•10:46 PM
Bab 6
“Semua dokumen sudah siap. Cik Nia sila baca dahulu dengan teliti sebelum menandatangani nya.” Terang Encik Nor Zaidi, peguam Puan Zainon. Dia telah datang ke rumah Nia bersama dengan Mak Cik Siah
.
“Apa ini semua Encik? Maaf saya tak faham.” Nia pelik, kenapa begitu banyak dokumen yang dia perlu tanda tangani.
Sejak dia bersetuju untuk menggantikan tempat Ani untuk berkahwin dengan Zaril Ikhwan, semuanya berlaku dengan begitu pantas sekali. Nia hanya bertemu dengan Puan Zainun sekali. Ketika itu Puan Zainun datang ke rumah Mak Cik Siah untuk bertemu dengan Nia. Dia Cuma melihat wajah Nia, kemudian bertanya nama dan umur dan meminta kepastian akan kesanggupan Nia mengantikan tempat Ani. Nia mengesahkan yang dia sanggup dan bertanyakan tentang wang yang Puan Zainun berikan kepada Mak cik Rosnah tempoh hari. Puan Zainun memberitatahunya, dengan persetujuan Nia menggantikan tempat Ani, mereka tidak perlu membayar balik wang itu. Wang itu adalah kepunyaan Mak Cik Rosnah. Nia merasa lega. Ini bermakna tanah tapak rumah dan kebun mereka selamat buat masa ini. Mesti emak senang hati. Nia harap dengan ini emak akan segera pulih dari sakitnya itu. Nia akan lakukan segala yang perlu untuk membuat emak kembali bahagia.
Kemudiannya pendaftaran untuk perkahwinan telah dibuat. Nia kemudiannya di bawa untuk mengikuti kursus perkahwinan. Pemeriksaan perubatan juga telah dilakukan. Sekarang ini cuma menunggu hari pernikahannya sahaja. Puan Zainun akan membuat kenduri kecil-kecil dengan menjemput saudara dan jiran-jiran terdekat sahaja. Manakala di rumah Nia pula tidak akan diadakan kenduri dengan alasan Mak cik Rosnah tidak sihat. Puan Zainun nampaknya hendak semuanya diselesaikan dengan cepat. Mungkin dia takut Nia akan menukar fikiran seperti Ani jika diberi lebih banyak masa.
“Ini adalah perjanjian sebelum perkahwinan yang Cik Nia kena tandatangani. Pre nuptial agreements.” Encik Nor Zaidi cuba member penjelasan kepada Nia. Nia terkejut.
“Kenapa kena ada perjanjian sebelum perkahwinan.” Dia tidak pernah dengar orang lain yang dia kenali kena menandatangai Perjanjian sedemikian rupa. Ini macam Perkahwinan Orang yang terkenal di Barat.
“Cik Nia kena faham, Puan Zainun mahu menentukan masa depan cucu dan cicitnya nanti terjamin.” Jawab Encik Nor Zaidi lagi. Jawapan peguam itu membuat Nia lebih terkejut.
“Kenapa? Saya tidak faham.”
“Baiklah saya terangkan, dalam perjanjian ini, harta, wang dan tanah milik Puan Zainun semuanya akan diberikan kepada Zaril Ikhwan dan Cik Nia sebagai isterinya sebagai pemilik bersama.”
Terbeliak mata Nia mendengar penjelasan peguam tersebut.
“Tetapi ada syarat-syaratnya. Jika Cik Nia meninggalkan Encik Zaril atau terjadi penceraian yang yang dituntut oleh mana-mana dua pihak, Perjanjian itu akan terbatal. Penamaan Cik Nia sebagai pemilik bersama kepada harta itu akan terbatal.
Tetapi jika ada anak hasil dari perkahwinan Cik Nia dan Encik Zaril, harta itu semua akan jatuh kepada anak atau anak-anak Cik berdua selepas kematian Encik Zaril dan Cik Nia. Jika Cik Nia menuntut cerai atau menuntut untuk berpisah dari Encik Zaril ataupun meninggalkan Encik Zaril, atau Encik Zaril menceraikan Cik Nia atau berpisah dengan Cik Nia, hak penjagaan anak atau anak-anak dengan serta merta akan jatuh kepada Encik Zaril atau keluarganya. Cik Nia tidak akan ada hak langsung ke atas anak atau anak-anak hasil dari perkahwinan ini.
Nia betul-betul terkejut dengan penerangan Encik Nor Zaidi.
“Kenapa sampai macam ini perjanjian ini dilakukan.”
“Puan Zainun ingin memastikan Cik Nia akan menjaga Encik Zaril Ikhwan selepas dia sudah tiada nanti.”
“Kenapa cakap macam ni? Saya tidak faham.”
“Cik Nia kena tahu yang Puan Zainun sudah tua, Dia tidak sihat kini. Dia hanya mahu memastikan yang cucunya itu dijaga dengan baik. Dan dari apa yang saya lihat, Cik Nia ini seorang yang baik, yang akan menjadi isteri yang baik untuk Encik Zaril Ikhwan.”
Sehingga sekarang Nia belum bertemu dengan bakal suaminya itu. Yang dia tahu, menurut Mak Cik Siah, Zaril Ikhwan tidak berapa sihat sekarang ini. Nia agak pelik juga memikirkan tentang tentang Zaril Ikhwan. Dia tidak kisah pun bila bertukar calon isteri. Ani atau Nia, nampaknya tidak ada makna langsung. Nia makin mengesyaki sesuatu. Nia ingin memprotes.
“Cik Nia juga tidak boleh bekerja selepas berkahwin dengan Encik Zaril. Cik Nia mesti menumpukan sepenuh perhatian kepada Encik Zaril Ikhwan. Cik Nia akan diberi elaun bulanan sebanyak RM2000.00 setiap bulan untuk kegunaan dan keperluan peribadi Cik Nia sendiri.”
Bila mendengar elaun peribadi yang Nia akan terima apabila berkawin dengan Zaril Ikhwan kelak. Nia mendiamkan diri dan berfikir sendirian. Duit itu boleh diberikan kepada emak. Senanglah hidup emak nanti. Tetapi Nia tidak boleh menerima sahaja keadaan ini tanpa bertanya. Banyak yang dia ingin tahu. Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, Nia tidak boleh berdiam diri dan menerima sahaja keadaan yang akan di tempohinya tanpa mendapat jawapan.
“Sebelum saya tanda tangan perjanjian ini, saya perlu mengetahui beberapa perkara.”
“Apa dia yang Cik Nia hendak tahu?”
“Encik Zaril Ikhwan sakit apa? Nampaknya Puan Zainun begitu risaukan Encik Zaril Ikhwan sehingga dia sanggup berbuat apa- sahaja untuk melindungi cucunya itu.”
“Oh Cik Nia tak tahu lagi?” Soal Encik Nor Zaidi. Itu sahaja yang peguam itu boleh katakana tanpa memberi
penjelasan kepada soalan Nia.
“Sebelum saya tandatangani perjanjian ini, saya hendak bertemu dengan Encik Zaril Ikhwan.”
“Eh, Cik Nia hendak batalkan ke perkahwinan ini. Susah nanti.”
“Bukan, saya bukan hendak batalkan, sebelum saya sain perjanjian ini saya hendak jumpa dengan Encik Zaril Ikhwan dahulu. Adilkan permintaan saya?”
Encik Nor Zaidi hanya terdiam. Dia risau memikirkan jika, gadis di hadapannya itu menukar fikiran untuk mengahwini Zaril Ikhwan, susahlah dia nanti. Mereka kena cari calon lain dan dia kena buat balik semua dokumentasi yang perlu. Itupun kalau ada gadis lain yang hendak kawin dengan zaril Ikhwan. Bukan semua orang yang sanggup, walaupun telah disogok dengan wang ringgit. Encik Nor Zaida berpendapat, jika Nia Atirah bertemu dengan Zaril Ikhwan, bermakna perkahwinan ini berkemungkinan besar tidak akan berlaku.
“Cik Nia kena ingat….. Kalau Cik Nia batalkan perkahwinan ni, Cik Nia kena bayar balik duit Puan Zainun tu.” Peguam itu mengingatkan Nia.
“Encik Zaidi. Saya tak kata saya hendak batalkan. Saya tahu kami ada ambil duit Puan Zainun, saya Cuma hendak bertemu dengan Encik Zaril sebelum saya menanda tangani perjanjian ini. Itu sahaja.” Jelas Nia dengan sabar. Nia kesihan juga dengan Encik Nor Zaidi yang nampak begitu risau jika Nia membatalkan niatnya itu.
“Baiklah, nanti saya akan beritahu Puan Zainun.” Kata Encik Nor Zaidi lagi. Wajahnya nampak agak risau. Tetapi Nia tetap dengan keputusannya. Dia hendak bertemu dengan Zaril Ikhwan dahulu sebelum dia menandatangani perjanjian itu.
**********************************.
Nia dan Mak Cik Siah terpinga-pinga melihat Encik Nor Zaidi yang berjalan dihadapan mereka, memasuki sebuah rumah bungalow yang berpagar. Pagi-pagi tadi Mak Ciak Siah datang ke rumah Nia dan menyuruh dia bersiap-siap kerana sebentar lagi Encik Nor Zaidi akan datang mengambil mereka untuk melawat suatu tempat. Perjalanan mengambil masa lebih kurang tiga jam. Mereka sampai di Bandar Ipoh pada pukul 12.00 tengahari. Mereka berhenti untuk makan tenghari selepas itu. Encik Nor Zaidi membawa mereka ke rumah ini yang terletak diPasir Puteh.
Ada seorang wanita berbangsa Tionghua yang menunggu mereka di muka pintu. Dia membuka kunci mangga di gerigi besi pintu itu lalu menjemput mereka masuk. Encik Nor Zaidi masuk ke dalam diikuti oleh Maki k Siah dan Nia. Apabila masuk sahaja ke dalam rumah itu, Nia dapati ianya berbau dettol, seperti di hospital.. Ada beberapa bilik terdapat di bahagian bawah rumah itu. Keadaan di dalam rumah itu agak sepi.
“Mana semua orang, Nancy?” Soal Encik Nor Zaidi.
“Waktu tengahari ini macam lepas makan, dia orang tidurlah.” Jawap wanita Tiong Hua itu.
Apabila mereka hampir dengan bilik-bilik yang terletak di bahagian bawah rumah itu, Nia dapat semuanya bertutup rapat. Setiap pintu bilik ada tetingkap kaca yang membolehkan mereka menjenguk ke dalam bilik-bilik itu. Setiap bilik mempunyai penghuni, ada yang sedang tidur, ada yang sedang baing-baring sahaja dan ada yang sedang duduk di atas kerusi tanpa berbuat apa-apa. Nia dapati setiap tingkap dalam bilik dipasang dengan gerigi besi.
“Pak Cik, Pak cik, bangun duduk atas. Jangan tidur atas lantai. Nanti sejuk” Kata Nancy, kemudian dia bergerak ke bilik lain. Nia menjenguk ke dalam bilik itu. Dia lihatya seorang lelaki melayu separuh abad yang sedang baring di atas lantai. Lelaki itu bangun lalu duduk di atas lantai sambil mengaru-garukan kepalanya. Kemudian dia baring semula di atas lantai itu.
“Itu orang dulu kerja lawyer di KL. Lepas tu dia sakit. Family dia tak larat jaga, sebab dia suka mengamuk. Bagi pecah-pecah barang. Dia orang hantar dia duduk sini.” Jelas Nancy.
Nia dan Mak Cik Siah terkejut mendengar cerita Nancy.
Mak Cik Siah menarik perhatian Encik Nor Zaidi yang bertanya lebih lanjut. “Ada orang buat macam ni, Encik Zaidi?”
“Ada, dia orang ada duit untuk bayar, tetapi tak ada masa untuk jaga orang macam ni. Di sini ada nurse on duty 24 jam. Setiap minggu ada doctor datang melawat untuk bagi ubat pada penghuni yang sakit.”
“Aunty, kenapa tak makan?” Kedengaran Nancy menegur seorang lagi penghuni. Seorang wanita India yang juga dalam usia limapuluhan.
“Tak sedap, macamana mau makan. Panggil Rajoo, suruh Rajoo datang.” Gesa perempuan India tersebut.”
Ini aunty, sudah hilang ingatan, dia ada kena angin ahmar. Dia tak ingat Rajoo anak lelakinya sudah mati. Anak-anak lain tak larat jaga dia sebab dia selalu merayau-rayau hingga sesat. Mereka risau pasal dia, bila dia orang pergi kerja, dia akan keluar rumah.
Nia masih tidak faham kenapa dia dibawa ke situ. Mak cik Siah bertanya lagi. Dia orang ini tidak boleh bergerak bebas ke? Kena kurung ke?”
“Ini yang ada masalah sikit. Sebab itu dia duduk sini, dekat bilik Nurse. Nurse ada dua puluh empat jam di sini. Ada yang duduk di sebelah sana, ok sikit, bolehlah lepas, tak payah kurung. Dia orang boleh jalan tak cederakan orang lain dan diri sendiri.” Terang Nancy dengan panjang lebar. Mereka meneruskan lawatan dari bilik ke bilik, ada beberapa orang perempuan dan lelaki tionghua yang menjadi penghuni bilik-bilik itu tetapi mereka sedang tidur.
Tiba-tiba mereka mendengar satu jeritan yang datang dari bilik hujung. Mereka segera meluru ke bilik itu. Nancy cuba menenangkan pemuda yang berada di dalamnya.
“Asrul, Asrul.” Nancy kemudiannya berlari kea rah bilik yang bertanda “nurse”. Nia dan Mak cik Siah menjenguk ke dalam, seorang lelaki muda, dalam lingkungan dua puluhan sedang duduk di bawah meja. Dia menghentak, hentakkan kepalanya dengan ke meja tersebut sambil menjerit-jerit. “sakit! sakit!”
Darah mula mengalir keluar dari dahinya. Tidak lama dua orang lelaki yang berpakaian serba putih menghampiri bilik tersebut. Mereka membuka kunci dan menarik Asrul keluar dari bawah meja dan memegangnya dengan kuat. Asrul meronta-ronta minta dilepaskan sambil menjerit-jerit kesakitan. Apabila mendengar jeritan Asrul, semua penghuni dalam bilik-bilik lain mula mmbuat bising, ada yang menjerit-jerit seperti Asrul. Keadaan rumah yang aman tadi menjadi hiruk pikuk. Tidak lama kemudian Nancy datang dengan membawa jarum suntikan. Apabila melihat Nancy datang dengan jarum suntikan, Asrul meronta-ronta minta dilepaskan.
“Tak mahu! Tak Mahu, Jangan bagi dia cucuk.” Jerit Asrul.
Asrul, relaks, kenapa Asrul mengamuk ni? Tanya Nancy, tegas. Tangannya dengan pantas menyucuk ubat penenang di lengan Asrul. Asrul tidak dapat melawan dua orang lelaki sedang memegangnya itu
“ Aku hendak sembahyang, macamana aku hendak sembahyang duduk sini. Mana sejadah aku, mana songkok aku? Aku sudah lama tak sembahyang! Najsi! Najis! Aku hendak cuci ni lantai-lantai ni. Ake hendak sembahyang!” Jerit Asrul lagi, tetapi selepas itu dia menjadi lemah dan tidak melawan lagi. Mereka mengangkat Asrul ke atas katil dan membiarkan dia tidur.
“Kenapa dia duduk sini. Muda lagi tu.”
“Dia selalu mengamuk dan cederakan diri sendiri, Mak cik. Itu sebab emak bapa dia hantar sini, Dia orang tak larat nak jaga di rumah. Jiran-jiran pun takut kalau dia ada di rumah. Dia selalu jerit-jerit, buat bising tak kira siang atau malam. Parent dia kerja, habis siapa mau jaga. Hantar sini juga.”
“Segak-segak macam ni pun boleh jadi macam ni, Kesiankan Nia”. Tanya Mak Cik Siah lagi.
“Tak boleh usahakan ke untuk cari ubat?”
“Family sudah give uplah. Sudah macam-macam ubat kasi.”
“Ini apa sakit, Tengok okay sahaja.” Soal Mak Cik Siah lagi.
“Ini atas sakitlah Aunty.” Jawab Nancy.
Mak Cik Siah mengeleng-gelengkan kepalanya, terharu melihat anak muda yang cukup anggota tubunya di kurung sedemikian rupa dalam rumah yang dipenuhi dengan orang tua dan pesakit-pesakit mental. Bukan akan memulihkan Asrul lagi, buat dia jadi lebih teruk lagi.
Nia terus berjalan dan tiba di bilik besar yang dipenuhi meja makan. Ada pinggan-pinggan nasi yang masih belum diangkat oleh amah.
Hidangan tengahari tadi terdiri dari nasi, ikan goreng dan sayur kobis goreng . Tidak menyelerakan langsung. Begitu kering sekali tanpa berkuah. Beberapa pekerja Indonesia dilihat sedang mengangkut pinggang mangkuk yang terletak di atas meja.
“Siapa yang masak makanan ni?”
“Itulah Indon-Indon yang masak.”
“Berapa bayaran yang dikenakan untuk tiap-tiap orang ni Nancy.”
“Lebih kurang RM1500 lebih.” Jawab Nancy. Kalau ada ubat, doctor mari check, extra cost ma. Kadang-kadang dekat RM2000 ribu juga ada. Tak da mahal punya.”
Dekat Dua Ribu ringgit, harga untuk memberikan tanggungjawab menjaga pesakit ini kepada rumah jagaan ini. Bayar dua ribu sebulan dan masalah selesai. Nia berkata-kata sendirian dalam hatinya. Adakah ini untuk kebaikan pesakit itu sendiri atau akan menjadikan mereka lebih teruk. Dalam keadaan begini mereka tidak aka nada peluang untuk sembuh. Macamana orang muda seperti Asrul, adakah dia akan menghabiskan sisa hidupnya yang masih panjang lagi di sini?
“Di Ipoh ni banyak terdapat nursing home macam ni, Cik Nia.” Terang Encik Nor Zaidi. Kalau Cik Nia hendak, kita boleh lawat dua tiga rumah jagaan macam ni lagi. Ini yang antara rumah jagaan yang agak tinggi bayarannya. Yang lain rendah sikit dan kemudahannya pun kurang sikit. ”
“Kurang macamana?”
“Biliknya kecil lagi, ada yang kena kongsi bilik. Perkhidmatan jururawat bukan 24 jam. Hanya ada penjaga sahaja yang standby 24 jam.
“Saya tidak faham kenapa Encik Nor Zaidi bawa kami jauh-jauh begini untuk melihat rumah-rumah jagaan ni.”
“Tidak mengapa kalau Cik Nia tidak faham. Cik Nia tengok sahaja rumah-rumah jagaan ini dahulu. Selepas ini saya akan terangkan pada Cik Nia dan mak cik nanti.”
Rumah jagaan yang mereka lawati selepas ini tidak begitu elok keadaannya seperti rumah jagaan yang pertama mereka lawati. Dua tiga rumah jagaan yang dilawati makin teruk keadaannya. Keadaan rumah-rumah itu kotor dan sempit. Penghuni-penghuninya juga kelihatan tidak dijaga dengan betul. Mereka kelihatan kotor dengan pakaian yang nampaknya tidak berganti berhari-hari. Ada penjaga yang menggunakan bahasa yang kasar kepada penghuni-penghuni yang kebanyakkannya seperti orang yang sudah hilang akal. Yang mengelikan Nia dan Mak Cik Siah, ada penghuninya yang sedang di kurung dilihatnya sedang bermain dengan najisnya sendiri. Orangnya masih muda, tetapi wajahnya kosong, seperti tidak mempunyai apa-apa perasaan. Biliknya berbau busuk.
“Kenapa biar dia main dengan benda kotor. Kenapa tak cuci.”
“Mak cik tak boleh makcik. Ini sekarang bulan terang, dia nanti naik angin. Tunggu dua tiga hari lagi, dia akan baik. Masa dia baik, makcik. Betui-betui baik. Nanti dia cuci balik semua kotor-kotor ni..” Jawab penjaga India, Yoges, namanya.
“Iyeke?” Tanya Mak Cik Siah lagi.
Iye, kalau dia mengamuk, tiga hari kami semua tak boleh tidur. Dia jerit-jerit sampai pagi.” Terang Yoges lagi.
Seorang pemuda yang duduk sendirian diruang tamu menarik perhatian Nia, Dia nampak normal. Dia sedang memerhatikan penghuni-penghuni yang lain. Yoges nampak Nia memandang lelaki muda itu. “Ini Hakim. Hakim kata apa kabar.” Yoges menarik perhatian Hakim dengan menunjukkan dua jarinya ke mata Hakim lantas ke matanya sendiri.
“Apa kabar ?” Hakim menurut arahan Yoges.
“Kabar Baik.” Jawab Nia sambil tersenyum, tetapi Hakim sudah hilang daya pemerhatiannya kembali memerhatikan penghuni yang lain.
“Kenapa dengan dia ni? Mak Cik tengok okay sahaja.”
“Dia memang okay, sebelum dia kena accident. Lepas tu dia hilang ingatan. Kadang-kadang dia ok, kadang-kadang dia lupa. Dia asyik merayau-rayau dan selalu hilangkan diri dari rumah. Family tak tau macamana hendak take care especially bila dia orang tak ada di rumah pergi kerja. Ada satu hari dia kena pukul dengan samseng. Nasib baik tak teruk. So dia orang ambil keputusan bila week day, dia orang hantar dia sini. Nanti bila weekend baru dia balik.”
“Mak cik rasa, bila duduk di sini, orang sihat pun boleh jadi gila.” Bisik Mak Cik Siah pada Nia. “Kenapa mereka sanggup letak anak atau emak, bapa mereka di sini.”
Kata-kata terakhir mak Cik Siah didengari Yoges. Yoges menjawab soalan Mak Cik Siah,” susah mak cik, tak ada orang sanggup jaga dia orang. Mula-mula bolehlah. Lama-lama tak larat mak cik. Nanti ada masa dia orang mengamok, family tak tau apa mau buat. Budak-budak kecil takut tengok dia orang buat perangai. Sini ada nurse, atau guard jaga. Doktor on call pun ada. Boleh kasi mandi, kasi cuci. Kasi jaga, bagi ubat. Semua trained punya.”
Mak cik Siah dan Nia hanya menganggukkan kepala mendengar cakap Yoges. Yoges menyambung lagi.
Mak cik jangan terkejut tau, ada banyak rumah macam ni di Ipoh. Ramai orang sakit tau di dunia ini. Orang yang duduk sini belajar punya orang tau. Ada pernah kerja bank, lawyer, cikgu, doctor pun ada. Bila sudah sakit ini macam jadilah.”
“Kalau sudah sakit macam ni. Saudara pun boleh putus asakan Nia.” Kata Mak cik Siah, dia teringatkan Zaril Ikhwan. Apa sebenarnya tujuan Encik Zaidi membawa Nia melawat rumah-rumah jagaan ini. Mak Cik Siah juga ingin mengetahuinya.
“Oklah Mak cik dan Cik Nia, mari kita balik. Sekarang sudah hampir pukul 6.00 petang. Kita pergi sembahyang dulu, Lepas tu kita balik ke Perlis.” Encik Nor Zaidi mula bergerak keluar dari rumah jagaan itu. Nia memandang Hakim sebelum dia beredar. Hakim sedang memandang mereka. Dia tersenyum sambil mengangkat tangannya melambai kea rah mereka.
“Tengok tu Nia, Kalau ikut apa yang mak cik Nampak, dia tu normal aje. Macamana dia boleh jadi penghuni di sini. Kasihannya. Simpang malakikat 44, janganlah kita sampai di hantar ke sinikan Nia. Atau ke rumah orang tua-tua bila mak cik sudah tua nanti. Harap-harap ada anak-anak mak cik yang sanggup jaga makcik bila sudah tua nanti.” Mak cik Siah berdoa agar dia tidak ditimpa nasib seperti mereka-mereka yang dia lawati hari ini. Nia juga berharap begitu.
Mereka tiba di Kampung pada pukul sebelas malam, setelah berhenti sembahyang jamak zohor dan asar, kemudian berhenti sekali lagi di Perhentian Rehat dan Rawat Sungai Perak untuk makan malam dan sembahyang maghrib.
Nia masih belum mendapat lagi mendapat jawapan kepada persoalannya. Dia juga belum ditemukan dengan Zaril Ikhwan. Nia memandang kepala Encik Nor Zaidi yang sedang memandu keretanya. Mak Cik Siah baru tersedar dari tidurnya yang lena, dia tertidur sejak mereka bertolak dari Sungai Perak tadi.
Encik Nor Zaidi melihat wajah Nia dari cermin keretanya. Dia tahu Nia masih belum puas hati. Nia mesti tertanya-tanya kenapa dia dibawa ke Ipoh untuk melawat rumah-rumah jagaan tersebut. Encik Nor Zaidi hanya menjalankan arahan Puan Zainun. Malahan apa yang dia buat hari ini lebih dari tugas biasanya. Tetapi dia kasihan dengan Puan Zainun dan ingin membantunya, dengan segera menyelesaikan masalahnya itu.
“Cik Nia, esok pagi saya akan datang ambil Cik Nia dan Mak Cik Siah untuk pergi ke rumah Puan Zainun.”
“Oh! Pukul berapa?”
“Pukul 9.30 pagi.”
“Baiklah Encik Nor Zaidi. Kami akan tunggu.” Sahut Nia. Dia akan bertemu dengan Zaril Ikhwan akhirnya. Berdebar-debar rasanya di dalam Nia. Dia tidak tahu apa yang dia akan lakukan apabila dia bertemu dengan Zaril Ikhwan nanti. Nia sedar dia tidak boleh menarik balik keputusannya untuk berkahwin dengan Zaril Ikhwan tetapi sekurang-kurangnya dia masuk ke gerbang perkahwinannya itu dengan mata yang terbuka dan dalam keadaan sedar dengan apa yang dia lakukan.
********************************************

4 comments:
cepat2 update x sabar nak tau kenapa
tak sabar nak tunggu cerita ni. bila tengok tajuk, teringat satu lagu ni...harap cepatlah ada sambungan....
bila nak post new entry ? tak sabarlah...suka sgt cerita ni.
Thumbs up for a good job. Saya rasa penulis ada bakat utk jadi penulis yg popular. Teruskan menulis!!!
peminat setia
insya allah...tengah mencuba secepat mungkin...tengah out station ni ....
Kak Lyne