•12:08 PM
Bab 13
Nia masih belum terlena, dia merasa terlalu bahagia malam ini. Pada malam ini, setelah setahun yang lalu dia mengahwini Zaril Ikhwan, dia telah menjadi isteri dalam erti kata yang sebenarnya kepada Zaril Ikhwan. Alangkah bahagianya Nia. Kini dia barulah dia rasa dia adalah seorang isteri. Dia merasakan dirinya begitu lengkap sekali malam ini. Hatinya seakan menyanyi-nyanyi kegembiraan. Walaupun suaminya sedang tidur, begitu terlena dalam keletihan, Nia masih lagi dalam pelukannya.. Zaril nampaknya tidur dengan nyenyak sekali, agaknya sedang melayari mimpi-mimpi indah. Seindah hati Nia yang berbunga ketika itu. Dia tidak sangka dengan apa yang terjadi antara mereka berdua sebentar tadi. Terjalin satu perhubungan yang begitu indah dan suci antara lelaki dan perempuan. Tidak sepatah perkataan cinta pun yang keluar dari mulut suaminya tadi, Nia tetap rasa bahagia, suaminya begitu lembut dalam mengasihinya malam ini. Hilang semua kesangsian Nia yang ada orang lain di hati Zaril Ikhwan. Nia rasa begitu yakin sekali. Nia menatap wajah suaminya yang tercinta itu, tidak puas dia memandang wajah kesayangannya itu. Ingin Nia menyatakan rasa cintanya yang tidak terhingga terhadap suaminya. Ingin Nia mengucapkan sumpah janji setia terhadap suaminya, ingin sentiasa bersama selama-lamanya.
"Sayang….” Nia terdengar suaminya mengeluh dalam tidurnya, sambil memanggil namanya. Nia mengangkat kepalanya untuk memandang wajah suaminya, Dia ingat Zaril Ikhwan terjaga dari tidurnya. Tetapi mata suaminya masih terpejam. Dia masih tidur lagi rupanya. Ingin Nia mengejut suaminya, melihat mata suaminya terbuka perlahan-lahan memandang wajahnya dan kemudian dia memberikan Nia senyuman yang penuh dengan kasih sayang. Ingin sekali Nia dengar dia ucapkan kata-kata cinta pada Nia. Apabila melihat suaminya masih tidur dengan lena, Nia cuma mendekatkan dirinya pada tubuh suaminya, menikmati aroma kelelakiannya, membuat Nia rasa dia begitu tenang dan bahagia, lelaki ini, keindahaan bersama yang mereka alami, keharuman kelelakiannya. semuanya ….Nia sudah boleh katakan adalah miliknya.
“Linda......please don’t leave me.no no..…..jangan….pergi……. Sayang…? Where are you?” Tiba-tiba kedengaran Zaril Ikhwan merayu dalam tidurnya. Membuat Nia terhenti semua angan-angan indahnya.
Zaril Ikhwan memeluk tubuh Nia lebih rapat.
“Sayang... I love you... Sayang…I really love you…" Zaril Ikhwan menyambung lagi, bercakap-cakap lagi dalam tidurnya, lembut sahaja kata-katanya, penuh dengan kasih sayang, wajahnya seakan tersenyum bahagia. Kata-kata di tujukan kepada orang yang dia betul-betul cintai. Mestilah bertuah siapa yang Zaril Ikhwan cintai itu.
Manakala hati Nia yang berbunga-bunga sebentar tadi terus menjadi hancur berkecai. Dia tersilap lagi rupanya. Walaupun mereka telah melayari bahtera cinta itu bersama-sama tadi tetapi rupanya bukan dia yang bertahta di hati Zaril Ikhwan. Jadi siapakah Nia di hati Zaril Ikhwan? Nia tidak ada tempat sebenarnya di hati Zaril Ikhwan. Rupanya Linda sudah memenuhi seluruh jiwa raga Zaril Ikhwan. Tidak ada ruang langsung untuk Nia. Hatinya hanya untuk Linda!
“Jadi siapakah Nia di hati Zaril Ikhwan?” Berulang-ulang kali Nia bertanyakan soalan itu, walaupun dia tahu setiap kali dia berbuat demikian, hatinya dirasakan retak seribu. Nia, hanyalah tempat dia melepaskan keinginannya. Kenyataan itu begitu pahit untuk di terima oleh Nia.
Nia mula menangis sendirian, hatinya benar-benar hancur. Zaril Ikhwan menyebut sekali sahaja nama itu malam ini, tetapi telah menghancurkan semuanya impian dan harapan Nia selama ini. Sebenarnya Nia selalu mendengar suaminya menyebut nama itu dalam mimpinya, meminta supaya Linda jangan pergi…. tetapi untuk dia mendengar suaminya menyebut nama itu setelah apa yang mereka lalui bersama tadi, terlalu menyakitkan bagi Nia. Merobek-robek hatinya. Dia tidak dapat baring di sisi Zaril Ikhwan dengan lebih lama lagi, kerana menyedari apa yang mereka alami tadi adalah bukan sesuatu yang istimewa antara mereka berdua. Ada orang ketiga di antara mereka.
Nia tersalah anggap lagi rupanya, dia ingat Zaril Ikhwan juga telah menyerahkan hatinya pada Nia. Nia malu dengan dirinya sendiri. Kenapa dia begitu mengharap dalam perhubungan ini, wal hal dia sudah tahu Linda sentiasa berada dalam hati suaminya. Kenapa dia masih tidak serik-serik lagi, mempertaruhkan hatinya kepada Zaril Ikhwan. Tidakkah Nia sedar selama ini dia hanya sebagai pembantu untuk menyenang hidup Zaril Ikhwan, punching bag untuk Zaril Ikhwan melepaskan geramnya dan kini satu tubuh badan untuk Zaril Ikhwan melepaskan keperluan batinnya. Tidak lebih dari itu. Hatinya begitu terluka kali ini. Biar berapa kali pun Zaril Ikhwan menendang, menolak dan membaling botol ubat mengenai tepat di kepalanya, tetapi kesakitan semua itu sekali-kali tidak dapat menyamai kesakitan hatinya pada ketika dan saat itu. Nia lebih rela didera secara fizikal seperti yang dilakukan oleh suaminya dari didera hati dan perasaannya dengan sedemikian rupa. Dia tidak sanggup lagi untuk mendengar rayuan Zaril Ikhwan kepada wanita yang bernama Linda, yang mendayu-dayu. Nia bangun perlahan-lahan berhati-hati agar pergerakannya menganggu tidur suaminya, yang sedang enak bermimpi tentang wanita lain. Nia rasa dia tidak layak untuk berada di sisi Zaril Ikhwan, walhal baru tadi dia sudah berjanji sanggup bersama suaminya buat selama-lamanya. Nia tidak sanggup untuk berada di sisi suaminya itu lagi! Luka di hatinya terlalu pedih, tidak tertanggung olehnya. Ingin dia lari sahaja dari situ, dari bilik itu, dari rumah itu, jauh dari Zaril Ikhwan. Nia tidak sanggup menerima penghinaan sebegini lagi.
Tetapi ke mana harus dia pergi malam-malam begini? Kalau boleh Nia ingin menjarakkan dirinya dari suaminya, tidak sanggup telinganya untuk mendengar suaminya memanggil-manggil nama wanita itu lagi. tetapi kalau dia duduk di luar bilik, apa kata Puan Zainun atau Kak Neng nanti, kalau mereka ternampak Nia? Jadi Nia duduk di kerusi sofanya, menjarakkan dirinya dari suaminya, dengan harapan dia akan tidak dengar rayuan suaminya terhadap Linda lagi. Walaupun Nia tidak tahu siapa Linda, Nia begitu benci dengan Linda. Linda telah merosakkan apa-apa peluang pun yang dia ada untuk hidup bahagia dengan suaminya. Linda menjadi penghalang kepada kebahagiannya. Yang paling Nia benci tentang Linda sekali ialah kerana Zaril Ikhwan mencintai Linda dan bukan Nia Atirah. Nia Atirah yang tidak pernah terlekat di hatinya. Namanya pun tidak pernah disebut oleh suaminya. Suaminya tidak tahupun nama dia Nia Atirah.
Nia duduk menangis sendirian sehingga dia terlalu ketihan dan terlena di atas sofa yang telah menjadi teman setia buat Nia. Disitulah tempat yang sesuai buat Nia, Nia selesa di situ. Bukannya tempat Nia untuk tidur disisi Zaril Ikhwan di atas katil yang besar itu. Di antara mereka ada orang ketiga yang bernama Linda. Kalau tidak mahu hatinya terluka teruk begini lagi, Nia kena cepat menerima hakikat itu dan jangan sesekali menaruh harap lagi kepada Cinta Zaril Ikhwan. Cinta Zaril Ikhwan bukan milik Nia.
********************************** ***********
Zaril Ikhwan bangun pada waktu subuh hampir berakhir dari tidur yang begitu lena sekali. Apabila dia memandang disebelahnya, Sayang sudah tiada di sisinya. Dia ingin melihat wajah Sayang yang ayu dan manis pagi-pagi ini. Selalunya Sayang ada bersamanya menunggu dia bangun. Zaril memandang sekeliling bilik, nyata Sayang tiada di situ. Zaril Ikhwan tertanya-tanya di mana Sayang berada? Tetapi memandangkan waktu subuh sudah hampir tamat, Zaril Ikhwan tidak boleh berlengah lagi lalu bangun dan terus menuju ke bilik air untuk mandi.
Pagi ini dia berasa begitu sihat dan cergas dan begitu bahagia sekali. Sejak akhir-akhir ini, Zaril dapat merasakan perubahan nyata pada dirinya. Kalau dia tidak sering di serang oleh sakit kepala, Zaril Ikhwan rasakan seperti dia sudah hampir pulih. Peredaran masa, hari dan bulan sudah mempunyai makna kepada nya. Sebab itu dia mula bersembahyang semalam. Dia seolah-olah telah berjaya keluar dari kekeliruan yang menyelubungi dirinya sedikit demi sedikit. Perkataan-perkataan yang dia lupa sudah mulai dia ingati. Dia sudah boleh menghubungkan benda-benda yang dia lihat , dengar dan rasa dengan perkataan-perkataan yang sesuai. Zaril Ikhwan sudah boleh membaca sedikit demi sedikit terutama dalam bahasa Inggeris. Kadang-kala, perkataan-perkataan itu terus datang, tanpa perlu di paksa-paksa seperti dahulu.
Zaril Ikhwan tersenyum sendirian mengenangkan isterinya. Walaupun dia sudah sedikit demi sedikit mulai puleh,, antara dia dan Sayang masih dalam keadaan malu-malu lagi. Tidak banyak bercakap tentang diri dan perasaan masing-masing. Tidak pernah mereka luahkan isi hati masing-masing. Zaril masih lagi segan untuk menyatakan perasaan hatinya yang sebenar-benar terhadap Sayang. Dia sangat mencintai Sayang. Tetapi tidak dapat diucapkan perkataan itu dari mulutnya. Zaril juga teringin sangat hendak mendengar apa sebenarnya yang tersirat di hati Sayang. Sudikah Sayang meencintai orang yang serba tidak sempurna sepertinya itu. Ingin sekali Zaril Ikhwan buktikan yang mamanya salah, Sayang juga mencintai dirinya, bukan kerana duit yang Wan sogokkan kepadanya. Banyak benda yang ingin Zaril Ikhwan bualkan dengan Sayang, dari hati ke hati, sayangnya dia belum mampu untuk meluahkan semuanya. Perkataan-perkataan itu masih tersekat dalam mindanya. Zaril tidak dapat luahkan.. Tetapi mungkin semalam ialah sebagai permulaannya, mereka mempunyai masa yang panjang untuk mengenali diri masing-masing. Kini Sayang sudah sebenar-benar menjadi isterinya. Dia adalah suami kepada Sayang. Cuma pagi tadi dia agak kecewa kerana mahu bangun melihat wajah ayu isterinya. Nampaknya pagi ini Sayang begitu sibuk dengan kerja-kerja rumah hari ini. Pagi-pagi dia bangun terus ke dapur untuk membantu Neng untuk menyediakan sarapan walaupun selalunya dia menunggu di sisi Zaril sehingga dia bangun. Zaril tersenyum sendirian, mereka ada masa seumur hidup mereka untuk mengenali antara satu sama lain.
************************
Nia menyibukkan dirinya sepanjang pagi. seboleh-bolehnya dia cuba mengelakkan diri dari berdua-duaan dengan Zaril Ikhwan. Dia tidak mahu suaminya melihat wajahnya yang sugul. Dia tidak sanggup hendak bertentangan mata dengan suaminya kerana takut dia tidak dapat menahan kesedihan di hatinya dan takut dia akan menangis dan meraung di hadapan Zaril Ikhwan. Nanti dia hilang kawalan dan merayu belas kasihan Zaril Ikhwan supaya mencintai dirinya. Apalah kekurangan yang terdapat pada dirinya itu? Tidak layakkah dia di cintai oleh suaminya sendiri. Tetapi Nia sedar dia tidak layak untuk berbuat demikian, meminta sesuatu yang Zaril Ikhwan tidak dapat penuhi. Lebih baik dia mengelakkan dirinya dari Zaril Ikhwan sehingga hatinya tidak terasa terlalu pedih lagi. Sehingga hatinya dapat menerima kenyataan yang pahit itu. Lagipun, matanya masih bengkak kerana menangis hampir sepanjang malam tadi. Dia tidak mahu Zaril Ikhwan nampak kesedihannya. Bukan salah Zaril Ikhwan kalau Zaril Ikhwan tidak boleh menyintainya. Zaril Ikhwan tidak pernah berjanji akan memberikan hatinya pada Nia. Dalam perjanjian yang Nia tandatangani pun bukan ada kontrak yang menyatakan Zaril Ikhwan kena mencintainya. Jadi masalah yanag timbul kini, bukan salah dia. Bukan salah orang lain.. Hanya salah Nia kerana terlalu mengharap. Salah Nia kerana tidak dapat mengawal diri dari jatuh cinta dengan suaminya sendiri.
Nia dan Neng sambung kerja mereka yang belum selesai semalam, mengelap, menyusun dan mengemas semua pinggan mangkuk ke dalam cabinet. Tidak cukup dengan itu, dia mop lantai dan mencuci tingkap dapur.
“Nia, apa nia? Macam hendak sambut menteri. Dapur ni berkilat-kilat Nia dan Neng kerjakan.” Tegur Puan Zainun. Dia tersenyum lebar sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Rajin bertul Nia. Tidak tahu erti penat langsung budak ini. Sudahlah setiap masa dia menjaga suaminya. Selepas itu mengemas rumah, memasak makanan. Kemudian dia menjalankan latih tubi dengan suaminya untuk memulehkan perkembangan minda.. Sejak tiga bulan yang lalu, Zaril Ikhwan menunjukkan kemajuan yang begitu mengkagumkan Puan Zainun. Semuanya kerana usaha Nia.
“Eloklah macam ni bu, bersih dan selesa” Kata Neng. “Dik Nia ni rajin, Bu. Dia juga bagus, sejak dia di sini, rumah ini berseri-seri. Macam Dik Nia juga kan Bu.” Ujar Neng, cuma hari ini wajah Nia agak sugul. Neng cuba membuat Nia ceria sedikit. Susah hati Neng kalau Nia bersedih. Neng suka dengan kehadiran Nia di rumah besar itu. Nia membuat semua masalah yang mereka alami jadi ringan, semua orang lebih gembira sekarang ini.
“Assalamualaikum. Wan…..Assalamualaikum, mana semua orang?” tiba-tiba suara Yati kedengaran memanggil-manggil dari luar. Puan Zainun segera ke hadapan untuk membuka pintu. Seronoknya dia apabila melihat Zakuan sekeluarga datang mengunjunginya.
Rupanya mereka datang mengunjunginya kerana Yati mahu berjumpa dengan Wannya sebelum dia bertolak ke United Kingdom untuk menyanmbung pengajiannya miggu depan. Yati sudah selesai pengajiannya di Kolej Persediaan MARA dan akan menjurus ke bidang perakauanan di University Of London, United Kingdom nanti. Walaupun Nia begitu gembira dengan kemajuan dan pencapaian Yati tetapi dia agak sedih dengan pemergian Yati kerana dalam keluaraga ini, selain Wan Yati sajalah teman yang paling rapat dengan Dia. Sunyilah Nia nanti bila Yati sudah pergi nanti.
Melihat anaknya Zakuan balik, Puan Zainun mengerah Nia dan Neng masak makanan spesial untuk mereka sekeluarga. Sepanjang hari Nia duduk di dapur. Semua urusan Zaril Ikhwan pula, Puan Zainun uruskan. Lagipun Puan Zainun begitu bangga ingin bercerita dengan Zakuan tentang perkembangan terbaru cucu kesayangannya itu. Mereka sekeluarga duduk di atas ruang rumah sambil bersembang sambil menilai kemajuan Zaril Ikhwan. Gembira betul mereka sekeluarga.
Setelah selesai makan tenghari, Nia dan Neng mula menyediakan pengat untuk makan petang. Nia lebih suka dengan keadaan sibuk itu kerana dia dapat mengelakkan diri dari berdua-duaan dengan suaminya. Yati pun banyak menghabiskan masa bekerja dengan Nia. Dia juga sudah begitu rapat dengan Nia. Dia sayang dengan Kak Nia, terutama sekali kerana Kak Nia telah berjaya membuat Abang Zaril kian pulih. Kak Nia benar-benar meyayangi Abang Zaril, sentuhan kasih sayangnya itu tu yang membuat Abang Zaril sembuh dengan cepat. Yati betul-betul menghargai Kak Nia.
“Yati akan rindukan Kak Nia nanti bila Yati pergi belajar.” Mereka sedang mengupas pisang untuk buat pengat pisang.
“Kak Nia pun macam tu juga. Tak adalah kawan Kak Nia lagi lepas Yati pergi nanti.
“Kita keep in touchlah Kak Nia. Kak Nia ambilah email Yati yang @yahoo.com. nanti Yati catitkan untuk Kak Nia.”
“Mana ada computer kat sini, ` internet access’ pun tak ada.” Kata Nia.
“Simpan ajelah, mana tau, kalau Kak Nia ada access ke? Tiba-tiba hendak contact Yati ke? Hendak pesan Yati beli apa-apa ke nanti.”
“Baiklah. Ti..”
“Abang Zaril nampak berbeza sekarangkan Kak Nia. Kak Nia memang betul, mengambil keputusan yang tepat sekali mendapatkan Vicky dan Casey untuk merawat Abang Zaril. Yati suka sangat tengok Abang Zaril, banyak perubahan betul sejak kali terakhir Yati jumpa dia dulu.”
“iye ke? Memang nampak perubahan ye, Yati?”
“Betul Kak Nia. Wan kata ini semua kerana usaha Kak Nia, memberi latihan kepada Abang Zaril setiap hari tanpa jemu-jemu.”
“Tak adalah, Yati. Itu kan tugas Kak Nia, memberi sokongan kepada Abang Zaril.”
“Kak Nia mesti sayang betul dengan Abang Zaril.”
Tiba-tiba hati Nia rasa sedih. Nia sayang sangat dengan Zaril Ikhwan. Tetapi Zaril Ikhwan tidak begitu.
“Kenapa Kak Nia diam? Kak Nia sayang dengan Abang Zarilkan?
“Sayang…..” Nia terpaksa jawab, kerana desakan Yati. Itu sebabnya Abang Zaril cepat baik, your love yang buat dia baik.”Yati berseloroh.
“Ah, ada-ada je yati ni.” Kata Nia, tersenyum dengan kata-kata Yati.
Yati seronok tengok muka Nia yang menjadi merah padam.
“Wan, nanti Wan bagi Yati resipi rendang yang Wan selalu buat masa raya nanti.” Pinta Yati. Mereka sedang duduk berbual di dapur. Sementara Neng dan Nia mengemas pinggan mangkuk yang hendak digunakan untuk kenduri kesyukuran lusa. Yati dan Puan Zainun sedang duduk di meja dapur bercerita tentang masakan melayu. Yati sedang mengecek resipi-resipi istimewa Puan Zainun untuk dia bawa ke United Kingdom.
“Boleh, Yati hendak yang resipi apa lagi.”
“Semua yang best-best.”
“Eh Nia pun hendak juga Wan. Resipi wan semuanya sedap-sedap. Tengok Kak Nia sudah gemuk duduk dengan Wan.” Sampuk Nia.
“”Tak adalah gemuk. Okay apa macam ni. Taklah kurus sangat macam mula-mula kawin dulu.” Kata Yati. “sekarang ni Kak Nia makin cantik, makin berseri-seri.”
“Ah, Yati tu sja hendak mengusik Kak Nia.” Kata Nia sambil tersenyum. Tetapi semua orang lain di situ setuju dengan kenyataan Yati, Nia memang cantik dan berseri-seri sekarang ini.
“Apa yang seronok sangat tu?” Tegur Puan Aina, ibu Yati. Dia baru datang dari atas, membawa turun sedulang berisi cawan dan piring kosong. Mereka yang lain baru sahaja selesai menikmati minum kopi di bahagian atas rumah. Neng segera menyambut dulang yang dibawa oleh Puan Aina untuk dibawa ke singki. Dia membasuh semua cawan itu dengan segera.
“Kami sedang usik Kak Nia, sekarang ni Kak Nia cantik sangatkan Umi?”
“Memang cantik, sama padan dengan Abang Zaril yang handsome tu.” Mereka berama-ramai ketawa lagi, seronok tengok wajah Nia yang makin kemerah-merahan. Seronok betul dapat berkumpul dalam suasana kekeluargaan begini. Yati sangat-sangat menghargainya. Dia akan merindui semua ini bila dia sudah pergi ke luar Negara nanti. Nia juga sangat menghargai saat-saat kemesraan dalam keluarga ini. Sesuatu yang jarang dia alami dalam keluarganya sendiri kerana sering berantakan kerana kesulitan wang. Ia rasa beruntung menjadi sebahagian dari ahli keluarga bahagia ini. Kemudian dia ternampak suaminya yang juga sedang menuruni tangga dari ruang atas, Nampaknyaa mereka semua sudah habis berbual di ruang atas rumah
“Zaril sudah penat Nia, sepanjang hari ini dia tak rehat pun. Baik Nia bawa Abang Zaril masuk tidur. Lagipun Wan belum beri dia makan ubat untuk malam ni lagi.” Zaril Ikhwan memandang sahaja wajah Nia tanpa berkata apa-apa. Nia terus bangun dan menghampiri suaminya kemudian mereka berdua berjalan seiringan ke bilik tidur. Mereka yang lain hanya memandang sambil tersenyum, melihat pasangan suami isteri itu, yang sudah setahun berkahwin tetapi masih lagi kelihatan malu-malu seperti sepasangan pengantin baru.
******************************
Zaril Ikhwan termenung sendirian. Sayang sangat sibuk hari ini. Ahli keluarganya ramai yang sudah sampai dari Bandar. Mama, papa dan adiknya juga baru tiba dari Kuala Lumpur. Keadaan rumah yang selalunya sunyi menjadi ceria, dengan bunyi orang berbual dan ketawa. Zaril tengok Sayang kerja kuat, sama saja dengan Neng, menyediakan makanan, minuman, mengemas rumah, menjemur baju, lipat baju, kemudian masak lagi. Maklumlah anak beranak Puan Zainun ramai yang sudah balik. Macam Sayang juga pembantu rumah ini. Ingin Zaril suruh Sayang berehat seketika.
Zaril pelik memikirkan tentang kelakuan isterinya sejak beberapa hari ini. Dia nampak begitu sugul dan bersedih sekali. Zaril Ikhwan tidak memahaminya. Kenapa Sayang sugul sekali? Apakah yang membuat Sayang sedih. Sebelum ini Sayang tidak begitu. Walaupun Sayang melayan keperluan dan kehendaknya seperti biasa tetapi matanya tidak bersinar seperti selalu. Sentuhan tangannya hangat selalu membuat Zaril lega dari apa pun kesakitan yang dideritanya, kini terasa begitu dingin dan sejuk sekali. Apakah Nia sakit? Apa yang menganggu fikirannya.
Setelah selesai makan tenghari, Zaril berbual seketika dengan keluarganya. Encik Zahari sangat gembira dengan perkembangan terbaru Zaril Ikhwan. Manakala mama dan adiknya macam acuh tidak acuh dengan perkembangan Zaril Ikhwan. Mama hanya mencebik kepada setiap penerangan Wan tentang kemajuan yang Zaril telah capai. Manakala adiknya hanya sibuk dengan telefonnya bimbitnya. Tidak kisah hendak tanya tentang kabar dirinya pun. Tidak pula lama kemudian. Zaril turun ke ruang keluarga bahagian bawah rumah. Ramai orang didapur sedang sibuk menyediakan makanan. Zaril duduk di satu sudut dan memerhatikan Sayang. Sayang sedang sibuk mengupas bawang dengan Yati. Zaril sebenarnya selalu memerhatikan apabila Sayang tidak menyedarinya. Walaupun dia ketawa bersama dengan ahli keluarga yang lain, tawanya itu tidak sampai ke matanya. Bukan macam sebelum ini. Senyum ketawanya nampak dipaksa-paksa. Zaril Ikhwan dapat perhatikan semua itu.
Zaril dapat rasakan perubahan ini berlaku setelah malam pertama mereka lalui sebagai suami isteri dalam erti kata sebenarnya. Mula-mula Zaril Ikhwan ingat Sayang malu-malu setelah melalui malam pertama yang indah itu, tetapi kelakuannya yang dingin itu berlangsung hingga ke hari ini. Adakah Sayang menyesal menjadi isterinya. Adakah Sayang tidak rela untuk menjadi isteri yang sebenarnya. Sayang hanya mahukan hubungan platonik, tanpa ada perhubungan intim antara dia dan Zaril Ikhwan. Adakah ini hanya hubungan mekanikal, perkahwinan ini hanya semata-mata kerana keluarga Sayang perlukan wang. Hanya tubuh badanya sahaja yang memberi khidmat. Hati dan perasaannya tidak dapat di beli? Zaril jadi buntu bila memikirkannya.
Zaril ingin duduk berbincang dengan Nia, bertanyakan kenapa dia berubah menjadi begitu? Tetapi dia tahu dia tidak mampu melakukannya. Otaknya tidak dapat membentuk kata-kata yang sesuai untuk di luahkan oleh lidahnya sebagai perkataan. Kemalangan yang berlaku hampir tiga tahun lepas telah merampas kebolehan itu darinya. Secara fizikalnya dia sihat seperti orang lain kecuali parut hodoh yang merintangi wajahnya.
Tetapi hukuman tuhan lebih menyeksakan dirinya. Kerosakan yang di alami adalah secara mental yang meragut kebolehannya dalam berkomunikasi. Dahulunya dia petah berbicara, semua orang tidak boleh lawan bicara dengan dia. Istilah-istilah kejuruteraan dan bisness hanya bagai dipetik di hujung jarinya sahaja, dia dapat menguasainya. Otaknya macam ada kamus. Semua istilah kata, dia tahu. Dia juga dikenali sebagai seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat dan kecekapan dalam cepat menyelesaikan masalah dengan kebolehan `Mind mapping’, macam Dr. Tony Buzan, idolanya. Satu lagi kelebihannya, mempunyai senarai nama girlfriend yang panjang, semuanya dia ingat, dari masa di sekolah hinggalah ke Universiti di UK. Malangnya satu nama pun dia tidak ingat sekarang? Nama isterinya yang dia sayangi pun dia tidak dapat ingat dan sebut. Hilang semua kawan-kawan dan teman-teman wanita nya yang ramai, termasuk bakal tunangnya, dia tidak tahu satu nama pun yang boleh dia katakan sebagai kawannya. Hidupnya betul-betul kesepian, hanya dia sahaja di dunia ini dan dia ada Sayang untuk dirinya. Kalau Sayang juga mula menjauhkan dirinya…… Zaril tidak tahu apa yang akan berlaku kepada dirinya. Dia mengetuk-getuk kepalanya, tiba-tiba kepalanya terasa sakit, berdenyut-denyut sakitnya. Pandangan matanya menjadi kabur. Sayang sibuk bekerja di dapur. Zaril tidak mahu menganggunya. Sayang mesti kepenatan terpaksa membuat semua kerja hari ini. Malam nanti Wan akan adakan kenduri kesyukuran. Zaril bangun dan pergi ke bilik tidurnya, dia terus baring dan memejamkan matanya. Moga-moga Sayang datang untuk memberikannya ubat agar lega semua kesakitannya.

12 comments:
penyakit macam ni betul2 wujud ke? macam mane agaknye org yang senasib zaril? even kalau kite lupe satu term dalam nota waktu exam pun dah macam nak menangis nak ingat balik, ini lagi orang yang macam zaril ni kan, kan..
the pain is indeed beauty in His eye. good job.
best2...smbg2
thanks ade n3..kalo blh nak lg sbb best sangat..pls smbg lg yer..
Sedihnya n3 kali....smlm ym dgn nadia...srh skodeng cerita ni.
Teruk juga penyakit zaril....
Dimana linda? mungkin dah berkahwin lain.... Permulaan Zaril dgn wanita lain bkn linda...
Hi...salam semua...mula-mula sekali akak nak ucapkan terima kasih atas comments dari semua. It keeps me going....
Just nak update sikit...tentang aykt...
Kak NOOr...pasal Linda..ahah !....kena tunggu ..baru tahu..sebab bekas bakal tunang dia nama Raihana ...kan?
Shizuka...
Pasal sakit tu, nama dia aphasia.
Aphasia
Aphasia is partial or complete loss of the ability to express or understand spoken or written language. It results from damage to the areas of the brain that control language.
http://www.merck.com/mmhe/print/sec06/ch082/ch082c.html.
Akak kenal Vicky and Casey (bukan nama sebenar) tetapi in real life dia orang lebih banyak kendali kes kanak-kanak dan remaja yang ada masalah.(autism, down syndrome, Attention Deficit Hyperactivity Disorder high IQ dll)
Sekian...harap info yang akak kongsi bersama ini cukup interesting buat semua. Teruskan membaca...
Kak Alina
Pada pandangan saya, semua cerita kak alina bukan sahaja menusuk kalbu, malah penuh dengan ilmu yang amat2 berguna. Cara kak alina menyelitkan ilmu2 itu sangat2 berkesan pada pembaca. Macam enovel Cintaku Milik Siapa, saya amat2 mengagumi cara kak alina mengolah perasaan seorang hamba yang mengunjungi rumah Allah S.W.T.
Kak alina, keep up this good work! I will always be beside you, supporting, and enjoying your art of life through writing..^^
~~Wans~~
cerita ni makin interesting. Alina sambung cepat2 ye. Raihana is ex-fiance Zaril, ni buat kami lagi curious nak tahu....Alina kena tulis marathon lah lepas ni....
Memang saya akui cerita yg Alina tulis ni memang best2 belaka. kita semua learn something from her. Byk information yg kita boleh share. Plus Alina pandai nak connect the story line dgn hati pembaca. Boleh cair bila baca :)
Harap2 cerita ni boleh ditulis sampai habis b4 any publisher stopkan.Susah saya nanti, nak beli novel tak boleh, coz saya duduk oversea. Diaorang tak nak pos novel coz harga pos lebih mahal dari harga buku.
ija
akak novel ni memang tak disambung lagi ke dalam blog ni?
Macam mane nak dapt novel ni ye. .kat kedai buku habis dah. .penat carikš©
Novel Ni Ada publish lg x ye? Kat mn Ada jual ye?..pls nak sgt baca full novel
nak cari juga buku ni..alangkah baiknya
jika ada yang nak jual