http://jomsewabuku.blogspot.com/2011/04/aku-yang-kau-tinggalkan-alina-haizar.html
Novel Aku Yang Kau Tinggalkan mengisahkan seorang gadis bernama Nia Atirah yang terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya bernama Zaril Ikhwan. Pada mulanya, perkahwinan itu telah diatur untuk adiknya Ani tetapi sebulan sebelum majlis pernikahan itu berlangsung, Ani telah melarikan diri dengan kekasihnya Sazali kerana tidak sanggup dikahwinkan dengan lelaki sakit seperti Zaril Ikhwan.
Keluarga Nia mengalami masalah kewangan yang kronik hingga mendesak ibu Nia bertindak mengahwinkan Ani yang hanya bersekolah setakat tingkatan tiga itu dengan cucu Puan Zainun yang telah hilang ingatan akibat kemalangan yang menimpa dirinya beberapa tahun yang lalu. Puan Zainun sanggup membayar dan memenuhi keperluan kewangan ibu Nia asalkan ibu Nia sanggup mengahwinkan anak gadisnya dengan cucunya dan menjaga Zaril Ikhwan.
Oleh kerana ibu Nia telah menerima wang dari Puan Zainun dan wang itu pula telah digunakan untuk menebus tapak rumah mereka yang telah digadaikan oleh ayah Nia yang tidak bertanggungjawab itu, maka Nia Atirah tiada pilihan lain melainkan terpaksa mengorbankan dirinya untuk menggantikan tempat adiknya yang telah lari dari rumah.
Nia membuat keputusan untuk menggantikan tempat adiknya itu apabila mengenangkan keperitan hidup mereka sekeluarga yang dilantarkan oleh ayah yang tidak bertanggungjawab kerana terjerumus dalam kancah judi dan perempuan. Ibunya sering dilayan dengan kejam oleh si ayah yang selalu memeras wang hasil keringat ibunya yang bekerja berhempas pulas di kebun demi untuk menyara persekolahan mereka adik beradik. Nia tidak sanggup melihat ibunya menderita setelah mengetahui yang tapak rumah mereka juga telah digadai oleh ayahnya yang tidak bertanggungjawab itu. Sekurang-kurangnya dengan pengorbanannya itu, ibu dan adik-adiknya akan mendapat kehidupan yang lebih selesa dan ibunya tidak perlu lagi membanting tulang bekerja di kebun untuk menyara mereka sekeluarga.
Setelah berkahwin dengan Zaril Ikhwan Nia sedaya upaya membantu kesembuhan penyakit suaminya hingga lama kelamaan dia sedar yang perasaan cinta telah berputik di hatinya. Berbagai ujian yang Nia terima dalam mengharungi kehidupan bersama Zaril Ikhwan. Namun begitu Nia tetap tabahkan hati hingga tiba satu peringkat yang menyebabkan dia tidak mampu lagi bertahan dan Nia mengambil keputusan untuk menyisihkan dirinya hidup ditempat orang. Nia lari ke Turin di Itali untuk mengubat luka dihatinya.
Novel setebal 759 ini sangat baik isinya. Tema cinta, kasih sayang, kekeluargaan dan persahabatan memenuhi keseluruhan isi novel ini. Latar tempat di Itali membuatkan novel ini nampak tinggi dari segi idea dan sangat berinformasi. Plot dimulakan dengan kesan imbas kembali dan seterusnya mengikut kronologi. Penulis berjaya menggarap penulisan ini dengan baik sekali. Setelah membaca novel ini, hati pembaca tidak akan diserang tandanya yang tidak berpenghujung dan pembaca akan merasa kepuasan kerana setiap persoalan telah berjaya dirungkaikan oleh penulis diakhir bab cerita. Saya tidak boleh berhenti dari membaca novel ini kerana teruja ingin mengetahui kisah selanjutnya rentetan dari peristiwa ke peristiwa yang lain. Novel ini telah menyihir saya hingga menyebabkan saya berjaya menamatkan pembacaan novel ini dalam masa beberapa jam sahaja. Novel ini saya beri 5 bintang kerana isi , pengolahan, penyampaian dan penamatnya yang baik. Ditambah lagi dengan dialog watak-watak yang pendek tetapi padat, bersahaja dan tidak meleret-leret. Wallahualam.
BUKU MENYIMPAN RAHSIA HATI. DENGAN MEMBACANYA KITA DAPAT MENYINGKAP RAHSIA ITU.

0 comments: