•11:45 PM
Bab 5
"Kak Nia, Kak Nia..." Shafiq nampak cemas.
"Shafiq kenapa ni?" Nia baru mengorak langkah dari rumah Mak Cik Siah.
"Emak Kakak, emak..."
"Kenapa dengan emak?" Nia terhenti langkahnya. Shafiq kelihatan tercungap-cungap.
"Emak! emak! .... Kakak Nia, ayah...! ayah.tu !."
"Shafiq, bertenang dulu Shafiq. Tarik nafas dulu."
"Emak dan abah bergaduh teruk di rumah."
Nia Atirah terus berlari balik ke rumah mereka yang terletak lebih kurang 300 ratus meter dari rumah Mak cik Siah. Shafiq ikut berlari menuruti Nia Atirah di belakang.
“Mana abang Shahid?”
“Dia keluar sekejap tadi. Dia kata hendak jumpa kawan-kawan. Dia hendak tengok sama ada orang kampong sudah tahu apa yang berlaku pasal Ani dan Sazali. Shafiq kata tak mengapa, Syafiq boleh jaga emak. Tiba-tiba ayah balik dan mereka bergaduh.” Jawab Shafiq sambil tercungap-cungap berlari bersama Nia.
Apabila Nia menghampiri rumahnya kedengaran suara orang bertengkar, sekali-sekala terdengar bunyi barang di campak. Nia Atirah segera naik ke atas rumah. Dia sungguh terkejut dengan apa yang sedang berlaku di depan matanya. Ayah sedang menampar muka emak. Emak menjerit kesakitan tetapi dia tidak berdiam diri, dia cuba melawan semula. Ayah menolak emak sehingga jatuh dan kemudian menendang tubuh emak. Nia Atirah menerkam kepada emak dan cuba menghalang ayah dari menendang emak lagi dengan melindungi tubuh emak dengan tubuhnya. Sepakan ayah mengena ke tulang rusuk Nia. Nia kesakitan tetapi masih melindungi tubuh emak. Emak menangis sayu. Shafiq menarik ayah jauh dari Nia dan emak. Ayah menjerit-jerit kemarahan.
“Perempuan tak guna. Anak perempuan sorang tu pun tak boleh jaga. Anak dara kau tu pun macam kau juga, mengatal. Bagi malu orang.”
“Jangan hendak mengata Ani, awak tu lagi memalukan keluarga ini, dengan perangai awak tu.” Balas emak. Walaupun emak kesakitan dia tetap menjawap kata-kata ayah. Pelik juga Nia melihat gelagat emak pada kali ini. Emak tidak pernah melawan kata-kata ayah. Kali ini nampaknya emak tidak mahu mengalah. Dia sudah hilang kesabarannya yang di kawal selama ini.
“Menjawab ye hah menjawab ye?’Tengking ayah, dia menghampiri emak semua hendak menendang tubuh emak tetapi dilindungi oleh Nia Atirah.
“Jangan ayah! Sudah! Sudah.” Jerit Nia sambil melindungi emak dengan tubuhnya.
“Kau suruh betina tu tutup mulut dia. Kalau tidak kena dia nanti. Tak larat aku hendak bela betina ini. Menghabiskan duit. ” Kata Ayah, Shafiq menarik Ayah jauh dari emak.
“Awak yang bela saya? Betina yang di pekan tu yang awak bela. Duit dalam rumah ini habis awak belanja pada dia. Duit pajak tanah tu habis awak beri pada betina tu. ” Kemarahan emak tidak dapat dibendung lagi.
“Dia bini aku, apa salahnya, aku bagi pada dia. Takkan kau sorang aje yang bolot semua.”
“Hah! Bini awak?” Kata emak terkejut. Nia Atirah dan Shafiq juga terkejut. Ayah sudah kawin lain rupanya.
“Bila awak kawin? Habis tu duit hendak bayar hutang judi awak macamana?” Jerit emak, kesabaran emak sudah hilang.
“Itu semua urusan aku, kau perduli apa. Tanah itu aku punya, Aku boleh buat apa sahaja yang aku hendak tahu!” herdik ayah. Nia Atirah terkejut melihat wajah ayah yang garang. Sebelum ini ayah tidak macam ini. Walaupun dia banyak menyusahkan mereka sekeluarga tetapi dia tidak pernah berkasar dengan mereka. Dia tidak pernah memukul emak. Adakah perubahan ini disebabkan oleh ayah sudah berbini muda?
“Habis tu hutang awak macamana. Kita sudah tidak ada tempat tinggal lagi. Kita kena pindah dari rumah ini. Mana hendak tinggal?”
“Entah mana aku tahu, aku ada rumah, bini aku ada rumah besar. Apa yang hendak disusahkan. Kau orang punya masalah selesaikan sendiri!”
“Ayah masuk ke dalam bilik tidur dan mula menyelongkar dalam almari. Emak mengikut ayah masuk ke dalam bilik. Nia Atirah dan Shafiq juga mengikut mereka ke dalam bilik. Takut keadaan akan jadi lebih buruk. Wajah mereka terpapar rasa kerisauan yang amat sangat. Belum pernah mereka meyaksikan pertelingkahan antara emak dan ayah selama ini. Sebenarnya pertelingkahan seperti ini ada berlaku antara emak dan ayah sejak akhir-akhir ini, tetapi tidak diketahui mereka oleh kerana mereka tidak ada dirumah, masing-masing berada di asrama. Hanya Ani yang tahu apa yang berlaku antara emak dan Ayah. Ani rasa rumah mereka bagai neraka, membuatkan Ani memaksa dirinya menerima lamaran Puan Zainun demi untuk membantu keluarganya.
Tiba-tiba emak menjerit lagi. “Awak jangan ambil itu, Itu barang saya.” Emak meluru ke arah ayah yang sedang menyelongar laci emak. Ditangannya ada seutas rantai emas.
“Eish! Kau hendak buat apa dengan emas ini. Hendak buat apa hendak hias-hias lagi. Aku hendak emas ini.” Ayah menolak emak dengan kasar. Emak jatuh terjelepok. Ayah menyelongkar laci emak, dia terjumpa baki duit yang Puan Zainun beri. Emak sudah langsaikan gadaian tanah. Baki yang ada emak hendak buat kenduri kawin Ani nanti dan membeli barang-barang persiapan untuk Ani.
“Jangan! Jangan ambil duit tu. Jangan itu duit Puan Zainun, saya hendak pulangkan sebab Ani sudah lari.” Emak bangun dan menghampiri Ayah lagi. Ayah menolak tubuh emak yang lemah ke lantai. Dia mengenggam seikat duit kertas limapuluh ringgit sambil tersenyum. Dalam hatinya dia berkata.
“Nampaknya malam ini dia boleh main judi lagi. Kalau menang besar, bini barunya mesti suka hati. Mesti dia dapat layanan istimewa dari isteri barunya malam ini.”
Ayah seperti tidak dengar tangisan emak langsung. Telinganya sudah dipekakkan.
“Jangan ambil duit itu. Apa kami hendak buat nanti. Duit Puan Zainun kena dipulangkan. Tanah pun sudah tergadai. Kami hendak duduk mana?”
“Anak awak kan ada, suruh dia kerja, suruh dia bela awak! Sudah lama dia menyusahkan semua orang, menghabiskan duit asyik hendak belajar, belajar. Tak habis-habis hendak belajar. Kerja tak dapat juga. Eloknya lepas sekolah hari tu kawinkan sahaja. Tidak menghabiskan duit. Menyusahkan orang sahaja.” Kata Ayah dengan kasar.
Terguris hati Nia Atirah. Ketika dan saat itu, timbul rasa perasaan benci terhadap ayah. Selama ini dia tetap bersabar dengan segala yang ayah telah lakukan. Dia cuma harap ayah akan berubah, tetapi hari ini dia Nampak ayah seperti orang lain, hilanag sudah rasa hormatnya kepada ayah. Ayah cuma seorang lelaki yang dayus, hidup atas susah payah emak, tidak bertanggung jawab langsung ke atas isteri dan anak-anak. Nia Atirah tidak pernah menyusahkan ayah, Dia belajar dengan wang bantuan kerajaan, Nia Atirah tidak pernah minta wang dengan emak. Dia begitu berjimat cermat semasa belajar. Dia selalu mengikat perut bila di sekolah. Dia tidak pernah berbelanja lebih di kantin dan cuma makan apa yang disediakaan di dewan makan. Semasa dia bersekolah, pakaian harian dan sekolahnya, dia beli dari jualan pakaian terpakai yang dijual di sekolah semasa ‘Jumble Sale’ di asramanya. Nia tidak pernah menyusahkan ayah. Nia Atirah memandang tepat ke arah ayah. Ke mana perginya kasih sayang seorang yang bernama ayah terhadap anaknya? Haiwan ciptaan Allah pun tahu menyayangi anaknya. Kenapa ayah sudah hilang semua sifat-sifat kemanusian itu?
Ayah masih menyelongkar dalam laci emak, semua barang-barang dicampak-campaknya ke lantai.
“Apa lagi awak hendak hah?” sergah emak.
“Aku tahu kau simpan banyak duit lagi, kau sorok-sorok supaya aku tak dapat ambil. Banyak cantik. Hendak makan sorang.” Ayah mula mencampak-campak kain baju emak yang tersusun kemas di dalam almari. Kemudia dia terjumpa satu bungkusan di ikat kemas, di celah-celah kain emak. Dia tersenyum kegirangan.
“Jangan ambil duit tu bang. Jangan, sudahlah abang ambil duit Puan Zainun, itu duit simpanan saya, Jangan ambil. Apa kami hendak makan?”
Shafiq pula menghampiri ayah dan cuba meminta ayah pulangkan bungkusan yang berikat itu.
“Ayah, jangan buat macam ni Yah, Kesihan emak.”
Ayah menolak Shafiq ke tepi.
“Kau jangan masuk campur.” Ayah memasukkan semua barang-barangnya ke dalam poketnya.
Shafiq menghampiri ayah lagi, cuba mengambil duit emak semula. Ayah menghalang Shafiq, menolaknya dengan kasar, Shafiq tidak dapat mengawal dirinya lalu jatuh, kepalanya terlanggar bucu almari cermin.
“Ya Allah! Emak menjerit panik melihat Shafiq terantuk kepala. Dari dahinya darah merah mengalir perlahan. Nia mendapatkan Shafiq, memeriksa luka di dahinya.
“Hendak bunuh anak ke? Awak sudah gila ke. Anak sendiri pun hendak buat macam ni.”
“Biarlah! Itu bukan anak aku, buat apa aku hendak buat peduli. entah anak siapa entah. Aku kena bela selama ini. Ini semua aku ambil sebagai balsan aku mengaku dia anak aku.” Kata ayah sambil menunjukkan beg yang diisi dengan rantai emas, duit simpanan emak dan duit Puan Zainun itu. Ayat-ayat yang keluar dari mulutnya sungguh kejam. Semua orang tersentak mendengar kata-kata ayah.
“Apa awak cakap ni?” Tanya emak, wajahnya kelihatan pucat lesi. Itukah sebabnya selama ini ayah tiba-tiba berubah. Ayah berubah semasa emak mengandungkan Ani.
"Dia bukan anak aku, aku tahu. Ani tu pun bukan anak aku. Kau ingat aku tak tahu? Tengok muka dia orang pun semua orang tahu. Tak sama dengan muka aku. Awak ingat aku bodoh? Aku tahu Rosnah.”
“Apa awak cakap ni. Awak tuduh Ani dan Shafiq bukan anak-anak awak. Apa awak merepek ini? Habis anak-anak siapa? Siapa yang meracun fikiran awak. Ini fitnah.!”
“Fitnah konon! Buang masa aku sahaja. Sudahlah. Aku akan keluar dari sini. Aku takkan balik sini lagi.”
Ayah keluar dari rumah dengan membawa beg pakaian di tangannya.
Nia memeluk emak yang terjelepok di lantai, dia menangis sayu.
“Apa yang kita hendak buat lagi. Emak tak tahu apa emak hendak lakukan lagi. Kita sudah tak ada apa-apa lagi Nia.” Emak terus menjadi lemah longlai, tidak berdaya untuk bangun. Nia dan Shafiq terpaksa mengangkatnya ke atas katil. Emak terus baring mengerekut dan menangis. Kesiannya rupa emak ketika itu.
“Sudahlah emak, emak jangan risau lagi. Emak jangan risau.”
“Macamana tak risau, apa yang kita ada. Tak ada apa-apa lagi.”
“Shafiq pergi turun ke dapur, ambil air suam. Kak Nia tengok wajah mak pucat sangat ni.” Kata Nia, cuba mengaleh perasaan risau emak kepada hal lain. Kepalanya sedang ligat berfikir. Dia tahu apa yang patut dia lakukan. Dia terpaksa lakukan demi emaknya yang tersayang. Emak kelihatan bingung dengan kerisauan. Nia memeriksa tubuh kurus emak yang ditendang beberapa kali oleh ayah. Nampak kesan merah di bahagian belakang badan emak. Nia mengambil minyak angin lalu disapukan di belakang badan emak. Esok lusa mesti lebam ini akan bertukar warna menjadi biru. Ayah memang tidak berhati perut langsung. Nia memaafkan ayah atas apa yang dia telah lakukan ke atas emak kali ini. Mereka sudah banyak bersabar denga ayah tetapi kesabaran mereka bukannya dihargai ayah tetapi ayah mengambil kesempatan di atas kesabaran mereka. Kesabaran mereka ayah anggap sebagai kelemahan mereka yang boleh dia pijak-pijak sesuka hatinya.
Shafiq datang dengan membawa segelas air. Nia memberi emak air unuk diminum tetapi emak tidak mahu meneguk walaupun sedikit. Kemudian emak minta Nia dan Shafiq meninggalkan dia supaya dia boleh berehat sebentar. Waktu maghrib sudah hampir menjelang tiba.
Nia dan Shafiq keluar dari bilik emak dan kemudian Nia terus mandi dan bersedia untuk sembahyang maghrib. Selesai sembahyang maghrib, Nia segera ke dapur, memanaskan nasi dan lauk untuk makan malam. Baru dia teringat yang dia tidak menjamah makanan sejak pagi tadi. Nia terasa lapar betul. Dia memanggil Shafiq turun ke dapur untuk makan malam. Shahid baru pulang ke rumah. Rupa-rupanya dia singgah di masjid untuk sembahyang maghrib bersama rakan-rakannya sebelum dia pulang ke rumah.
Shahid kelihatan terpinga-pinga melihat rumah mereka yang berselerak. Nia menyuruh mereka makan dahulu. Mereka bertiga makan dengan tanpa banyak bicara. Nia Atirah dan Shafiq masih terlalu terkejut dengan apa yang berlaku petang tadi. Shahid pula dalam keadaan tertanya-tanya dengan apa yang berlaku. Setelah makan, Nia menceduk nasi dan lauk untuk dibawa kepada emak. Emak juga tidak menjamah sebarang makanan sejak semalam lagi. Nia takut dia akan jatuh sakit jika emak terus-terusan begini. Emak tertidur dengan dalam keletihannya, dia tidak bergerak langsung bila Nia cuba mengejutkannya.
Nia meninggalkan makanan yang dibawanya di meja solek dan keluar dari bilik tidur emak. Shafiq sedang duduk seorang di ruang tamu. Shahid sedang mandi di bilik air. Shafiq termenung di kerusi usang yang terletak di ruang tamu. Nampaknya dia sudah membersihkan pecahan-pecahan tembikar yang ayah campak petang tadi dan mengemas ruang tamu itu. Walau bagaimanapun, ruang tamu yang sempit itu itu kelihatan begitu suram. Keceriaan rumah mereka hilang sejak pemergian Ani.
“Shafiq ingat hendak cari kerjalah Kak besok.”
“Kerja apa Shafiq?”
Apa-apalah Kak, asalkan dapat duit. Mungkin minta kerja di pasaraya di pekan nanti. Shafiq kena usaha untuk bantu emak dan keluarga kita.”
Entahlah Shafiq, baguslah kalau Shafiq rasa begitu tetapi masalah kita lebih besar dari itu. Lagipun Shafiqkan masih sekolah. Bukan lama sangat cuti sekolah ni. Masalah yang lain ialah, dalam beberapa hari ini kita kena cari rumah lain. Ayah telah ambil semua duit simpanan emak. Memang Shafiq boleh bantu dengan cari wang. Tetapi kita perlukan wang itu sekarang. Bukan sikit, banyak Shafiq.”
Sebentar kemudian Shahid keluar dari bilik mandi, berseluar track sahaja sambil mengeringkan rambutnya dengan sehelai tuala.
“Hah! Kenapa pulak sampai macam tu, Kak?" Soal Shafiq kehairanan, rupa-rupanya dia tidak berapa mengetahui pergolakan yang berlaku dalam rumah mereka. Shahid juga Nampak ingin tahu apa yang telah berlaku. Tadi, selepas makan Shafiq ada memberitahunya yang apa yang berlaku di antara emak dan ayah.
“Ayah sudah gadaikan tanah kita Shafiq, Shahid, lepas tu dia gunakan duit itu untuk kawin lain. Emak hendak kahwinkan Ani dengan cucu Puan Zainun, dengan duit hantaran yang diterima, emak telah bayar balik tanah kita yang tergadai. Sekarang ini Ani sudah lari dengan Sazali. Kita kena dapatkan duit untuk bayar duit Puan Zainun.”
Shafiq mengeleng-gelengkan kepalanya. Shahid pun Nampak terkejut dengan apa yang ayah sudah lakukan.
“Shafiq akan kerja dan cari duit untuk bayar hutang emak tu. Kakak pun boleh cari kerjakan?”
“Itu memang tujuan kakak, tetapi sekarang ni akak kena uruskan emak dulu. Emak nampak berputus asa betul. Sudahlah ayah mengejutkan dia dengan berita perkahwinannya, duit emak pun ayah ambil.”
“Shafiq menumbuk-numbuk buku limanya ke tapak tangannya. Geram betul wajah Shafiq.
“Kenapa ayah boleh buat kita semua ini macam orang asing. Kita ni anak-anak dia Kak. Kenapa dia sanggup cakap kak Ani dan Shafiq tu bukan anak-anak dia?”
“Apa? Ayah cakap macam? Bila?” soal Shahid.
“Tadi, Shahid. Tetapi Shafiq, Itu helah orang yang hendak mencari alasan. Semua orang yang salah, dia tidak salah langsung. Dia sengaja menuduh emak, supaya dia tidak nampak bersalah.”
“Shafiq tidak akan maafkan ayah atas apa yang dia lakukan pada emak. Sanggup dia tuduh emak yang bukan-bukan. Mentang-mentang dia sudah kawin lain, selama ini dia duduk di rumah senang lenang, makan minum emak yang sediakan. Tiba-tiba bila ada bini baru, emak yang diburuk-burukkan. Shafiq tidak terima penghinaan yang dia berikan kepada emak Kak.”
Shafiq berkata dengan bersungguh-sungguh. Rupa-rupanya , walaupun Shafiq tidak melawan cakap ayah, dia menyimpan dendam atas tuduhan yang ayah lemparkan kepada emak. Nia Atirah juga mempunyai perasaan yang sama.
“Sabarlah Shafiq, lagipun ayah sudah meninggalkan kita dan rumah ini.”
“Tetapi dia tinggalkan dengan mengambil satu-satunya rantai emas emak dan wang keperluan kita. Lelaki jenis apa, ayah ini? Tidak bertanggung jawab langsung!”
“Shafiq, kita marah-marah di sini pun tiada penyelesaiannya. Sudah, kita jangan cakap pasal ayah lagi.”
“Habis apa kita hendak buat sekarang Kak.”
“Tak mengapa, kita boleh ikhtiarkan. Kita sudah besar Shafiq.”
“Macam ni Kak, Shafiq rasa Syafiq hendak berhenti sekolah Kakak.”
“Eh, jangan Fiq, SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Fiq jangan risau Kak akan cari jalan.”
“Tak mengapa, biar Shahid pergi kerja. Shafiq tak payah pergi kerja. Shafiq kena belajar betul-betul. SPM sudah dekat. Biar abang yang kerja.”
“Betul Shafiq.”
“Mungkin elok kalau semester depan Shahid tangguh pengajian dulu Kak. Biar Shahid kerja dulu.”
Eh! Jangan..” Halang Nia.
“Habis tu macamana? Kakak tengok emak kat dalam bilik tu. Emak risau sangat. Shahid tak mau emak jatuh sakit sebab susah hati."
Emak tu risau pasal rumah kita, pasal duit hutang Puan Zainun. Kalau dia minta balik dari tauke gadai tu pun tak cukup duit hendak bayar Puan Zainun, Ayahkan sudah ambil baki duit tu! ” Kata Shafiq, begitu risau sekali wajahnya. Bekas luka di dahinya Nampak merah. Kesihan Nia melihat wajah adik kesayangannya itu. Begitu risau sekali. Sepatutnya dalam usia begini Shafiq hanya fikirkan pasal peperiksaannya, bukan pasal masalah hutang yang ditanggung oleh emak.
"Masalah Ani pun satu lagi. Nasib baik, tidak ada sesiapa yang tahu pasal Ani lari dengan Sazali. Masa Shahid keluar tadi jumpa kawan-kawan dan di masjid pun tak ada sesiapa tanya pasal dia orang. Kalau orang tahu malu kita."
"Akak ingat hendak jumpa keluarga Pak Deris, cakap baik-baik dengan dia orang, suruh pujuk Ani dan Sazali balik. Kalau boleh jangan sesiapa tahau pasal kes Ani lari ni."
“Tak pe..Jangan risau dik. Nanti akak cuba cari jalan.”
“Apa Kak Nia hendak buat?” Tanya Shahid juga.
“Jangan akak buat yang bukan-bukan pulak.” Nasihat Shafiq, risau kalau-kalau Nia Atirah berbuat sesuatu dalam keadaan terdesak.
“Tidaklah dik, Kakak masih waras. Kakak akan cari jalan. Sambil tu cari kerja juga.”
Shahid berjalan masuk ke dalam bilik emak, mahu mejenguk macamana keadaan emak. Tiba-tiba kedengaran suaranya cemas memanggil Nia.
Kak Nia, Kak Nia, mari sini cepat. Tengok emak ni!"
Nia Atirah belari ke bilik emak, berdebar jantungnya mendengar teriakan Shahid.
Emak sedang memegang dadanya dan kelihatan dalam kesakitan yang amat sangat. Dahinya berpeluh-peluh dan nafasnya kelihatan sesak, sukar hendak bernafas.
Nia mendapatkan emak dan memeluknya.
"Shafiq, pergi rumah Mak Cik Siah, minta tolong Mak cik Siah telefon Pak deris dan ambulan."
"Kenapa kak, hendak panggil Pak Deris?"
"Kak tak kira, siapa yang datang dulu, boleh bawa emak pergi hospital. Pergi cepat." Nia takut hendak memberitahu adik-adiknya yang dia syak emak kena serangan jantung. Nia pernah baca di internet simptom-simptom serangan jantung.
Shafiq beredar dengan cepat menuju ke rumah Mak Cik Siah. Manakala Shahid tergamam, terduduk di sudut bilik. Dia kelihatan pucat melihat keadaan emak. Nia Atirah memeluk emak sambil menyuruh emak bertenang dan mengucap. Nia tahu dia kena menenangkan perasaan emak. Kalau emak berhenti bernafas, Nia kena lakukan CPR.
"Ya Allah!" Boleh kah Nia melakukannya. Nia pernah membuat latihan CPR semasa menjadi ahli Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah. Itupun Nia berlatih dengan menggunakan patung, Nia belum pernah lakukan ke atas mangsa yang sebenar. Nia menjadi gementar, tidak tahu apa yang dia perlu lakukan. Nasib baik emak nampaknya masih bernafas, walaupun dia memegang dadanya sambil mengerang kesakitan. Nia menggosok-gosok belakang emak sambil menyuruh emak mengucap berkali-kali. Dalam hatinya Nia berdoa tidak berhenti-henti memohon Allah selamatnya emak kesayangannya itu.
Entah berapa lama, Nia duduk dalam keadaan begitu, Nia pun tidak tahu. Shahid kelihatan menangis perlahan-lahan di sudut bilik. Tiba-tiba Nia rasa Mak Siah memegang tangannya yang sejuk, menyuruh dia melepaskan emak kerana bantuan ambulan sudah tiba. Para penyelamat segera memberi bantuan pernafasan kepada emak dan menyiapkan emak untuk di angkat ke dalam ambulan.
Baru Nia sedarinya keseluruhan badannya menggigil ketakutan, Mak Cik Siah memeluk Nia dengan erat sambil mengurut belakang badannya.
"Nia, Nia...." Nia masih belum boleh berkata-kata. "Shahid pergi ambil air suam sikit untuk Kakak. Dia terkejut ni, pucat lesi mukanya."
"Jangan risau, adik emak adik kena serangan jantung, tetapi bukan serangan kuat. Dia boleh bernafas lagi. Bagus adik telah tenangkan dia sehingga kami sampai." Nia tidak tahu siapa yang bercakap dengan dia, dia masih dalam ketakutan.
Terbayang di matanya, emak yang sedang kesakitan. Nia takut serangan jantung itu membuat emak meninggal dunia. Dia berdoa tidak berhenti-henti sepanjang dia menunggu ambulan tiba. Kini bila dia tahu emak selamat, Nia rasa begitu lega, dia mula menangis perlahan-lahan.
Shafiq naik ke atas ambulan bersama emak. Nia dan Shahid akan menyusul kemudian dengan Pak Deris. Pak Deris telah mempelawakan dirinya untuk menghantar mereka ke hospital malam itu juga. Nia Atirah ada perkara yang dia perlu selesaikan dengan Mak Cik Siah. malam ini juga dia kena selesaikan. Dia sudah tidak ada jalan lain lagi. Mereka sudah hilang kesemuanya. Kalau Nia Atirah kehilangan emak malam ini tadi, Nia Atirah akan menyesal seumur hidup. Nia Atirah mesti membantu emak selesaiakan masalahnya dan membuat emak senang hati. Emak begitu susah hati sehingga mendapat serangan jantung. Nia sudah tekad dengan keputusan yang telah dibuatnya.
"Mak Cik... tentang yang kita bincang tadi petang. Nanti mak cik cakap dengan Puan Zainun. Nia akan ganti tempat Ani."

4 comments:
Alina...sedih n3 kali ni..
Sbg lagi...
best la, tak sabar ni,
cerita yang menarik, pasnih nak datang bog ni lagi la... huuh..:)
jeles btul dengan org yang pandai menulis ni, bagi tips sedikit
Saya membeli sebarang bentuk emas seperti emas 916, gold bar, gold coin. Selain emas kami turut membeli suasa, emas putih, platinum dan khidmat untuk menebus surat pajak.
layari laman web
http:///www.hafizjewel.com
Alina, lamanyer nak ada n3 baru. Boringlaaaa macam ni. cepat2 n3 ye