dan Institusi penyelidikan di Italy.  

Maximo datang ke Malaysia untuk mengantikan rakan setugasnya yang telah berada di sini untuk menjalankan tugas yang sama setahun yang lalu. Tugas seperti juga merupakan salah satu cara Institusi Penyelidikan tersebut memberi peluang kepada kakitangan mereka untuk perkembangan dan pembangunan diri sendiri serta pengalaman bekerja di Negara asing.  Maximo akan bertugas selama setahun di Malaysia sehingga tugasnya di ambil alih oleh kakitangan lain.  Menurut gilirannya,  Monica, rakan sejawatnya akan menganti tempat Maximo pada sesi yang akan datang.

Peluang untuk bertugas di Malaysia amat-amat dinanti-nantikan oleh Maximo.  Semasa Nia Atirah meninggalkan Malaysia tempoh hari, Maximo ingat dia tidak akan bertemu dengan orang yang cintai itu.  Tetapi alangkah gembiranya apabila dia mendapat berita yang dia adalah salah seorang pengawai Institusi tersebut yang di pilih untuk bertugas di Malaysia selama setahun.  Tidak sabar rasanya Maximo untuk menanti masa dan ketika apabila dia dapat menjejakkan kakinya ke Malaysia dan bertemu semula dengan Nia Atirah. 

Apabila Maximo memberitahu Nia tentang berita ini melalui email, Nia Atirah juga sangat gembira dan mengalu-alukan kedatangan Maximo ke Malaysia.  Tidak sabar rasanya Nia Atrirah menerima kedatangan sahabat baiknya itu.  Kini masa untuk Nia Atirah menjadi hos yang terbaik untuk tetamu yang paling istimewa itu.

Walaupun semua urusan ketibaan dan penginapan Maximo patut di kendalikan oleh pihak institusi penyelidikan, tetapi Nia Atirah mahu menyambut Maximo, sebaik sahaja dia tiba di Malaysia.  Nia Atirah hendak Maximo menjadi tetamu mereka dulu sebelum dia mula bertugas.  Mahu membuat Maximo rasa selesa.

“I want  show him our Malaysian hospitality.  Make him feel at home.  Boleh kan abang?”

“Ikut suka Sayanglah.  I know you miss your friend.  Abang tahu Sayang rasa banyak terhutang budi dengan dia.  Bukan?”  Soal Zaril Ikhwan, sambil tersenyum.  Tercuit hatinya melihat Nia Atirah yang begitu teruja dengan berita kedatangan Maximo.  Maximo banyak membantu Nia Atirah semasa Nia Atirah berada di Italy.  Malah Zaril Ikhwan juga terhutang budi dengan Maximo.  Kerana Maximo jugalah dia mendapat kembali isterinya yang tercinta. 

Nia Atirah sibuk beberapa hari sebelum ini dengan membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Maximo.  Damia Zahra yang tinggal bersama Nia Atirah dan Zaril Ikhwan kerana menuntut di Taylor’s College  untuk pengajian A levelnya,  juga diheret sama, Damia terpaksa terpaksa menolong Nia Atirah bersedia untuk menyambut kedatangan Maximo. 

“Kerahan tenaga percuma!” Sungut Damia Zahra.  Dia geram kerana terganggu aktiviti tidurnya, terpaksa membantu Kak Nia buat macam-macam.  Pelik Damia Zahra melihat Kak Nia yang begitu teruja dengan kedatangan sahabat baiknya dari Italy. 

“Maximo namanya...” Damia bersungut sendirian. Macamana agaknya rupa sahabat baik Kak Nia ini. Dari namanya Damia Zahra bayangkan seorang berbangsa Italy yang gemok, pendek, kepala separuh botak.  Sebab itu agaknya abang Zaril Ikhwan tidak kisah pun bila melihat Kak Nia sungguh teruja.  Bukan saingannya.  Zaril Ikhwan tidak terasa tergugat langsung pun.  Lagipun Abang Zaril kacak sungguh orangnya.  Damia Zahra pun sejak dulu lagi merupakan peminat Zaril Ikhwan.  Abang Zaril Ikhwan seperti seorang hero kepada Damia Zahra yang masih kanak-kanak ketika itu.  Damia sayang sangat dengan Zaril Ikhwan.  Damia Zahra pernah berangan yang dia bercinta dengan Abang Zaril ketika dia kecil-kecil dulu.  Masa itu Zaril Ikhwan belum lagi di timpa kemalangan dan masih belum berkawin dengan Kak Nia Atirah. 

Nia Atirah juga turut sibuk menyediakan apartment yang akan di duduki oleh Maximo selama setahun yang akan datang ini, yang terletak di Condominium Seri Maya, Ampang.   Lokasi ini dipilih kerana berdekatan dengan stesen LRT dan berhampiran dengan KLCC dan juga kerana ramai pekerja-pekerja dari luar Negara yang tinggal di sini.  Mungkin mudah untuk Maximo untuk settle down, rasa lebih selesa dan boleh menjalankan tuganya dengan lancar.  Sehari suntuk Nia Atirah dan Damia berada di apartment yang baru di sewa untuk Maxximo, membersihkan apartment tersebut,  memerika dan memastikan semuanya cukup untuk Maximo. Kak Nia juga membeli sedikit bekalan makanan yang di letakkan dalam peti ais untuk kepeluan Maximo.

“Cukuplah makanan ni... untuk seminggu,  sampai dia tahu di mana hendak dapat barang-barang keperluan ini nanti.  Dia boleh beli sendiri.”  Kata Nia Atirah, tersenyum puas melihat peti ais yang sudah penuh dengan makanan.

“Ini bukan setakat cukup seminggu.  Cukup makan setahun, Kak Nia..”  Ujar Damia Zahra, kemudian dia menyambung lagi.

“Pandailah kawan kak Nia tu hendak uruskan diri dia sendiri nanti.” 

Damia berpendapat cara Kak Nia sibukkan hal Maximo macam Maximo itu seorang OKU atau budak tidak cukup akal.  Semua Kak Nia kena sediakan. Yang buat sakit hatinya, dia pun diseret sama.  Boring Damia dengan semua ini. Dia hanya mahu balik ke rumah, masuk dalam bilik, layan internet, facebook atau dengan lagu.  Malasnya dia bersusah payah untuk orang yang dia tidak kenali ini.

Yang Damia lagi boring, pagi-pagi lagi dia kena bangun pada hari cuti am ini, untuk pergi ke lapangan terbang KLIA untuk menyambut kedatangan Maximo.  Mana ada orang bangun pagi-pagi hari cuti am begini?  Damia sudah rancang mahu tidur sampai tengahari.  Damia study sehingga lewat malam semalam.  Tidak lama lagi dia akan menempuhi peperiksaan akhirnya.  Selepas itu dia akan ke luar Negara untuk menyambung pengajian Ijazahnya.  Damia mesti dapat keputusan yang baik, dia bukan bijak sangat macam Kak Yati yang mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajiannya ke luar Negara.  Tetapi nasib baik ayahnya sanggup membiayai pengajian DZ.  Encik Zakuan menyarankan DZ mendapatkan A level dan kemudian melanjutkan pengajian keluar Negara. Dia sanggup membiayai pengajian Damia Zahra.  Jadi Damia kena berusaha bersungguh kalau mahu impiannya tercapai.  Pergi melanjutkan pelajaran ke luar Negara seperti Kak Yati dan abang Daniel adalah cita-citanya yang harus dia  capainya. Tidak boleh tidak.  Kalau tidak malulah Damia dengan saudara-maranya yang lain.  Semuanya belajar di luar Negara.

Jadi bila dia kena penat-penat pagi-pagi hanya sebab hendak menyambut Maximo, cemberut masamlah Damia  Zahra.

Tetapi semua perasan geram, boring, malas, jemu itu hilang dengan sekelip mata sahaja apabila Damia bertemu dengan Maximo. Patutlah Kak Nia beriya-iya memastikan semuanya dalam keadaan baik untuk menyambut kedatangan Maximo.  Dalam masa yang sama  Damia tertanya-tanya sama ada Kak Nia ada hati ke dengan Maximo.  Takkan mereka hanya kawan sahaja.  Kenapa Kak Nia begitu teruja dengan kedatangan Maximo ke Malaysia.  Dia sudah ada Abang Zaril.  Macamana dengan Maximo ada hati dengan Kak Nia ke?  Macam-macam yang dia fikirkan.  Perasaan cemburu mula menguasai hati Damia.  Dia belum pernah mengalami perasaan cemburu  sebegini.    

Damia mesti dapatkan Maximo.  Dia tidak punya banyak masa lagi.  Dia hanya beberapa bulan sebelum dia berangkat ke luar Negara.  Damia mahukan Maximo, dia mesti dapatkan Maximo.