•1:34 PM
Bab 12
Puan Zainun terpaksa dipujuk oleh Nia untuk setuju dengan rancangannya untuk membawa Vicky dan Casey, kedua ahli terapi itu untuk membuat pernilaian kepada Zaril Ikhwan. Ini adalah kerana sudah terlampau ramai pakar-pakar perubatan, pakar prubatan tradisional dan juga ahli psikologi yang di bawa untuk merawat Zaril Ikhwan, tetapi tidak banyak membawa perubahan positif kepada keadaan Zaril Ikhwan. Tetapi setelah puas mendengar penjelasan yang bernas dari Nia, Puan Zainun akhirnya setuju dengan cadangan Nia.
Nia telah menelefon Ahli terapi tersebut dan berjaya bercakap dengan Vicky. Mulanya Vicky menerangkan yang mereka tidak menjalani terapi di kawasan luar dari Lembah Kelang. Semua anak murid atau persakitnya akan datang sendiri menghadiri terapi di rumah Vicky sendiri yang terletak di Damansara. Kerana menurut Vicky suasana di rumah akan memberi persekitaran lebih kondusif untuk pembelajaran. Dia tidak meberikan perkhidmatan rumah ke rumah untuk sessi terapi. Tetapi apabila dipujuk rayu oleh Nia, Vicky telah bersetuju untuk membuat penilaian awal ke atas Zaril Ikhwan.
Nia sungguh gembira kerana berjaya dapat menyakinkan Vicky dan Casey untuk datang ke Perlis bagi bertemu suaminya. Dia sanggup buat apa sahaja supaya mereka datang melihat Zaril Ikhwan. Oleh yang demikian, Nia mengeluarkan semua duit simpanannya untuk membayar segala perbelanjaan Vicky dan Casey.
Vick yang mengendalikan sessi penilaian ke atas Zaril Ikhwan manakala Casey menjadi pemerhati semasa sessi berjalan, supaya analisa dapat dibuat untuk menentukan kaedah pembelajaran yang sesuai untuk Zaril Ikhwan.
Penilaian yang dijalankan memakan masa satu hari. Sepanjang penilaian berjalan, Zaril Ikhwan hilang kesabarannya beberapa kali. Dia meninggikan suaranya sambil menumbuk-numbuk meja tanda kekecewaannya. Ada beberapa ketika dia tidak mahu memberi respons langsung. Tetapi Vicky dan Casey nampaknya sudah biasa dengan perangai pesakit mereka. Kelakuan buruk yang ditunjukkan oleh Zaril Ikhwan tidak menjadi masalah besar kepada mereka berdua. Apabila penilaian selesai dijalankan, Zaril Ikhwan sudah keletihan dan dibawa Nia ke dalam bilik untuk berehat. Kemudian Nia mendengar laporan hasil penilaian yang mereka telah jalankan. Nia begitu gembira bila Vicky memberi laporan bahawa mereka boleh mencuba program pemulihan kognitif untuk otak yang mengalami kecederaan.
“Kami rasa Encik Zaril ada peluang untuk pulih. Program ini pernah di lakukan ke atas pesakit-pesakit yang mengalami kecederaan semasa dalam bertugas sebagai askar, atau kecederaan akibat kemalangan atau akibat strok.” Vicky memberi penerangan tentang program yang sesuai untuk Zaril Ikhwan. Nia suka melihat wajah Vicky yang mempamerkan ketulusan hatinya. Dari artikel yang dibaca, mereka banyak memberi pertolongan kepada kanak-kanak yang bermasalah. Vicky begitu manis orangnya, berkulit mulus dan berbadan ramping. Dia dan Casey begitu fasih berbahasa Melayu.
“Iye ke Cik Vicky? Boleh ke Cik Vicky terangkan mengenai program ini.” Tanya Nia lagi. Dia begitu teruja sekali bila mengetahui keputusan analisa yang dijalankan.
"Okay Puan Nia, Saya yakin boleh. Biar saya jelaskan seringkas mungkin. Bagi Teori Pembolehubahan Struktur kognitif, strateginya ialah banyak melakukan latih tubi dan juga menjalankan pemulihan fungsi-fungsi otak yang sedia ada. Selain dari itu membuat dan juga mendapatkan fungsi kognitif yanag baru mengantikan yang telah rosak."
“Apa yang Cik Vicky akan lakukan semasa terapi nanti?”
"Kita akan perhatikan bagaimana dia menyelesaikan tugasan yang diberi, dan dari sini kita akan tahu apa yang dia perlu faham untuk meningkatkan pembelajarannya. Ianya mungkin dari segi mengkodkan makna perkataan, belajar menyimpan memori, menyelesaikan masalah `problem solving', `decode’ simbol-simbol matematik atau belajar bertanya soalan.
"Tanya soalan?" soal Nia lagi.
“Kebanyakan mereka yang mengalami keadaan begini, hilang keupayaan atau kebolehan atau tidak boleh bertanya soalan, itu ialah salah satu skil berkomunikasi yang penting. Ingat tak bagaimana kanak-kanak kecil belajar dengan bertanya banyak soalan? Itu cara mereka belajar berkomunikasi. Kami akan mengajar mereka keperluan bertanya soalan dan bagaimana hendak melakukannya.” Terang Casey dengan panjang lebar.
“Kami akan mencuba beberapa cara untuk membuat neurons atau sel saraf betindakbalas secara harmoni di dalam pesakit yang mempunyai masalah dan kerosakan dalam proses pemikiran, yang mempunyai masalah bercakap dan masalah perkembangan otak yang rosak. Otak memerlukan stimulasi sistematik untuk membina fungsi kognitifnya.” Sambung Vicky. Pening juga Nia mahu faham apa yang mereka maksud dan apa yang mereka akan jalankan dalam sessi terapi dengan Zaril Ikhwan. Berkerut dahi Nia cuba memahami penjelasan mereka. Casey cuba menerangkan dengan lebih jelas lagi.
“Puan Nia, Ahli terapi ialah merupakan medium untuk meningkatkan sifat keanjalan neuron dan fungsi bebas.” Terang Casey pulak. Orangnya besar dan mempunyai wajah yang peramah sekali. Menurut Vicky, Casey ada kebolehan untuk berinterksi dengan remaja. Nia tidak hairan kenapa para remaja mudah berinteraksi dengan Casey, wajahnya mempamerkan sifat yang sabar dan sikap yang amat memahami.
“Jadi, masih ada harapan untuk suami saya Encik Casey." Soal Nia, apa pun persoalannya, yang penting, mereka boleh memulehkan suaminya. Nia dia menaruh harapan yang tinggi ke atas kebolehan kedua ahli terapi ini.
“Ada harapan Puan Nia. Puan Nia jangan hilang keyakinan, berdoalah selalu pada tuhan, tentu ada sahaja harapan. Kami dapati ramai pesakit Dr. Feuerstein yang dirawat melalui terapi intensif ini yang telah pulih dan kembali untuk menyambung pengajian mereka atau aktitivi normal mereka. Kami tidak banyak mendapat kes macam Encik Zaril, Di sini kami banyak mengendalikan kes kanak-kanak, tetapi kami akan sentiasa berhubung dengan institut di Eropah untuk mendapat pendapat dan kaedah yang terbaik.”
“Satu lagi, Puan Nia kena bersedia untuk menjalankan terapi itu setiap hari. Sebab itu ianya dinamakan terapi intensif. Setiap kali kami datang, kami akan menjalankan terapi dan latih tubi, selebihnya akan di ambil alih oleh Puan Nia. Puan Nia sanggup?”
“Ya, saya sanggup. Cik Vicky, Encik Casey. Saya sanggup buat apa sahaja untuk membantu suami saya pulih.”
Baiklah. Kalau Puan Nia sanggup, kami akan latih Puan Nia bagaimana hendak jalankan latih tubi. Buat masa ini, apa yang boleh kami lakukan ialah dalam masa sebulan kami akan datang setiap minggu, selepas itu kami akan kaji balik perkembangan Encik Zaril, kalau ada perubahan ketara kami akan kurangkan terapi. Yang lain akan diserahkan pada Puan Nia. Setuju?”
“Setuju, saya tak kisah, asalkan suami ada peluang untuk, saya akan cuba. “ Kata Nia, Sampai habis wang yang ada pada simpanan dia pun dia akan cuba memulehkan Zaril Ikhwan. Nia yakin Puan Zainun pun akan menghulurkan bantuan kewangan jika Zaril Ikhwan menunjukkan perkembangan positif kelak. Sekarang ini Nia mesti membuktikan bahawa terapi yang di jalankan oleh Vicky dan Casey akan memberi kesan positif, baru Puan Zainun akan percaya dengan Nia dan akan membantu dari segi kewangan selepas itu.
“Okay! Kami balik ke hotel dahulu. Esok kami akan mulakan terapi.” Terang Cik Vicky. Terharu mereka melihat kesungguhan isteri Encik Zaril Ikhwan, yang bersungguh-sungguh ingin memulehkan suaminya itu. Bertuah betul Encik Zaril mempunyai isteri yang sanggup bersusah payah tentang dirinya.
****************************************************
Nia telah mahir dalam menjalankan latih tubi dengan suaminya. Walaupun terdapat perubahan positif dalam diri Zaril Ikhwan setiap kali Vicky atau Casey datang menjalankan terapi, tetapi perubahan positif amat sedikit dan kembangannya sangat perlahan. Setiap hari Nia akan menjalankan latih tubi untuk meningkatkan fungsi kognitif Zaril Ikhwan. Hari ini Zaril Ikhwan tidak dapat menumpukan perhatiannya dengan baik. Beberapa kali dia menggosok matanya seperti tidak berapa nampak dengan bahan-bahan latihan yang dihadapannya. Beberapa kali Zaril Ikhwan naik marah dengan Nia kerana memaksa dia mengulang-ulang apa yang Nia telah ajar. Dia Asyik menghentak-hentak tangannya di atas meja. Nia tetap bersabar dengan gelagat Zaril Ikhwan, Menurut Vicky, setiap kali mereka berlatih, sel-sel otak akan dipaksa untuk menjalani latihan, jalinan sel-sel baru akan tercipta dalam otak, lantas proses pemulihan akan terjadi.
“The big eye,… long tail, white colour…, very big, female.., friendly.., happy.., young cat loves ….my… grandma..” Zaril Ikhwan mengikut kata-kata Nia dengan perlahan-lahan. Nia tetap mengulang-ulang kata-katanya membuat Zaril Ikhwan keletihan.
“Tak mahu…” Zaril Ikhwan berdegil. Kini sudah masuk bulan kedua mereka menjalankan sessi terapi dengan Vicky dan Casey. Masih tidak banyak perubahan pada Zaril Ikhwan. Masih tidak banyak perkataan di pembendaharaan katanya. Memang Nia akui ada sedikit perubahan. Suaminya boleh berhubung dengannya kalau dia mengalami sakit kepala, yang akhir-akhir ini makin kerap terjadi. Tetapi disebabkan Nia sudah tahu masalah yang dihadapinya jadi Nia akan segera menyuruh di makan ubat dan segera berehat. Dengan itu dapat mengelakkan Zaril Ikhwan dari mengamuk tidak tentu pasal. Nia amat risau dengan sakit kepalanya yang di alaminya, Semasa lawatan ke klinik pakar di Penang, mereka hendak Zaril ke Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut tetapi Zaril Ikhwan enggan berbuat demikian. Dia sudah jemu dengan keadaan di hospital. Puas di pujuk, dia tidak mahu berganjak dengan keputusannya. Menurut Puan Zainun sebab itu, mereka tidak menjalankan pembedahan plastic ke atas parut di mukanya. Zaril Ikhwan tidak mahu menjalankan pembedahan lagi. Dia sudah terlalu lama tinggal di hospital. Dia akan bertindak ganas jika dia dipaksa duduk di hospital.
“Cakaplah Bang, sekali sahaja Sayang hendak dengar abang cakap. Lepas tu kita rehat ok.”
“Tak mahu! Sakit!”
“Abang Zaril Sakit kat mana? Biar Sayang rasa.” Kata Nia.
“Tak mahu tak mahu . Tak suka Sayang.”
“Tak suka! Tak suka! Tak suka Sayang!” Jerit Zaril Ikhwan.
Puan Zainun bergegas ke ruang keluarga tempat Nia dan Zaril Ikhwan sedang menjalankan latih tubi.
“Kenapa Nia?”
“Sayang!” Marah Zaril Ikhwan.
“Oppss…Kenapa Sayang? Soal Puan Zainun sambil tersenyum.
“Nia suruh abang Zaril Baca ni. Dia marah, Nia suruh baca sikit sahaja lagi.”
“Dia jemu Nia suruh dia baca ulang-ulang macam tu.”
“Bukan Wan, apa yang Nia buat, ialah supaya dia dapat menjawab soalan-soalan dalam ayat ini dan membuat otaknya bertanya soalan, contoh ni, kucing, warna apa? Besar atau kecil? Jantan atau betina dan menghubungkan dengan sesuatu yang dekat dengan hatinya. Dalam hal ini grandma, atau nenek macam Wan ni... Kita buat otaknya exercise Wan. Baru tercetus sel-sel dalam otak nanti.”
“Oh macam tu… Aril! Aril bacalah untuk Wan. Zaril Ikhwan memuncungkan bibirnya, geram kerana dipaksa.
“Sekali aje, lepas tu kita rehat.”
“The big eye,… long tail, white colour…, very big, female.., friendly.., happy.., young cat loves ….my… grandma..” Kata Zaril Ikhwan dengan geramnya, kali ini dengan agak pantas dari biasa. Puan Zainun dan Nia ketawa gembira sambil bertepuk tangan. Zaril Ikhwan mulanya terkejut yang dia boleh sebut dengan lancar, kemudian nampak gembira kerana dapat menyebutnya tanpa kesilapan. Kemudian dia ulang lagi.
“The big eye, long tail, white colour very big, female, friendly, happy, young cat loves my grandma..” Sebut Zaril Ikhwan dengan lancar.
Puan Zainun makin bertambah gembira dia menghampiri Zaril Ikhwan sambil memegang kedua pipi cucu kesayangannya itu sambil mencium dahinya.
Tiba-tiba sahaja Zaril Ikhwan memandang tepat pada matanya dan berkata, “I love you grand ma.”
Nia terkejut mendengar kata-kata Zaril Ikhwan. Nia tidak pernah ajar Zaril Ikhwan bercakap begitu. Manakala Puan Zainun terus menangis mendengar kata-kata sayang dari cucunya itu. Setelah sekian lama Zaril Ikhwan tinggal dengan Puan Zainun, inilah kali pertama Zaril memandangnya dengan tepat dan kata-kata yang keluar dari mulutnya memeranjatkan Puan Zainun. Seperti Zaril Ikhwan seorang yang normal. Selama ini Puan Zainun tidak pernah menangis bila melihat keadaan Zaril Ikhwan yang parah dan koma. Tetapi kali ini dia menangis kerana terlalu gembira. Dia memeluk cucunya lagi. Nia juga menitiskan air mata melihat mereka berdua berpelukan. Nia berharap sangat, ini akan menjadikan satu langkah pertama untuk suaminya pulih seperti sedia kala.
*************************************
Selepas hari itu perkembangan Zaril Ikhwan meningkat dari hari ke hari. Dia sudah mula dapat mengeja dan membaca buku-buku yang dengan ayat-ayat yang mudah. Bilangan pembendaharaan katanya juga kian bertambah. Cuma dengan Nia dia tidak pernah bercakap dengan ayat penuh. Dia juga nampaknya lebih cepat menangkap perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris dari Bahasa melayu. Dia paling suka sekali bila Nia membaca petikan-petikan dari novel-novel yang terdapat di bilik mereka.
Vicky dan Casey juga begitu gembira dengan perkembangan terbaru yang ditunjukkan oleh Zaril Ikhwan. Terutama sekali bila mereka mendengar Zaril Ikhwan tiba-tiba sahaja buat pertama kali bercakap dengan secara langsung dengan Puan Zainun, menggunakan ayat lengkap dengan berkata “ I love you Grandma.” Nia dapati mata Vicky berair apabila mendengar berita itu. Dia juga begitu gembira dan terharu dengan perkembangan terbariu itu.
Vicky juga memuji Nia kerana mempunyai kebolehan, kesabaran untuk menjalankan latih tubi. Mereka berdua sedang berbual mengenai kemajuan yang ditunjukkan oleh Zaril Ikhwan di kerusi sofa. Manakala Zaril Ikhwan dan Casey sedang menjalankan terapi di meja bacaan di sudut ruang keluarga itu. Puan Zainun dan Neng sedang sibuk menyediakan makan tengahari. Puan Zainun sangat gembira dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh cucunya. Sebagai tanda terima kasih dia hendak menyediakan makanan yang istimewa tengahari ini, menjamu Vicky dan Casey dengan masakan kampong. Walaupun berbangsa tionghua, kedua ahli terapi ini suka betul makan masakan melayu. Puan Zainun sudah merancang menu istimewa hari ini. Lauk ikan sembilang masak kari, masak lemak cili padi pisang dan kerabu pucuk paku dengan kerang dan juga hidangan istimewa belut masak berlada, ditambah juga dengan ulam-ulam dengan sambal belacan, kegemaran Casey dan Vicky. Nia juga rasa tidak sabar untuk menikmati hidangan istimewa yang Wan sedang sediakan untuk hari ini. Sementara itu, dia dan Vicky meneruskan perbualan mereka mengenai Zaril Ikhwan dan kerjaya sebagai ahli terapi yang dijalankan oleh Vicky dan Casey.
“Apa yang Nia buat hari-hari ini yang membuat Zaril cepat semboh. I rasa Nia ada `talent’ untuk `therapist’ macam saya dan Casey. Mungkin Nia boleh cuba. Lagipun Nia sudah ada latihan asas perguruan. Ini akan banyak membantu Nia. Di Malaysia bukan ada ramai ahli terapi macam kami ini. Bagus kalau Nia ada kebolehan sebagai ahli terapi dan jadikan sebagai `career’. Disamping itu kita ramai tolong orang. ” Ujar Vicky. Sejak awal lagi Vicky rasa Nia ada minat dan kebolehan untuk mnjadi ahli terapi seperti mereka.
“Saya tak berminat hendak keluar bekerja Vicky. Saya hendak menjaga Abang Zaril sampai semboh.”
“Satu hari nanti dia akan semboh. Nia hendak buat apa lepas tu? Ataupun sekurang-kurangnya Nia pelajari teknik terapi ini untuk memulihkan dia. Lagipun kalau jadi ahli terapi teknik ini , Nia tidak perlu keluar bekerja, Nia boleh bekerja di rumah. “Working From Home.”
“Hmmm kalau hendak memulehkan Abang Zaril, Nia berminat juga. Vicky mendapat latihan mengenai teknik ini di mana?”
Untuk menjadi trainer macam saya dan Casey kena mendapat latihan di Institut yang terletak Eropah. Setiap tahun Dr Feuerstein akan mengadakan latihan di Eropah.”
“Eropah? Jauhnya.” Tidak mungkin Nia dapat pergi menghadiri kursus latihan itu. Nia bukan pernah pergi ke mana-mana, tidak pernah keluar dari bumi Malaysia ini. Naik kapalterbang pun Nia tak pernah. Hendak kena buat passport? Heii susahnya. Lagipun dia bukan boleh tinggalkan suaminya.
“Vicky dulu pun dapat latihan di Eropah ke?”
“Iye, saya setiap tahun saya akan pergi ke Eropah untuk mendapat latihan lanjut. Setiap tahun mereka menukar lokasi kursus, tetapi tetap di Eropah juga. Tetapi tahun ini belum tentu lagi. Kami ramai patient tahun ini. Entah-entah tidak boleh pergi.” Terang Vicky lagi.
“Tahun ini di mana diadakan kursus tu?” Tanya Nia, walaupun dia tahu dia bukan boleh pergi pun.
‘Tahun ni kursus itu di organize di Turin.. Best tahu kalau dapat pergi.”
“Turin? Turin di mana Vicky. Saya tidak berapa pasti.”
“Turin terletak di Itali, satu Bandar tua di utara Itali. `Very nice City’. Banyak bangunan-bangunan bereka bentuk lama.”
“Seronokkan kalau dapat pergi.”
“Kalau boleh pergi, cubalah untuk pergilah. Sekarang ini kan MAS selalu buat MATTA Fair ada tiket tambang murah. Penginapan dan Yuran kursus tidak berapa mahal sebab mereka jalankan kursus ini untuk para guru dan selalu di jalankan di Universiti semasa Cuti Musim Panas. Bukan lama, dua minggu sahaja.”
“Tak delah Vicky, Mana saya boleh pergi. Memanglah kalau boleh saya hendak menghadiri kursus tu. Saya akan buat apa sahaja untuk memulehkan Abang Zaril. tetapi saya tidak boleh tinggalkan dia. Lagipun saya tak pernah ke luar Negara. Saya tak tahu macamana hendak pergi pun.”
“Okaylah Nia, Macam ni,. saya akan daftar nama saya walaupun saya belum tentu akan dapat pergi. Saya akan daftar nama Nia juga.”
“Eh tak payah, buang masa saja Vicky.”
“Tak mengapalah. Kalau tak pergi pun. Bila kita tak register di sana nanti, dia akan cancel aje nama kita. Dia orang tak kisah sebab peserta lain memang ramai. Saja-saja. ‘Just for fun`. Kita berangan kita akan pergi Turin. Sebenarnya saya ingin sangat pergi sana. Bandar yang Romantik, Macam dalam cerita Romeo dan Juliet.” Kata Vicky sambil tersenyum.
“Kalau macam tu, ikut suka Vickylah.” Tetapi Nia tahu dia tidak akan berpeluang pergi ke sana. Dia juga tidak mahu pergi, meninggalkan suaminya. Dia tidak akan sanggup meninggalkan Zaril Ikhwan walaun dalam masa dua minggu. Nanti suaminya akan tercari-cari dia. Semalaman pun Zaril Ikhwan sudah gelisah mencarinya. Inikan Nia hendak pergi selama dua minggu. Mesti resah gelisah Zaril Ikhwan dibuatnya jika Nia tidak ada di sisiya.
“Okay, Ini `leaflets’ tentang kursus tu dan tempat kursus di jalankan di Turin. Mana tahu, bila masa kursus itu di jalankan Zaril sudah baik. Nia tengok sekarang ini pemulihan dia semakin cepat. Entah-entah masa tu you berdua boleh berbulan madu di Turin, sambil Nia menghadiri kursus tu.” Ujar Vicky.
“Nia tersenyum, gembira dengan perkembangan suaminya.
“Kalau dia sudah baik, buat apa saya hendak menjadi Ahli Terapi lagi.” Kata Nia, tidak dapat dibayangkan kalau suaminya telah pulih. Pergi berbulan madu dengan suaminya? Alangkah bahagianya. Kemudian Nia akan habiskan hidupnya untuk menjadi isteri yang baik kepada Zail Ihkwan, mereka akan hidup bahagia seperti pasangan normal yang lain, macam Ani dan Sazali dan Nia akan menjaga anak-anak mereka nanti dengan penuh kasih sayang. Muka Nia menjadi merah apabila dia mengenangkan keinginannya untuk berbulan madu dengan seuaminya, menjalani kehidupan sebagai suami isteri yang normal. Harapannya yang tinggi menggunung.
Tetapi sebenarnya jika ZarilIkhwan sudh sembuh, Nia tidak perlu apa-apa lagi, kursus ke, kareer ke tau apa-apa pun. Dia sudah dapat yang dia inginkan. Menjadi isteri kepada Zaril Ikhwan. Tetapi kerana tidak mahu menghampakan Vicky, Nia ambil juga leaflet tentang Kursus itu. Mungkin bila senang-senang nanti boleh dia baca.
“Okaylah Nia. Hari ini saya mahu introduce sesuatu yang baru. Saya mahu Nia apply teknik ini kepada Zaril dan tengok , ini akan mempercepatkan pemulihan Zaril Ikhwan.”
“Apa dia ini Vicky?”
“Ini adalah rakaman kata-kata yang akan meningkatkan aktivi neurons. Selepas ini, dengan melihat keadaan sekitarannya, dia akan mula` aware’ dengan dirinya selepas ini. Terutama bila dia melihat apa yang orang lain lakukan, dia juga mula aware apa yang dia patut lakukan. Nia kena sentiasa pasang rakaman ini kepada Zaril Ikhwan setiap masa, ini akan mempercepatkan proses pemulihan Zaril Ikhwan nanti.”
“Baiklah, saya akan cuba.” Kata Nia lagi. Apa sahaja yang akan boleh membuat Zaril Ikhwan puleh, dia akan cuba lakukan.
Casey dan Zaril Ikhwan telah selesai sessi terapi dan mula berjalan menuju ke arah Vicky dan Nia. Melihat susuk tubuh suaminya dan wajahnya yang mengancam itu membuat Nia rasa berdebar-debar sekali. Mukanya kembali menjadi merah padam, teringatkan angan-angannya untuk pergi berbulan madu dengan suaminya sebentar tadi. Nasib baik Puan Zainun mencelah ketika itu dengan mengajak mereka semua makan tengahari. Masakan istimewanya telah sedia terhidang. Vicky dan Casey juga tidak sabar hendak menikmati masakan Puan Zainun yang sdiakan special untuk mereka.
*********************8
Nia dan Neng sepakat hendak mengemas dapur malam itu. Mereka sudah lama selesai makan makan dan Nia sengaja mahu menyibukkan dirinya, biar bila waktu tidur nanti dia sudah penat sungguh. Dia tidak perlu berjaga, melihat suaminya tidur dengan nyenyak sementara dia keseorang mengira nasib untung dirinya sepanjang malam. Malam ini dia rasa agak sayu, hari ini ialah hari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, tetapi tidak ada sesiapa yang mengingatinya kecuali Nia. Zaril Ikhwan, apatah lagi, dia bukan sedar peredaran masa, hari ini apa, bulan apa dan tahun apa? Nia tidak mahu berfikir panjang tentang nasib dirinya. Lebih baik dia mencuci dapur itu sebersih-bersihnya. Beberapa hari lagi, keluarga Zaril Ikhwa Puan Zainun akan datang melawat mereka. Puan Zainun mahu mereka pulang dan melihat kemajuan yang telah di capai oleh Zaril Ikhwan.
'Nia, Nia mari sini.” Tiba-tiba Puan Zainun masuk ke dapur dan memanggilnya.
“Nia yang sedang berdiri di atas bangku, sedang menyusun pinggan mangkuk ke dalam kabinet dapur terhenti kerjanya, lalu turun dari bangku tersebut.
“Kenapa Wan?”
“Mari ikut Wan.” Kata Puan Zainun sambil berbisik. Dia tersenyum lebar. Nia pelik melihatnya. Apa yang membuat Puan Zainun begitu gembira sekali? Puan Zainun memimpin tangan Nia dan membawa dia ke bilik tidur Nia, Dia menjenguk ke dalam bilik dan menyuruh Nia berbuat perkara yang sama. Nia terpinga-pinga melihat kelakuan pelik Puan Zainun. Tetapi Nia ikut menjenguk ke dalam bilik tidur mereka, dia begitu terkejut apabila melihat suaminya sedang bersembahyang. Inilah pertama kali setelah setahun berkahwin dengan Zaril Ikhwan, Nia melihat suaminya sembahyang. Nia tidak dapat berkata apa-apa, dia begitu terharu. Air kegembiraannya matanya mengalir perlahan-lahan. Bagi Nia, inilah hadiah ulang tahun perkahwinan pertama mereka yang paling berharga. Walaupun suaminya masih belum boleh memanggil nama dia dengan betul, belum pernah bercakap secara `direct’ dengan Nia, belum boleh bercakap menggunakan ayat-ayat lengkap dan jarang memandang Nia tepat pada matanya, Nia tidak perduli. Dia begitu gembira, bersyukur kepada tuhan. Dilihatnya, Puan Zainun juga sedang mengalirkan air mata. Mereka berdua berpelukan dalam kegembiraan. Nampaknya doa mereka selama ini telah dimakbulkan oleh tuhan.
“Nia masuklah ke dalam bilik, teman Abang Zaril tu. Biarlah kerja di dapur tu Neng buat. Kalau tak sempat habis pun, besok pun boleh sambung. Sudah dekat pukul sepuluh malam ni. Pergilah masuk tidur.” Puan Zainun menasihatkan Nia. Nia mengucup pipi Puan Zainun dan mengucapkan selamat malam. Nia masuk ke dalam bilik tidur mereka seperti yang disuruh Puan Zainun. Dia segera masuk ke dalam bilik air, mandi dan mengambil wuduk kerana hendak menunaikan sembahyang Isyak.
Selesai sembahyang Isyak, Nia melipat dan menyimpan telekung dan sejadahnya. Zaril Ikhwan hanya duduk di kerusi sofa yang sebelum ini menjadi tempat tidurnya, merenungnya dengan wajah serious. Inilah kali pertama dia memberi tenungan yang tajam ke arah Nia dalam jangka waktu yang begitu lama. Jantung Nia berdegup kencang. Langkahnya mati seketika. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Suaminya masih merenungnya dengan tajam.
Kemudian Zaril Ikhwan bangun dan mengunci pintu bilik tidur mereka. Nia masih tidak dapat bergerak. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Dia menunggu apakah tindakan Zaril Ikhwan selanjutnya? Zaril Ikhwan berjalan menuju ke arah Nia. Zaril Ikhwan tinggi dan segak orangnya. Melihat susuk tubuh suaminya yang begitu menarik, sedang menghampirinya, membuat jantung Nia makin berdebar-debar. Wajahnya yang kacak kelihatan begitu serious, dengan rambutnya yang panjang, dan anak rambutnya yang terjuntai di dahi, ditambah dengan parut dan jambang diwajahnya, membuat suaminya kelihatan begitu mengancam. Nia terasa begitu lemah sekali, hampir tengelam dalam perasaannya sendiri. Nia hendak lari dari situ tetapi kakinya tidak dapat bergerak.
Zaril Ikhwan berhenti di hadapannya, mengambil tangannya, kemudiannya menarik Nia dengan lembut, membawa dia ke katil mereka. Nia ikut sahaja pengarahan suaminya. Degupan jantungnya begitu kuat sekali. Nia seakan dapat membaca isi hati suaminya, apa yang dihajati suaminya ketika itu walaupun dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman pun tentang perhubungan antara suami isteri. Dia, Nia Atirah, isteri kepada Zaril Ikhwan. Dia akan menurut sahaja semua kehendak suaminya. Sudah sekian lama dia menanti saat ini dan dia merelakan semuanya, demi suaminya yang tercinta itu.

15 comments:
awak.. such a great story. dengan penuh input, banyak sangat knowledge dalam ni. i cried a lot, tau. dari first ep sampai ni. hoho. keep up ya.
best2..x sabar nak tunggu next ep..
Superb!!! I can see that the author went thru a great deal to come out with this kind of information in this chapter. We learned something new from the story. Good job dear! See u in next entry, insyaallah.
tak sabar tunggu next episod...ceta nie memang best2 giler..penulis ceta nie tak pernah mhampakan peminat2 nye...apakah yg akan bakal berlaku dalam hidup Nia selepas ini....
tak sabar nak tahu kisah selanjutnya...
best.... sangat. jalan cerita yg sangat menarik. kebanyakkan novel yg dibaca selalunya kita dapat meneka apa yg akan terjadi seterusnya tapi utk cerita ni tak boleh mengjangkakan apa yg terjadi pada nia & zaril. taniah....
uwaaaaa ... yg pasti mesti zaril lupakan nia .... smpi nia bawa diri ke trin ... sob sob sob ... mesti kene racun minda dgn mama zaril .. maklum la nia kan tak santeekkk ... cam linda tu ... huhuhu ...
kak alina .. u rock!! ..cerita u semua best2 .... chayookkk!! .. waiting fir AYKT13 ... cerita best2 ni sure kene skodeng dgn publisher ... huhuhu .. dah tu kene tunggu lama lagi baru leh baca
tabahnyer nia
nak tau kisah selanjutnya
Wonderla...knp..b/mana diaorg leh berpisah...rasanya both of them sayang each other......allamanda
best giler2...
smbung r cpat..pleeeezzzzzzz
berbaloi.......segala penat lelah dan usaha nia tebukti berhasil............ tak sabar nak tahu punca zaril dan nia berpisah/terpisah??????
saya pun tak sabar nak tahu macamana diaorg boleh berpisah. Diaorg kan dah love each other.
Ija
wau.. really touching. huhuhu
but im happy for nia, segala usaha dia berbaloi.
but like the other xsabar nk tau next story.
keep it up ya writer!!!
Chayok!!!Chayok!!!
best2..tp nape AYKT 13 Xleh baca?????
yalah..tak boleh bk...please!
nice story..tq.