•1:36 AM
Bab 7
Nia Atirah sedang bersiap-siap untuk pergi ke rumah Puan Zainun, sekejap lagi Encik Nor Zaidi akan menjemputnya ke rumah Puan Zainun. Bukannya jauh sangat rumah Puan Zainun, Nia boleh pergi dengan berjalan kaki. Encik Zaidi ingin menjemputnya dengan kereta, Nia ikut sahaja. Dapat dia naik kereta mewah Encik Zaidi sekali lagi. Bila Nia menyandarkan bandarnya di tempat duduk empok kereta Encik Nor Zaidi, terasa nikmatnya. Dia terfikir bila agaknya baru dia mempunyai wang yang cukup untuk membeli kereta mewah dan besar seperti itu. Agaknya sampai bila-bila pun dia tidak akan mampu.
"Kakak!" Panggil Shahid, mengejutkan Nia dari lamunannya.
"Iye Shahid. Kenapa?" Jawab Nia.
"Kakak hendak pergi mana?"
"Kakak hendak pergi rumah Puan Zainun."
"Oh! Kenapa."
"Ada hal sikit. Pasal duit yang kita ambil tu."
"Kakak tipu, bila Kakak hendak cakap yang sebenarnya. Shahid sudah ada dengar-dengar, Kakak akan kawin dengan cucu Puan Zainun. Betulkan." Shahid minta kepastian.
“Iya, Shahid, Kak Nia akan ganti tempat Ani.” Nia rasa sudah sampai masa dia berterus terang sahaja dengan Shahid dan juga Shafiq.
“Kakak sudah habis fikir ke ni? Kakak tak kenal pun siapa dia cucu Puan Zainun tu? Kakak hendak korbankan diri kakak untuk duit yang emak sudah gunakan tu.”
“Kakak terpaksa Shahid, kalau tidak mana kita hendak duduk selepas ini.”
“Kakak sudah nekad ke ni? Kakak bukan sudah ada kawan lelaki masa di kampus dulu?” Soal Shahid lagi.
“Eh! Mana Shahid tahu?” Dalam kekalutan yang menimpa dirinya Syikin terlupa akan Farid, anak muda yang menyimpan perasaan cinta pada dirinya.
“Shahid selalu ternampak surat kakak, kadang-kala, Kakak cerita dengan Ani, Kakak ingat Shahid tak dengar. Shahid tahu.” Jelas Shahid. Nyata dia juga anak yang bijak, yang mempunyai daya pemerhatian yang kuat.
“Sudahlah Shahid, Kakak kena lakukan semua ini untuk emak dan adik-adik semua.”
“Shahid lupa hendak cakap dengan kakak, Semalam, masa Shahid di hospital, Shafiq ada cakap, emak boleh balik dua tiga hari ini. Tetapi selepas ini kita kena buat pemeriksaan rapi untuk mengetahui, apa masalah jantung yang emak alami. Kalau ada yang tersumbat, emak mungkin kena bedah.”
Nia termenung, pembedahan bermakna mereka perlukan wang lagi. Memang dia tidak ada jalan lain lagi.. Walau apapun yang akan terjadi, dia kena meneruskan juga pernikahannya dengan Zaril Ikhwan.
“Shahid akan pergi jaga emakkan, ganti tempat Shafiq. Kak Nia ni ada urusan dengan Puan Zainun hari ini. Shahid kirim salam akak pada emak. Nanti petang Kak Nia datang. Tolong bagi tahu emak supaya jangan risau. Semua Kak Nia telah bereskan. Lepas ni Kak Nia akan berbincang dengan Pak Deris, suruh pujuk Sazali dan Ani supaya balik ke sini. Ani tak perlu lari, Kak Nia sudah ambil tempat dia.”
“Ani ni pun satu, kalau dia balik Shahid belasah dia cukup-cukup.” Kata Shahid dengan geram sekali.
“jangan cakap macam tu, Kak Nia mahu dia balik. Emak pun mesti hendak dia balik juga. Jangan marah dengan dia lagi. Kalau perlu, kita kawinkan sahaja dia dengan Sazali.”
‘Kecil lagi sudah hendak kawin sangat. Menyusahkan orang sahaja.” Sungut Shahid.
‘Sudahlah Shahid.” Kata Nia lagi.
Belum sempat Nia menyambung lagi, sebuah kereta BMW 5 Series, lalu di hadapan rumah mereka dan berhenti di rumah Mak Cik Siah. Nia melihat jam di tangannya, Tepat pukul 9.30 pagi. Encik Nor Zaidi sudah tiba untuk mengambilnya untuk pergi ke rumah Puan Zainun. Mak CIk Siah pun kelihatan sudah siap, turun ke laman hendak masuk ke perut kereta. Nia segera berjalan kea rah rumah Mak Cik Siah. Dia juga tidak sabar untuk pergi ke rumah Puan Zainun dan bertemu dengan bakal suaminya, Zaril Ikhwan. Dengan ini, harap-harap semua soalannya akan terjawab hari ini juga.
“Selamat pagi, Nia dan Mak Cik.” Tegur Encik Zaidi. “ Mari kita pergi sekarang.” Tanpa berlengah lagi, mereka semua berlepas ke rumah Puan Zainun, sebenarnya yang terletak tidak jauh dari situ.
*****************
Nia belum pernah menjejakkankan kakinya ke rumah Puan Zainun. Dia hanya pernah lalu lalang, menyusuri pagar rumah besar itu. Berpeluang memandang rumah yang tersergam indah itu dari jauh sahaja. Hari ini dia masuk ke rumah itu dan selepas ini rumah ini akan menjadi tempat kediamannya selepas ini, mungkin untuk selama-lamanya Dia akan tinggal di sini bersama suaminya, Zail Ikhwan dan membesarkan anak-anak mereka. Hati Nia rasa berdebar-debar bila melangkah masuk ke dalam rumah besar yang mempunyai cirri-ciri rekabentuk melayu tradisional. Walaupun Nia tidak mempunyai pengetahuan tentang rekabentuk rumah dan seni reka dalaman, Nia tahu rumah Puan Zainun ini mesti mahal, melihat kayu-kayu jati yang menjadi tiang rumah itu, dan reka bentuk dalaman rumah itu juga sangat menarik. Perabut-perabut dalam rumah juga terdiri dari perabut jati yang nyata mahal harganya. Rumah ini bukan rumah orang kampong biasa seperti Nia dan keluarganya. Semua di dalam rumah ini menunjukkan kemewahan dan kekayaan tuan pemiliknya.
“Sila duduk dulu, Nia.” Kata Encik Nor Zaidi.
Mak Cik Siah masuk ke dalam untuk mendapatkan Puan Zainun. Nia duduk di atas kerusi empok yang terletak di ruang tamu.
Puan Zainun keluar dari biliknya, walaupun bibirnya tersenyum, tetapi nampak kerisauannya. Dia mempersilakan mereka semua duduk. Orangnya nampak masih segak walaupun nyata sudah berumur. Nia agak umurnya mesti sudah lebih dari tujuh puluh tahun. Datuk dan nenek Nia juga, jika masih hidup lagi, mesti dalam lingkungan tujuh atau lapan puluhan. Tetapi jika melihat keadaan Puan Zainun, Nia rasa emaknya kelihatan lebih tua. Mungkin kerana dia melalui kehiduapan yang jauh lebih senang berbanding dengan emak.
“Nia, apa kabar?”
“Baik, Puan Zainun.”
“Macamana emak Nia sekarang ni?”
“Insya Allah Puan, dua tiga hari ini dia boleh balik rumah.”
“Bagus tu Nia. Minta-minta bila kenduri nanti, dia akan sihat sikit.”Kata Puan Zainun. Nia agak gelisah bila bercakap mengenai perkahwinannya. Ada perkara yang perlu diselesaikan sebelum Nia boleh bercakap tentang perkahwinannya dengan Zaril.
"Nia pun harap emak cepat sihat Puan Zainun.” Jawab Nia. Wajahnya nampak sedih. Puan Zainun menghampirinya dan memegang tangannya lalu berkata.
“Sabarlah Nia. Banyak, banyak lah doa dengan tuhan, agar emak Nia cepat semboh.”
“Baiklah Puan Zainun.”
“Nia, sekarang ni Nia kena belajar panggil Wan, bukan Puan, puan lagi. Zaril pun panggil Wan.” Tegur Puan Zainun.
“Baik Pua… ahh Wan.”
“Macam tu lah.
"Ok. Puan Zainun. Marilah kita mulakan.”Kata Encik Nor Zaidi, nampak tidak sabar mahu menyelesaikan urusan mereka untuk hari ini.
"Okay, Zaidi. Macam ni. Nia ikut Wan masuk ke dalam. Wan hendak cakap dengan Nia. Siah, tolong suruh Neng buatkan air. Zaidi tunggu dulu di sini. Mari Nia, ikut Wan.”
Puan Zainun nampaknya sudah biasa mengawal keadaan dan mengarah semua orang menurut kehendaknya. Encik Nor Zaidi, peguam yang hebat itu pun hanya menganggukkan kepalanya mendengar arahan Puan Zainun. Nia segera bangun dan mengikut Puan Zainun masuk ke ruang tengah rumah. Mereka kemudiannya menuruni tangga dan turun ke dapur. Dari ruang dapur, mereka menuju ke ruang keluarga yang terletak di bahagian bawah rumah. Ada dua buah bilik yang terletak di bahagian bawah rumah.
“Nia Tunggu sini.” Puan Zainun terus masuk ke dalam bilik tidur yang terletak di sebelah kanan. Nia duduk di kerusi sofa yang terletak di ruang keluarga itu. Terdengar suara Puan Zainun bercakap dengan seseorang dari dalam bilik. Tidak lama kemudian, Puan Zainun keluar dari bilik tidur itu. Di belakangnya seorang lelaki sedang mengikutinya. Puan Zainun menarik tangannya, membawa dia keluar dari bilik itu.
Nia memandang dan memandang wajah lelaki itu. Ini pertama kali dia menatap wajah bakal suaminya, Zaril Ikhwan. Rambutnya panjang, Nampak seperti Puan Zainun masuk tadi lalu menyikat rambutnya, Mukanya berjambang, sudah beberapa hari tidak bercukur. Zaril Ikhwan tidak memandang wajah Nia, Dia asyik memandang ke arah dinding.
“Zaril, Zaril, mari duduk sini.” Puan Zainun menyuruh Zaril Ikhwan duduk disebelahnya, bertentangan dengan Nia.
Orangnya tinggi tetapi kelihatan kurus. Zaril Ikwan hanya memakai baju T berwarna hijau dan selalu jean berwarna biru. Zaril Ikhwan menurut sahaja kata Puan Zainun, duduk disebelahnya, matanya berlari-lari ke arah dinding dan siling dan ke mana-ma a jua kecuali memandang wajah Nia.
“Zaril.” Puan Zainun mengangkat tangan kanannya menunjukkan dua jari telunjuk dan jari hantu ke arah mata Zaril Ikhwan dan kemudian ke arah matanya.
“Ini Nia. Bakal Isteri Zaril, datang jumpa.”
Zaril memberi Nia, sekilas pandang.
“Nia, datang ni.” Kata Puan Zainun lagi. “Cakaplah Nia dengan abang Zaril.”
“Abang….. Ab..” Kelu Nia hendak berkata-kata. Dia masih lagi dalam keadaan tergamam. Nia ingat Zaril Ikhwan sakit fizikal. Dia tidak sangka dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Nia memandang tepat ke wajah Zaril. Wajahnya tidak dapat dengan jelas, di selindung di sebalik jambang dan rambutnya yang panjang.
“Ini Nia, Nia sayang.... Zaril.” Kata Puan Zainun, nampak dia agak risau dengan pertemuan kali pertama antara Nia dan Zaril. Nampaknya dia cuba membuat Zaril rasa selesa, cuba mengambil hati Zaril.
“Sayang.” Kata Zaril, perlahan.
“Bukan, sayang, nama dia Nia.” Puan Zainun cuba membetulkan Zaril, yang nampaknya menerima kata-kata yang disebutnya secara terbalik. Itu masalah yang paling ketara yang dia alami sejak sedar dari koma tempoh hari.
“Sayang!”
"Bukan sayang, ..... Nia." Puan Zainun mencuba lagi.
"Sayang!" Sebut Zaril Ikhwan.
“Nia.” Kata Nia pulak. Zaril memandang tepat mata Nia, tetapi hanya seketika sahaja, dia kemudiannya melarikan pandangan matanya, memandang ke arah dinding semula.
“Sayang!”
“Nia...” kata Puan Zainun dan Nia, hampir serentak.
“Sayang! Sayang! Sayang.!!!!!” Zaril Ikhwan mula menhentak-hentaakkan kakinya di lantai. Dia mula nampak gelisah. Kenapa katanya dibangkang oleh neneknya?
“Oklah..., sayang, iyelah, iyelah... sayang. Zaril akan kawin dengan Nia, tau, minggu depan.” Jelaskan Puan Zainun lagi.
"Sayang!"
"Oh...Wan salah cakap... Kawin dengan Sayang minggu depan." Ulang Puan Zainun.
Baru Zaril Ikhwan puas hati lantas menganggukkan kepalanya, kemudian dia bangun dan masuk ke dalam biliknya semula.
Puan Zainun memandang sahaja Zaril masuk ke biliknya, kemudiannya menghela nafas lega. Selepas itu dia menoleh memandang wajahnya anak gadis yang dihadapannya. Wajah gadis itu kelihatan pucat lesi. Puan Zainun jadi semakin risau. Bagaimana kalau gadis ini juga tidak sanggup untuk mengahwini cucunya? Sudah dua orang gadis lain yang cuba di pasangkan dengan Zaril Ikhwan selain dari Ani, tetapi bila melihat Zaril Ikhwan, mereka menukar fikiran mereka, walaupun Puan Zainun sudah menjanjikan wang dan hartanya.
“Nia… Inilah Zaril Ikhwan, cucu Wan. Bakal suami Nia.”
“Kenapa dengan dia Wan?”
“Nia tak tahu lagi ke?”
“Tak, tak ada sesiapa cakap apa-apa pada Nia.”
“Ani pun tak cakap apa-apa dengan Nia?”
‘Tak.”
“Zaril bukan ni sebelum ni Nia. Dia sihat, segak, aktif. Dia belajar Engineering di UK. Bila balik sini, kerja sat. Lepas tu dia accident di Kuala Lumpur.” Lepas accident dia koma, lama juga. Wan ingat dia dah tak dak harapan lagi. Satu hari dia terjaga. Wan punyalah bersyukur pada tuhan. Tapi macam nilah. Kadang-kadang dia ok. Dia sedar, dia tahu apa yang kita cakap. Kadang-kadang dia jadi lupa.”
Nia terdiam. Patutlah Ani takut untuk menghadapi tanggung jawab ini. Nia juga rasa berat juga untuk dia menaggung tanggungjawab ini.
“Wan mahu cari isteri untuk Zaril Ikhwan, yang sanggup jaga dia sampai dia tua nanti. Kalau ada anak-anak pun yang akan jaga bapa dia nanti.”
“Maafkan Nia Wan, kalau Nia silap bertanya.”
“Apa dia? Tanyalah.”
“Mana emak bapa Abang Zaril? Kenapa Wan sorang yang bersusah payah ni?”
“Itulah…itulah yang Wan suruh Zaidi bawa Nia pi tengok rumah jagaan kat Ipoh tu.” Jawab Puan Zainun, membuat Nia makin keliru.
“Kenapa?”
Kalau Nia hendak tahu, Hanida dan Zahari, emak bapa si Zaril, semua sudah tak tahan hendak jaga Zaril. Dia orang asyik sibuk, hendak ke luar Negara, bisness sana sini. Dia bercadang hendak letak Abang Zaril kat situ. Yang Nia melawat Kat Pasir panjang tu. Kat situ dia orang hendak letak tau? Kat KL sana tak ada siapa hendak jaga Abang Zaril tu.”
Astagafirullah Al Azim.” Mengucap panjang Nia. Tidak dapat dibayangkan jika Zaril Ikhwan menjadi penghuni rumah jagaan itu.
“Itu sebab Wan bawa Zaril balik sini.”
“Kenapa Wan, susah payah, Wan. Wan boleh upah nurse jaga Abang Zarilkan.”
“Itu yang Wan ingat Wan akan lakukan masa Wan bawa balik Zaril disini.” Suara Puan Zainun makin sebak. “Tapi Wan sakit Nia, Nampak sahaja Wan macam ni, sebenarnya Wan sudah mula sakit-sakit. Wan takut, tiba-tiba kalau Wan mati. Macamana dengan nasib Zaril Ikhwan? Itu sebab Wan mesti pastikan Zaril kawin dengan seorang gadis yang baik, yang akan menjaga Zaril, kalau boleh biar Zaril semboh. Gadis yang tak belajar tinggi, yang cukup puas hati dengan hidup bersama suaminya. Tak perlu kejar karier. Itu yang Wan cari, macam Nia ni."
Nia terdiam, mungkin Puan Zainun, ingat dia macam Ani juga, tak habis sekolah menengah. Tetapi Nia tidak membetulkan tanggapan Puan Zainun itu.
"Kalau ditakdirkan Zaril tidak akan semboh pun, Wan harap isterinya akan setia menjaganya, anak-anaknya akan menjaganya. Itu sahaja yang Wan hendak. Sebab itu Wan suruh Zaidi buat perjanjian sebelum kawin sampai macam tu.”
Nia terdiam sambil berfikir. Memang caranya nampak macam Puan Zainun menggunakan wang untuk menguasainya, tetapi apa yang dia lakukan hanyalah kerana kasih sayangnya pada Zaril Ikhwan.
Baru Nia afaham kenapa dia dibawa ke Ipoh tempoh hari. Puan Zainun mahu dia melihat apakah nasib yang akan menimpa Zaril Ikhwan jika dia tidak berjaya mencari seseorang untuk menjaga Zaril Ikhwan. Dengan itu dia akan meraih simpati Nia. Memang betul jangkaan Puan Zainun, Nia tidak sanggup hendak membiarkan Zaril Ikhwan diletakkan di rumah jagaan yang dilawatinya. Dia terbayang-bayang wajah Asrul, wajah Hakim yang semakin hilang kewarasan mereka kerana terpaksa tinggal di rumah jagaan itu.
Walaupun Nia sedar bahawa Puan Zainun dan Encik Nor Zaidi telah menjayakan satu rancangan yang begitu licik, memeras ugut sifat peri kemanusiaannya, Nia terpaksa rela untuk meneruskan juga pernikahan ini. Pertama kerana Nia tahu Puan Zainun lakukan demi untuk kasih sayangnya pada Zaril Ikhwan dan kedua kerana Nia memerlukan wang, wang yang telah mereka ambil terlebih dahulu untuk menebus tanah mereka dan wang untuk mengubati sakit emak. Apa-apa pun emak yang Nia pentingkan buat masa ini. Nia mesti lakukan pengorbanan ini.
“Nia, macamana Nia? Kedengaran sayup-sayup suara Puan Zainun bertanya jawapan pasti dari Nia. Nia sudah jauh melayang lamunannya.
Nia bangun dan berjalan ke arah bilik Zaril Ikhwan, membuka pintu bilik tersebut dan menjenguk ke dalam bilik. Bilik tidur Zaril Ikhwan sangat besar dan perabut di dalamnya juga nampak mewah. Ada sebuah bilik air yang bersambung dengan bilik tidur tersebut. . Peti televisyen sedang terpasang tetapi tidak ada penontonnya. Dalam bilik itu juga terdapat sebuah rak buku yang besar diperbuat dari kayu jati. Buku-buku ilmiah, buku-buku bisnes dan novel-novel inggeris tersusun rapi memenuhi barisan-barisan rak buku tersebut. Sesuatu yang begitu menarik perhatian Nia. Nia suka dengan buku-buku. Kehadiran rak buku menenangkan perasaannya. Nia juga nampak Meja sebelah katil sebelah kanan, dipenuhi dengan botol-botol ubat. Keadaan bilik tidur itu bersih dan berbau harum. Nia teringatkan gadis yang bermain najis apabila bulan mengambang. Nasib baik Zaril Ikhwan bukan berpenyakit macam gadis itu. Kalau tidak, tidak dapat dibayangkan oleh Nia, terpaksa hidup dengan orang macam tu sepanjang hidupnya.
Nia lihat Zaril Ikhwan sedang baring di atas katil bersaiz King dan memandang kosong ke arah dinding. Puan Zainun mengikuti Nia dari belakang. Mereka berdua kemudiannya masuk ke dalam bilik itu bersama-sama.
Menyedari Puan Zainun dan Nia masuk ke dalam bilik, Zaril terus bangun dan duduk di sisi katil. Matanya masih tidak mahu memandang wajah Nia ataupun Puan Zainun. Dia lebih suka memandang dinding atau siling. Apa agaknya yang begitu menarik perhatiannya di dinding tersebut?
Nia memandang ke arah Zaril Ikhwan tetapi dia tidak dapat menarik perhatian Zaril Ikhwan. Apakah akan terjadi apabila dia berkawin dengan Zaril Ikhwan nanti? Bagaimanakah hidup Nia nanti disamping orang yang dia tidak cintai. Bolehkah Zaril Ikhwan semboh suatu hari nanti. Adakah mereka akan mendapat cahaya mata dengan keadaan Zaril Ikhwan yang sebegini. Bolehkah Nia menghabiskan sepanjang hidupnya hanya untuk menjaga Zaril Ikhwan. Macamana dengan keperluaan dirinya sendiri, keperluan zahir dan batinnya? Bukankah Nia juga perlukan kasih sayang? Nia memandang wajah Puan Zainun, yang nyata dalam kegelisahan menanti jawapan dari Nia. Zaril Ikhwan tidak memperdulikan mereka berdua. Nampaknya ia sudah lupa tentang pertemuannya dengan Nia sebentar tadi. Matanya kosong memandang dinding. Macamana hendak hdup bersama suami yang tidak mengenalinya, tidak sedar dengan kehadirannya? Bermacam-macam persoalan bermain di dalam fikiran Nia.
“Ril, jemputlah Nia duduk. Kenapa Ril biar sahaja Nia berdiri macam ni?” tegur Puan Zainun.
“Sayang…. “ Zaril Ikhwan bangun dan mengambil kerusi dan diletakkan di sebelah Nia.
“Bagus, Zaril. Duduklah Nia. Suruh Nia duduk.”
“Sayang! Sayang! Sayang!” Zaril Ikhwan mula naik radang. Kakinya dihentak-hentakkan ke lantai.
“Iyelah, sayang, sayanglah! Suruh sayang duduk.” Kata Puan Zainun.
“Duduk..sayang” Kata Zaril Ikhwan, menepuk kerusi yang diletakkan sebelah Nia, tetapi matanya tidak juga memandang wajah Nia. Nia Nia rasa dia sudah salah tanggapan, dia ingat Zaril Ikhwan tidak cam akan dirinya lagi, tetapi dengan cara dia sendiri, Zaril Ikhwan mengenalinya. Cuma dia tidak dapat sampaikan pengertiannya dengan cara yang orang biasa fahami. Adakah di dalam mindanya Zaril Ikhwan juga sedang bergelut? Mencari jalan agar ada orang dapat memahaminya? Bahagian manakah dalam blueprint otaknya yang rosak akibat kemalangan yang dia alami tempoh yang, yang membuat dia jadi sebegini keadaannya.
Nia dapat rasakan yang Zaril Ikhwan yang sebenar masih ada dalam tubuh lelaki itu, terperangkap. Dia sedang bergelut untuk keluarkan dirinya yang sebenar, tetapi tidak tahu bagaimana? Masihkah ada harapan untuk dia sembuh seperti sediakala? Sanggupkah Nia bersamanya melalui liku-liku hiup ini sementara menanti Zaril Ikhwan semboh. Tiba-tiba rasa seram sejuk menyerang dirinya Nia. Dia jadi takut. Ingin rasanya Nia lari dari situ sekarang juga, lari dari bilik Zaril Ikhwan itu. Lari entah ke mana? Ingin dia mencari Farid, temannya yang dia kenali dan fahami. Yang ingin menyuntingnya sebagai isteri. Nia mahu hidup dalam keadaan normal. Nia jadi takut, begini agaknya ketakutan yang di alami Ani sehingga membuatkan dia lari bersama Sazali. Nia juga ingin lari, tetapi dia tidak ada sesiapa untuk membawa dia lari. Dia juga tidak boleh lari meninggalkan tanggungjawabnya, emak yang sedang sakit, adik-adik yang masih lagi belajar. Nia tidak dapat lari.
Nia menguatkan dirinya yang terasa lemah seketika tadi. Apa pun terjadi Nia perlukan duit untuk mengubati emak. Emak adalah sesuatu yang sangat penting dan tidak ternilai harganya dalam hidup Nia. Nia sanggup buat apa sahaja demi emak. Nia terus mengulangi ayat-ayat itu dalam kepalanya sehingga kedinginan yang dirasainya itu makin lama makin hilang. Dia rasa kuat kembali. Dia boleh lakukannya.
“Baiklah Wan, Wan panggilkan Encik Nor Zaidi ke sini, Wan. Nia akan tanda tangan perjanjian itu dan Nia akan kawin dengan Abang Zaril. Nia akan cuba sedaya upaya Nia menjadi isteri yang baik kepada Abang Zaril.” Puan Zainun akhirnya tersenyum lega mendengar kata-kata Nia.
Sebaik sahaja kata-kata itu keluar dari mulut Nia, terdengar-dengar ditelinganya bunyi, “ Klang!”, tertutup pintu penjara yang akan memenjarakan Nia di dalam rumah serba mewah ini, untuk hidup bersama Zaril Ikhwan yang sedang sakit itu selamanya.

4 comments:
ciannya Nia..apakah yang akan berlaku dalam hidup Nia selepas ni...
nia yg baik & sabar....
kenapa setiap kali nak membaca enovel aku yg kau tinggalkan pasti perasaan sayu akan hadir dlm diri ni hu hu hu .
Menunggu sambungan seterusnya dgn debaran..
betol laaa...mcm xsbr jer nk tau kisah selnjutnya...cpt2