Author: Alina Haizar
•7:16 PM
Love for Maxximo

Bab 1

Dia ialah lelaki yang paling kacak yang pernah Damia Zahra lihat seumur hidupnya.  Rasa-rasanya tidak pernah dia menatap wajah yang setampan itu pada mana-mana lelaki pun, tidak kira lelaki melayu atau lelaki asing, hidup atau sudah mati atau dalam mana-mana media.  Damia terus memandang tanpa berkelip-kelip matanya.  Lelaki itu berjalan dengan begitu segak menghampiri Damia  yang sedang menunggu di Balai Ketibaan di Lapangan Terbang KLIA.  Lelaki itu kemudiannya memberikan senyuman ke arahnya.  Gugur jantung Damia ketika itu juga. Pada ketika itu, Damia berpendapat bahawa  Ini adalah ciptaan tuhan yang begitu sempurna  pada seseorang manusia. Begitu kacak dan tampan.  Orangnya agak tinggi dan susuk badannya segak sekali.  Rambutnya berwarna perang dan berombak, kelihatan menarik sekali. Membuat Damia ingin melarik-larikan jarinya di rambut yang bersisir kemas itu.  Makin lelaki itu menghampiri mereka, makin berdebar rasa hati Damia.  Macamana mungkin,  kali pertama bertemu dia sudah jatuh cinta.  Dalam bebeberapa saat sahaja, Damia tahu dia sudah jatuh hati dengan lelaki yang sangat tampan itu.

Tidak akan sesiapa yang percaya kalau Damia katakan yang dia jatuh cinta dalam sekelip mata.  Mesti orang akan ketawakan dirinya.  Mesti orang kata ini satu lagi cinta monyet si DZ,  DZ yang selalu berangan untuk bertemu dengan Mr Rightnya. DZ yang asyik minat bintang filem itu dan bintang sukan ini, sekejap- suka yang ini, besoknya suka yang lain.   Tidak ada sesiapa akan percaya kali ini DZ sudah betul-betul jatuh cinta pandang pertama dengan lelaki yang dia baru nampak kurang dari seminit yang lalu.

Jejaka itu berjalan menuju ke arah Damia sambil tersenyum.  Bila sudah betul-betul dekat dengan dirinya, tidak salah lagi,  wajah lelaki itu memang  betul sangat kacak.  Matanya biru betul. Biru….tidak dapat Damia Zahra  bandingkan dengan apa-apa.  Dirinya yang baru berumur 18 tahun tidak mempunyai banyak pengalaman.  Tidak tahu hendak di samakan keindahan warna mata lelaki itu dengan warna apa, yang  dia tahu, biru yang betul-betul indah, macam air laut yang dalam.  Damia telah lemas di dalam kebiruaan itu.  Kebiruan yang betul-betul memikat hatinya.  Kelu lidah Damia untuk berkata apa-apa lagi.   Hidung lelaki itu pula begitu mancung  dan meruncing dan terletak dengan sempurna. Dia mempunyai sepasang mata yang begitu cantik sekali, tidak padan untuk seorang lelaki, berbulu mata lentik, alis matanya tersusun rapi seperti baru di sisir. 

Jejaka tanpam itu juga tersenyum gembira sambil memandang ke arah Damia. Tidak disangka-sangka...nampaknya dia juga seperti Damia,  begitu gembira dapat bertemu dengan Damia, walaupun inilah pertama kali mereka menatap wajah masing-masing.   Damia hanya melopong memandang wajah lelaki tersebut. Lelaki itu nampaknya suka betul bila melihat Damia.  Mungkinkah lelaki itu juga seperti dirinya, jatuh cinta dengan Damia sebaik sahaja matanya terpandang wajah Damia?  Adakah kisah begini betul-betul terjadi dalam realiti. Dua insan yang pertama kali bertemu, kedua-duanya terus jatuh cinta pandang pertama?  Mungkin ini yang dikatakan jodoh ditentukan tuhan.  Macam cerita dalam movie,  pertama kali jejaka dan gadis bertentangan mata,  mereka terus dapat rasakan nya,  Mereka terus jatuh cinta.   Begitu jugalah agaknya antara Damia dengan lelaki  itu,  yang sudah kian hampir  menuju ke arahnya itu. 

Damia terus berangan-angan  bahawa mereka berdua terus jatuh cinta dan menjadi pasangan bercinta yang paling hebat di dekad ini, berkahwin dan akan hidup ‘happily ever after’ macam dalam Fairytales yang Damia baca sejak kecil lagi.  Alangkah indahnya hidup ini.  Prince Charmingnya sudah turun dari Istana dan terus menyunting Damia sebagai permaisurinya.   Impiannya selama ini sudah menjadi kenyataan. Lelaki kacak itu berhenti di hadapan Damia, memandang.  Bibirnya tersenyum.  Jantung Damia terus berhenti dari berdegup.

Damia memekap kedua belah tangannya rapat ke dadanya, rasa begitu bahagia sekali.  Bukan semua orang dapat mencapai impian mereka sejak kecil lagi.  Damia betul-betul beruntung. Bayangkan bertemu dengan jejaka idaman hati dan sama-sama jatuh cinta pandang pertama pada masa yang sama.  Damia terus tenggelam dalam impiannya.  Memeluk dirinya sendiri.  Berangan jauh hingga ke suatu tempat yang lain.

“DZ...itulah kawan Kak Nia, Maximo.”  Tiba-tiba Nia Atirah menunjukkan lelaki memperkenalkan lelaki itu kepada Damia.  Damia terkebil-kebil memandang wajah Nia Atirah.  Macam baru tersedar dan kembali ke alam nyata.  Nia mengelengkan kepalanya.  Anak remaja masa kini memang begini,  jiwanya penuh dengan angan-angan.  Entah ke mana-mana angan-angannya telah membawa DZ pergi tadi. Matanya bersinar dan jauh betul  pandangannya.

“Maximo?”  Damia Zahra masih terkebil-kebil memandang wajah jejaka tampan itu.   Lelaki itu rupanya Maximo, tetamu mereka.  Damia memandang wajah  Nia Atirah... Rupa-rupanya senyuman  lelaki itu dari tadi di tujukan kepada Nia Atirah dan bukan kepada Damia Zahra.   

“Hello Nia.”  Kata Maximo, bibirnya masih terukir senyum.  Dia memandang tepat pada Nia Atirah tanpa berkelip-kelip matanya.  Dia bagaikan terpukau memandang wajah Nia Atirah.  Wajahnya seperti  musafir yang kehausan baru mendapat seteguk air dingin.  Wajah orang yang sudah lama kerinduaan, kini baru sahaja terubat rindunya itu.  Bersinar matanya memandang Nia Atirah.  Ketika itu juga terasa  sifat cemburu Damia  Zahra, yang tidak pernah Damia rasa dia miliki,  naik memuncak, hingga ke kepalanya.

Maximo tidak memperdulikan Damia langsung.  Dia terus mengambil baby Miazara dari dukungan Nia Atirah.

“This is the bambina?”

Nia Atirah menganggakkan kepalanya sambil tersenyum. 

“What is her name...?”

Miazara,  we call he Zara.”  Jawab Nia Atirah.

Maximo terus mengagah-agah Zara,  Zara mengekek kegembiraan.  Nia Atirah tersenyum gembira melihat gelagat Maximo dan Zara.

“Where is Hazeril and Mr Zaril?”

“They were here waiting, but then Hazeril wanted to go o the toilet.  They will be back soon.”

“Oh I can’t wait to see Hazeril, He must be very big now,  How old is he, 6 years old?”

“Yes..He is has grown so tall and next year he will start schooling.”

“Oh...  I can’t wait to see him.  And I am so glad to see you.” Mata Maximo yang kebiruan itu menjadi begitu redup bila memandang wajah Nia.

“I miss you so much!”  Ujar Maximo lagi, suaranya menjadi gemersik. 

Damia mengeluh dalam diam. Kalaulah apa yang dikatakan oleh Maximo itu ditujukan pada dirinya dan bukan pada Kak Nia.   Mesti Damia Zahra akan cair, melimpah di lantai lapangan terbangan KLIA itu.   Damia melihat wajah Nia Atirah.  Nia Atirah hanya tersenyum,  tidak ada tanda-tanda yang dia akan cair seperti apa yang di rasakan oleh Damia Zahra.  Macam hari-hari dia dengar ucapan seperti itu  di tujukan kepadanya, ucapan romantic  keluar dari bibir yang sungguh seksi itu. 

Mungkin juga hari-hari  agaknya Nia Atirah menerima ucapan rindu, cinta, kasih sayang  dari Abang Zaril. Abang Zaril pun  tidak kurang hebatnya.  Kacak dan sangat tampan orangnya.  Sebab itu Kak Nia tidak sedikit pun hairan dan teruja dengan ucapan Maximo.  Dia hanya tersenyum sahaja, macam menerima ucapan selamat pagi  atau selamat malam sahaja dari orang paling paling kacak yang Damia pernah lihat seumur hidupnya.

“We miss you too.” Jawab Nia Atirah.  Gembira sangat dapat bertemu dengan sahabat baiknya itu setelah hampir dua tahun berpisah.  Nia ternanti-nanti saat ketika Maximo datang ke Malaysia,  kini peluang dia pula membalas jasa baik Maximo terhadap dirinya selama dia berada di Italy.  Nia ingin menunjukkan keindahan bumi Malaysia yang tercinta dan juga ingin memperkenalkan Maximo kepada orang-orang Malaysia yang terkenal dengan adat sopan santun dan ketinggian budi bahasa, yang menjadi kebanggaan Nia selama ini.  Nia mengambil semula Zara dari Maximo.  Mereka sudah mahu bergerak dari Balai Ketibaan itu.

“Maximo! How are you.”  Seru Zaril Ikhwan, meluru sambil menghulurkan tangannya ke arah Maximo.  Maximo menyambut tangan Zaril Ikhwan dan mereka berjabat tangan dengan mesra.  Nampaknya Zaril Ikhwan juga gembira bertemu dengan Maximo.  Tidak ada tanda dia cemburu pun dengan Maximo.  Damia sahaja yang cemburukan perhatian Maximo, yang dia tidak dapat sehingga kini.  Maximo kemudiannya  mendapatkan Hazeril yang sedang berjalan di sebelah Zaril Ikhwan. 

“Hazeril..!  Look at you.. You have grown so big now!”

“Uncle  Maxi.”  Ujar Hazeril,  masih mengingati Maximo, maklumlah dia masih kecil lagi semasa mereka pulang ke  Malaysia hampir dua tahun lalu.  Hazeril terus memeluk pinggang Maximo.  Hazeril juga sayang dengan Maximo.  Setelah melepaskan pelukannya terhadap Maximo, Hazeril kembali berdiri di sebelah Zaril Ikhwan, yang sedang memeluk erat bahu Nia.  Zara berada dalam dukungan Nia Atirah.

Maximo memandang keluarga kecil yang berdiri di hadapannya itu.  Mereka nampak begitu bahagia sekali. 

“What A beautiful family.”  Kata Maximo dalam hatinya.  Sepatutnya keluarga bahagia ini menjadi keluarganya.  Dia yang sepatutnya berada di tempat Zaril Ikhwan.  Kalau Zaril Ikhwan tidak datang ke Italy dalam misi kerjasama penyelidikan dulu,  mungkin Nia Atirah menjadi isterinya dan  Hazeril dan Zara menjadi anak-anaknya.  Terasa hatinya tertusuk duri yang begitu tajam.  Terasa sehingga jauh di lubuk hatinya.  Maximo ingat dia sudah pulih dari mencintai Nia Atirah, tetapi nyata Nia Atirah masih lagi di hatinya.  Dia tidak dapat melupakan perasaan cintanya itu pada Nia Atirah.  Maximo cepat-cepat mengawal perasaannya itu, takut mereka yang dihadapannya itu menyedari isi hatinya itu.  Maximo sedaya upaya cuba menyembbunyikan perasaannya itu.

“Maximo, have you met my cousin, Damia Zahra.”  Tiba-tiba Zaril Ikhwan bertanya kepada Maximo sambil menunjukkan ke arah Damia.

Maximo terus mengambil peluang ini untuk mengalehkan perhatian semua orang dari dirinya. Malunya rasa hati Maximo jika mereka yang dihadapannya itu tahu yang dia masih mencintai Nia Atirah.  Maximo terus memberikan senyumannya yang paling manis pada gadis yang bertudung di sebelah Nia Atirah.  Memang seorang gadis muda yang cantik sekali.  Maximo terpaksa menggunakan Damia Zahra untuk melindungi dirinya.

“Hello... Damia Zahra...  Nice to meet you.  I am Maximo.”  Kata Maximo kepada Damia dengan penuh perhatian.

“Uhhh.... ...I have already heard so much about you from Kak Nia and Abang Zaril.”  Kak Nia asyik ceritakan betapa baik Maximo terhadap dirinya.  Tetapi dia tidak ceritakan betapa kacaknya Maximo.  Sampai Damia pertama kali bertemu, Damia sudah terpikat.

“Oh...really.”  Jawab Maximo.

Damia  gugup pada mulanya dengan perhatian yang diberikan oleh Maximo, kemudian setelah jantungnya yang terhenti seketika sudah mula berdenyut kembali,  dia memberikan Maximo senyuman manis.  “You can call me DZ” Sambung Zahra Damia lagi.

“No... I like ....Damia Zahra better.  A beautiful name..... Damia..”  Bila mendengar kata Maximo yang begitu memikat itu, Damia rasa macam dia sudah cair, cair macam lilin yang dibakar.  Hatinya betul-betul terpikat dengan Maximo.  Tidak dapat Damia melarikan pandangan matanya dari lelaki yang tampan itu. 

Zaril Ikhwan dan Nia Atirah  melihat sahaja gelagat Damia dan Maximo, kemudian saling berpandangan antara satu sama lain lalu tersenyum.

“Damia sudah buat lagi nampaknya.  Jatuh cinta kilat lagi.”    Sudah berapa kali sejak Damia duduk bersama mereka, mereka mendengar cerita Damia jatuh cinta.  Pasti selepas ini Damia akan heboh dengan cerita dia jatuh cinta dengan Maximo pulak. Tanpa perlu bersuara, mereka berdua sudah tahu apa yang bermain dalam hati masing-masing, sudah sangat memahami isi hati pasangannya. Sinar bahagia terpancar dari mata mereka. 

Nyata sekali, perhubungan mereka berdua begitu erat dan mereka saling  mencintai. Semua orang yang berada di situ  boleh lihat betapa dalamnya kasih antara mereka berdua, betapa rapatnya hubungan mereka berdua. Tidak mungkin ada orang lain di dalam hidup mereka. Maximo menelan rasa pedih dalam hatinya.  Tetapi dia tidak mahu kedua suami isterinya membaca isi hatinya, lantas dilindunginya perasaannya itu dengan memberikan senyuman melirik kepada Damia. 

Damia rasakan tidak ada yang lebih indah dari senyuman Maximo dan tidak ada lelaki yang begitu menawan selalin dari Maximo.  Ketika itu juga Damia telah membuat keputusan yang paling penting dalam hidupnya yang masih setahun jagung itu.  Keputusan yang akan merubah keseluruhan hidupnya selepas ini. 

Damia Zahra akan mendapatkan lelaki itu.  Apapun yang berlaku Damia Zahra akan memiliki lelaki yang bernama Maximo.  Bagaimana?   Damia Zahra tidak tahu tetapi dia akan cari jalan sehingga Maximo akan menjadi miliknya yang abadi.  Dia sudah jatuh cinta pandang pertama dengan Maximo dan Damia yakin Maximo juga mencintainya.  Kalau tidak pun, Damia akan usaha sedaya upaya untuk membuat Maximo jatuh cinta dengan Damia dan akhirnya mereka akan berkawin.  Mereka akan hidup bahagia selamanya. Itu azam dan  tekad Damia Zahra.

*************************************8

Maximo  datang ke Malaysia kerana tugas.  Kini tiba gilirannya untuk bertugas bagi mewakili pihak pusat penyelidikan di Italy.  Dia di sini sebagai coordinator kepada pengawai-pengawai penyelidik dan juga tenaga pengajar yang akan bertugas di sini.  Pada mula-mula program ini dijalankan, koordinator dari Malaysia yang ditempatkan di Italy untuk untuk mengendalikan pelatih-pelatih dan penyelidik-penyelidik dari Malayisa untuk menjalankan latihan dan  penyelidikan di insitiusi-institusi penyelidikan di sana..  Kini adanya institusi penyelidikan dan kemudahan penyelidikan di Malaysia, Pelajar dan penyelidik Malaysia tidak perlu di hantar ke sana.  Sekarang ini hanya tenaga pengajar dan  dan penyelidik Italy yang di hantar untuk melatih pelajar-pelajar di Malaysia.  Ini lebih menijimatkan wang dan lebih ramai yang dapat di latih.  Tenaga-tenaga terlatih ini amat penting dalam usaha Malaysia memperbanyakkan lagi pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan juga kemahiran dalam bidang pembangunan dan Penyelidikan berteknologi tinggi.  Program yang akan datang pula ialah usaha menghasilkan tenaga-tenaga mahir yang boleh melatih sendiri pelatih-latih tempatan, untuk menghilangkan pergantungan kepada tenaga pelatih dari luar Negara.  Selain dari tugas mengendali tenaga pengajar ini, Maximo juga menguruskan hal ehwal tenaga pengajar-pengjar ini dan juga tugasnya yang penting sekali menentukan penukaran teknolgi berjalan dengan lancar sepertimana yang termaktub dalam MOU antara consortium penyelidikan di Malaysia dan Institusi penyelidikan di Italy.  

Maximo datang ke Malaysia untuk mengantikan rakan setugasnya yang telah berada di sini untuk menjalankan tugas yang sama setahun yang lalu. Tugas seperti juga merupakan salah satu cara Institusi Penyelidikan tersebut memberi peluang kepada kakitangan mereka untuk perkembangan dan pembangunan diri sendiri serta pengalaman bekerja di Negara asing.  Maximo akan bertugas selama setahun di Malaysia sehingga tugasnya di ambil alih oleh kakitangan lain.  Menurut gilirannya,  Monica, rakan sejawatnya akan menganti tempat Maximo pada sesi yang akan datang.

Peluang untuk bertugas di Malaysia amat-amat dinanti-nantikan oleh Maximo.  Semasa Nia Atirah meninggalkan Malaysia tempoh hari, Maximo ingat dia tidak akan bertemu dengan orang yang cintai itu.  Tetapi alangkah gembiranya apabila dia mendapat berita yang dia adalah salah seorang pengawai Institusi tersebut yang di pilih untuk bertugas di Malaysia selama setahun.  Tidak sabar rasanya Maximo untuk menanti masa dan ketika apabila dia dapat menjejakkan kakinya ke Malaysia dan bertemu semula dengan Nia Atirah. 

Apabila Maximo memberitahu Nia tentang berita ini melalui email, Nia Atirah juga sangat gembira dan mengalu-alukan kedatangan Maximo ke Malaysia.  Tidak sabar rasanya Nia Atrirah menerima kedatangan sahabat baiknya itu.  Kini masa untuk Nia Atirah menjadi hos yang terbaik untuk tetamu yang paling istimewa itu.

Walaupun semua urusan ketibaan dan penginapan Maximo patut di kendalikan oleh pihak institusi penyelidikan, tetapi Nia Atirah mahu menyambut Maximo, sebaik sahaja dia tiba di Malaysia.  Nia Atirah hendak Maximo menjadi tetamu mereka dulu sebelum dia mula bertugas.  Mahu membuat Maximo rasa selesa.

“I want  show him our Malaysian hospitality.  Make him feel at home.  Boleh kan abang?”

“Ikut suka Sayanglah.  I know you miss your friend.  Abang tahu Sayang rasa banyak terhutang budi dengan dia.  Bukan?”  Soal Zaril Ikhwan, sambil tersenyum.  Tercuit hatinya melihat Nia Atirah yang begitu teruja dengan berita kedatangan Maximo.  Maximo banyak membantu Nia Atirah semasa Nia Atirah berada di Italy.  Malah Zaril Ikhwan juga terhutang budi dengan Maximo.  Kerana Maximo jugalah dia mendapat kembali isterinya yang tercinta. 

Nia Atirah sibuk beberapa hari sebelum ini dengan membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Maximo.  Damia Zahra yang tinggal bersama Nia Atirah dan Zaril Ikhwan kerana menuntut di Taylor’s College  untuk pengajian A levelnya,  juga diheret sama, Damia terpaksa terpaksa menolong Nia Atirah bersedia untuk menyambut kedatangan Maximo. 

“Kerahan tenaga percuma!” Sungut Damia Zahra.  Dia geram kerana terganggu aktiviti tidurnya, terpaksa membantu Kak Nia buat macam-macam.  Pelik Damia Zahra melihat Kak Nia yang begitu teruja dengan kedatangan sahabat baiknya dari Italy. 

“Maximo namanya...” Damia bersungut sendirian. Macamana agaknya rupa sahabat baik Kak Nia ini. Dari namanya Damia Zahra bayangkan seorang berbangsa Italy yang gemok, pendek, kepala separuh botak.  Sebab itu agaknya abang Zaril Ikhwan tidak kisah pun bila melihat Kak Nia sungguh teruja.  Bukan saingannya.  Zaril Ikhwan tidak terasa tergugat langsung pun.  Lagipun Abang Zaril kacak sungguh orangnya.  Damia Zahra pun sejak dulu lagi merupakan peminat Zaril Ikhwan.  Abang Zaril Ikhwan seperti seorang hero kepada Damia Zahra yang masih kanak-kanak ketika itu.  Damia sayang sangat dengan Zaril Ikhwan.  Damia Zahra pernah berangan yang dia bercinta dengan Abang Zaril ketika dia kecil-kecil dulu.  Masa itu Zaril Ikhwan belum lagi di timpa kemalangan dan masih belum berkawin dengan Kak Nia Atirah. 

Nia Atirah juga turut sibuk menyediakan apartment yang akan di duduki oleh Maximo selama setahun yang akan datang ini, yang terletak di Condominium Seri Maya, Ampang.   Lokasi ini dipilih kerana berdekatan dengan stesen LRT dan berhampiran dengan KLCC dan juga kerana ramai pekerja-pekerja dari luar Negara yang tinggal di sini.  Mungkin mudah untuk Maximo untuk settle down, rasa lebih selesa dan boleh menjalankan tuganya dengan lancar.  Sehari suntuk Nia Atirah dan Damia berada di apartment yang baru di sewa untuk Maxximo, membersihkan apartment tersebut,  memerika dan memastikan semuanya cukup untuk Maximo. Kak Nia juga membeli sedikit bekalan makanan yang di letakkan dalam peti ais untuk kepeluan Maximo.

“Cukuplah makanan ni... untuk seminggu,  sampai dia tahu di mana hendak dapat barang-barang keperluan ini nanti.  Dia boleh beli sendiri.”  Kata Nia Atirah, tersenyum puas melihat peti ais yang sudah penuh dengan makanan.

“Ini bukan setakat cukup seminggu.  Cukup makan setahun, Kak Nia..”  Ujar Damia Zahra, kemudian dia menyambung lagi.

“Pandailah kawan kak Nia tu hendak uruskan diri dia sendiri nanti.” 

Damia berpendapat cara Kak Nia sibukkan hal Maximo macam Maximo itu seorang OKU atau budak tidak cukup akal.  Semua Kak Nia kena sediakan. Yang buat sakit hatinya, dia pun diseret sama.  Boring Damia dengan semua ini. Dia hanya mahu balik ke rumah, masuk dalam bilik, layan internet, facebook atau dengan lagu.  Malasnya dia bersusah payah untuk orang yang dia tidak kenali ini.

Yang Damia lagi boring, pagi-pagi lagi dia kena bangun pada hari cuti am ini, untuk pergi ke lapangan terbang KLIA untuk menyambut kedatangan Maximo.  Mana ada orang bangun pagi-pagi hari cuti am begini?  Damia sudah rancang mahu tidur sampai tengahari.  Damia study sehingga lewat malam semalam.  Tidak lama lagi dia akan menempuhi peperiksaan akhirnya.  Selepas itu dia akan ke luar Negara untuk menyambung pengajian Ijazahnya.  Damia mesti dapat keputusan yang baik, dia bukan bijak sangat macam Kak Yati yang mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajiannya ke luar Negara.  Tetapi nasib baik ayahnya sanggup membiayai pengajian DZ.  Encik Zakuan menyarankan DZ mendapatkan A level dan kemudian melanjutkan pengajian keluar Negara. Dia sanggup membiayai pengajian Damia Zahra.  Jadi Damia kena berusaha bersungguh kalau mahu impiannya tercapai.  Pergi melanjutkan pelajaran ke luar Negara seperti Kak Yati dan abang Daniel adalah cita-citanya yang harus dia  capainya. Tidak boleh tidak.  Kalau tidak malulah Damia dengan saudara-maranya yang lain.  Semuanya belajar di luar Negara.

Jadi bila dia kena penat-penat pagi-pagi hanya sebab hendak menyambut Maximo, cemberut masamlah Damia  Zahra.

Tetapi semua perasan geram, boring, malas, jemu itu hilang dengan sekelip mata sahaja apabila Damia bertemu dengan Maximo. Patutlah Kak Nia beriya-iya memastikan semuanya dalam keadaan baik untuk menyambut kedatangan Maximo.  Dalam masa yang sama  Damia tertanya-tanya sama ada Kak Nia ada hati ke dengan Maximo.  Takkan mereka hanya kawan sahaja.  Kenapa Kak Nia begitu teruja dengan kedatangan Maximo ke Malaysia.  Dia sudah ada Abang Zaril.  Macamana dengan Maximo ada hati dengan Kak Nia ke?  Macam-macam yang dia fikirkan.  Perasaan cemburu mula menguasai hati Damia.  Dia belum pernah mengalami perasaan cemburu  sebegini.    

Damia mesti dapatkan Maximo.  Dia tidak punya banyak masa lagi.  Dia hanya beberapa bulan sebelum dia berangkat ke luar Negara.  Damia mahukan Maximo, dia mesti dapatkan Maximo.
|
This entry was posted on 7:16 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

11 comments:

On April 15, 2012 at 8:00 PM , faizah said...

Welcome back! Dah lama tunggu any news from you. Kenapa blog yang lagi satu tu senyap je?

 
On April 15, 2012 at 8:25 PM , Anonymous said...

rindu citer ni..hrp2 terus sambung atau dibukukan..sy pasti beli

 
On April 15, 2012 at 9:47 PM , Anonymous said...

Kak, kebetulan skang ni saya tgh deal ngan italian researcher..terus terbayang muka diorg hahaha


KB

 
On April 16, 2012 at 12:40 PM , kaknOOr said...

Kak Alina ...
kali ni kisah Maximo dgn DZ ke?
Harap kehidupan keluarga nia tidak ada konflik yg berat lagi...
tak mo mereka merana lagi hu hu hu

 
On April 16, 2012 at 1:02 PM , chinta hati said...

salam. knp blog pilihanpembaca sy dh x blh msk? sy suka akak pya cite..klu blh invite le sy..sy suka baca MDI dgn SASDM..kesian kt saya nih..

 
On April 16, 2012 at 2:31 PM , Rubiyanti Basri said...

Bestnya kak..dah ada cerita baru. Nanti jgn lupa sambung SADSM kak.

 
On April 16, 2012 at 3:19 PM , Kak Sue said...

Hilang rindu kat Nia dan Zaril ...
jangan ada masalah yang berat dalam family ni ok...
yang dulu rasa sedih sangat tau...
Biarlah kisah DZ dan Maximo... dan Nia dan Zaril sebagai penasihat ok x???

 
On April 16, 2012 at 3:30 PM , syiela said...

terubat rindu dkat nia dan zaril

 
On May 2, 2012 at 4:10 PM , Seorg wanita... said...

bestnyer, sambungan AYKT... rindunya kat semua, Nia, Zaril, Hezril, Maximo, rindu kat Itali gak... hehehe...

 
On June 25, 2012 at 2:24 PM , Anonymous said...

dulu sangat terija dgn AYKT 1 jadi rase mcm dah tak syok bla ada AYKT 2

soriiiiii

 
On August 5, 2012 at 3:56 PM , Anonymous said...

Tak sangka ada kisah Maximo pulak!
Wawwww.
kak ALina selitlah jugak kisah Nia dengan Zariel. Rindu dgn kisah mereka.
Sayang! sayang! bila teringat sumpah sweet. Heeee
TERBAIKKKKKK!