Author: Alina Haizar
•10:15 PM
Bab 2

Nia sedang duduk dikerusi, memerhatikan sekeliling pejabatnya. Ruang pejabat tempat mereka bekerja ini agak kecil, Enrica telah menjadikan rumah yang dia duduk sebagai pejabat mereka. Dalam pejabat mereka terdapat dua bilik terapi, satu untuk Enrica dan satu lagi untuk Nia, sebuah ruang menunggu, pantry dan ruang makan yang kecil dan sebuah lagi bilik yang boleh digunakan jika mereka ingin menambah seorang lagi pelatih. Tetapi sekarang ini bilik tersebut digunakan sebagai stor juga tempat rehat dan juga tempat Nia menunaikan sembahyang.

Hari ini dia mempunyai beberapa tugas yang perlu diselesaikan. Nia sedang mengemaskini rekod-rekod klien mereka sementara menunggu Enrica yang masih belum datang ke pejabat mereka. Terdengar lagu Italy sedang berkumandang, yang datang dari bahagian dapur Enrica, menandakan dia masih lagi berada di rumahnya. Mungkin sedang menikmati sarapan pagi. Enrica menggunakan bahagian belakang bangunan itu sebagai tempat tinggalnya, sebuah fletlet dua bilik yang agak selesa bagi seorang wanita bujang..

Enrica menjalankan beberapa bisness kecil-kecilan, yang utamanya ialah mengendalikan sebuah pusat pendidikan khas. Program pendidikan ini menggunakan teori Pengubahan struktur kognitif yang mengadaptasikan pendekatan oleh Professor Feuerstein untuk pelajar-pelajar yang berada di kedua-dua belah hujung spektrum pembangunan minda dari autisma, down syndrome, kanak-kanak hyper aktif, dan kurang penumpuan sehinggalah yang mempunyai IQ yang terlalu tinggi.

Mereka telah membantu ramai orang yang sudah tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Dengan pengunaakan pendekatan ini ada pelajar mereka yang tidak pernah bercakap, tidak boleh membaca,   mula bercakap, sudah boleh membaca dan juga sudah dapat hidup dalam kalangan masyarakat normal. Ada juga kalangan klien yang bertemu mereka kerana mengalami kerosakan otak akibat kemalangan atau akibat strok.

Nia mula mengenali Enrica semasa dia menghadiri bengkel bagi melatih pengajar-pengajar dalam bidang yang sama. Selepas mengenali Nia dengan lebih rapat semasa mereka menjalani bengkel tersebut. Enrica menawarkan Nia untuk bekerja dengannya. Kini telah hampir 4 tahun berkhidmat bersama Enrica, Nia merasakan satu kepuasan dapat membantu mereka yang bermasalah ini. Dia begitu seronok bila dapat melihat pelajar-pelajar mereka sedikit demi sedikit pulih dari masalah yang mereka alami. Apa pun masalah mereka, jika mereka cuba mencari penyelesaikan insya allah ada harapan untuk pulih. Nia berpegang pada motto yang Profesor Feuerstein sendiri gunakan dalam programnya “Have faith, because there is hope.”

Tetapi bukan semua pelajar yang datang kepada mereka dapat membayar khidmat mereka dengan wang. Tetapi kerana niat mereka yang ikhlas untuk membantu orang sudah putus harapan, mereka teruskan juga usaha muri mereka tersebut. Untuk menampung kekurangan yang ada, Enrica telah mencari jalan untuk mendapatkan duit lebih supaya mereka dapat mendapat wang dalam keadaan ekonomi meruncing sekarang ini. Kerana kemahiran berbahasa yang mereka ada, mereka melakukan kerja-kerja sambilan sebagai juru alih bahasa dan juga penterjemah kepada syarikat-syarikat yang memerlukannya. Enrica boleh berbahasa Italy, Perancis, Inggeris dan juga German. Manakala Nia boleh berbahasa Inggeris, Melayu , Italy dan sekarang ini sedang cuba meningkatkan dirinya untuk mahir dalam bahasa Perancis.

“Boungiorno Nia.” Enrica masuk ke pejabat dengan begitu ceria pada pagi ini. Malangnya Nia tidak rasa ceria seperti Enrica. Apa agaknya yang menyukaikan sangat hati Enrica hari ini. Selalunya dia begitu risaukan tentang perbelanjaan mereka semua.

“Boungiorno Enrica. Come stai. ” jawab Nia, cuba menunjukkan wajah ceria seperti Enrica.

Dalam hatinya tuhan sahaja yang tahu. Semalaman dia tidak dapat tidur lena. Dia berharap kegusaran itu akan pergi hari ini. Zaril ikhwan telah berlalu dari hidupnya, Dia sekadar singgah sebentar dalam hidup Nia, Mungkin sekadar hendak memberitahu Nia bahawa dia sudah menjalani hidupnya tanpa Nia, dia sudah bahagia. Nia tidak perlu mengenangkan nasib Zaril Ikhwan lagi. Nia tidak perlu susah hati memikirkan tentang Zaril Ikhwan lagi. Zaril Ikhwan sudah pergi jauh dari hidupnya, meninggalkan Nia. Dia sudah memulakan hidup baru dan akan berkawin tidak lama lagi. Nia sudah lama Zaril Ikhwan tinggalkan.

“Bene, grazie.” Jawab Enrica. Dia nampak bak-baik sahaja dan ceria sahaja.

Ok. Nia, What is our schedule today.”

“Maurio’s appointment is at 10.30.” Maurio ialah pelajar mereka yang mengalami autism. Sejak kecil lagi Maurio tidak boleh bertutur. Setelah menghadiri kelas dengan Nia selama enam bulan, Maurio sudah mula boleh bercakap.

“Okay. Anyone else.”

“I’m afraid, no for now. I just remembered that Monica has called yesterday to call her daugther’s class today.” Jawab Nia.

Enrica nampak kecewa sedikit. Sejak akhir-akhir ini tidak ramai pesakit mereka yang datang untuk meneruskan terapi. Ini petanda tidak baik bagi bisnes mereka dalam keadaan ekonomi menruncung sekarang ini. Enrica terdiam seketika memandang Nia, dia mula nampak risau. Nia tidak tahu apa yang dia harus katakan untuk menyenangkan kerisauan Enrica. Tiba-tiba telefon berbunyi dan Enrica segera menjawapnya.

“Pronto. Si si…Enrica.” Nia keluar dari bilik pejabat dan masuk ke dalam pantri untuk membuat kopi untuk mereka berdua. Mungkin setelah minum kopi pagi ini mereka akan lebih bersedia menghadapi dugaan yang .mendatangkan.
Nia mengeluh sendirian. Hidup mencari rezeki di negara orang bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin nampak begitu menyeronokkan dapat tinggal di sini tetapi kenyataanya pahit. Tepat sekali pepatah melayu ada yang berbunyi “Hujan Emas di Negera orang, Hujan perak di negera sendiri, Lebih baik di Negara sendiri. Kalau di beri pilihan Nia ingin balik ke negaranya sendiri. Barangan di sini agak mahal harganya. Cukai pendapatan di Negara Italy pulak adalah yang paling tinggi di kalangan Negara-negara Eropah yang lain. Kos penggunaan tenaga juga agak tinggi kerana di sini mereka terpaksa mengharungi keadaan sejuk semasa musim luruh dan dingin.

Kadang-kala Nia merindui keadaan di Malaysia yang nyaman, tidak perlu risau akan kedatangan musim sejuk. Sepanjang tahun, panas dan hujan menimpa bumi, tanah air tercinta. Tidak perlu mendapatkan pakaian baru setiap kali musim bertukar. Kadang-kala Nia rasa dia sepatutnya pulang sahaja ke Malaysia. Sampai bila dia harus hidup sendirian begini. Nia juga ingin ditemani saudara mara dan adik beradiknya. Tetapi dia belum bersedia untuk pulang. Satu hari keadaan akan memaksa juga dia pulang. Ada keutamaan lain yang dia kena dahulukan dari keutamaan dirinya sendiri. Tetapi hari itu bukan masa kini. Satu hari nanti. Nia akan kumpulkan semua kekuatannya yang ada pada dirinya dan dia akan pulang juga ke Malaysia. Dia sudah mula mengumpulkan kekuatan itu sejak semalam. Semalam sudah rasmi dia tidak perlu mengenangkan Zaril Ikhwan lagi. Zaril Ikhwan secara rasminya sudah tiada lagi dalam hidupnya. Nia tidak perlu lari lagi. Zaril Ikhwan sudah lama meninggalkan Nia dan melupakan Nia. Kini Nia harus berbuat yang sama juga. Lupakan Zaril ikhwan.

“Nia, Nia.” Tiba-tiba Enrica memanggil namanya berkali. Nia bergegas ke hadapan pejabatnya sambil membawa dua cawan kopi.

“What happen?”

“I told you. We might get the next job.” Teriak Enrica gembira.

“What! What Happen?” Tanya Nia, agak terpinga-pinga melihat perubahan mood Enrica. Tadi dia agak murung, sekaranag dia begitu gembira.

“They want you to accompany them to their next visit. Infact they want you to accompany them to Milan and also Naples.”

“What?”

“Isn’t it great? This is a lot of money Nia. At least until end of this month, we can survive. We can give Angelo free class if we want.” Kata Enrica, begitu gembira sekali.

Angelo ialah salah seorang dari pelajar mereka, ibu bapanya yang mempunyai masalah kewangan dan mendapati sukar untuk menghantar Angelo menghadiri kelas. Enrica dan Nia kesal kerana tidak dapat menolong Angelo kerana dia seorang kanak-kanak yang mempunyai IQ yang tinggi. Angelo sangat bijak tetapi mengalami masalah untuk bertutur dan menyesuaikan dirinya dengan pelajar lain di kelasnya. Guru dan rakan-rakan sekelas tidak memahami masalah Angelo dan oleh yang demikian Angelo selalu di buli dan ditertawakan oleh rakan-rakaknya. Ini membuat Angelo memberontak dan sering menimbulkan kekacauan dalam kelas. Semua orang tidak memahami apa yang sedang dia fikirkan. Gurunya sudah beberapa kali mengugut untuk membuang Angelo dari sekolah. Setelah beberapa kali menghadiri kelas dengan Enrica dan Nia, Angelo sudah boleh meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Kini sedikit sebanyak dia sudah boleh bergaul dengan rakan sekelasnya. Kalau Angelo dapat menjalani beberapa kelas lagi dengan mereka, tentu keadaan Angelo akan menjadi bertambah baik dan boleh hidup sebagai kanak-kanak normal yang lain. Nia rasa gembira jika mereka dapat menolong Angelo. Tetapi jika ini bermakna dia kena berhadapan dengan Zaril Ikhwan lagi, Nia rasa agak keberatan. Enrica dilihatnya begitu teruja dengan kerja yang mereka baru dapat itu. Dia tidak perasaan wajah Nia yang berubah menjadi pucat lesi.

Nia terasa macam darah dari badannya surut turun ke kaki. Sejuk terasa seluruh tubuh Nia. Nia ingat dia sudah terlepas dari terpaksa menghadapi Zaril Ikhwan lagi. Tetapi sangkaannya salah. Mereka telah meminta khidmatnya lagi. Nia sebenarnya tidak sanggup melakukan tugas itu tetapi Enrica memerlukan dia. Syarikat mereka yang kecil ini memerlukan wang untuk menentukan kemandirian business mereka di sini. Tidak sanggup Nia mengatakan tidak kepada Enrica.

“Tomorrow, you will accompany them to Turin, the next day to Serravalle. On Monday you will accompany them to Milan for three days and them on Wednesday you will go to Naples until Monday, when they will come back here to Turin, They are going to have some discussion with Dr. Campolucci and then they will go to France. We can say good bye to them.”

“ I don’t know Enrica. I don’t think I can be away that long. Maybe the trip to Naples, I don’t have to go. Why not you go instead of me.”

“There are two reasons. First! They specifically asked for you and second, I have to go and meet up with Don’s parent next weekend Nia. You know how important this meeting is for me. I am sure you can make other arrangment. You have done this before, when the delegation fom Brunei came for a visit last year. Why not do the same thing. We need the job, Nia. Please Nia, say yes! Please say you will do it.””

“Can’t you differ the meeting?”

“No. Please Nia, Please Nia.” Rayu Enrica. I don’t want to tell you this and make you worry more but we really need this job.”

Nia mengeluh, dia memang boleh aturkan supaya dia boleh meenjalankan tugas itu termasuklah semasa cuti hujung minggu tetapi dia tidak mahu jalankan tugas itu. Itu sahaja. tetapi macamana dia hendak kecewakan Enrica. Enrica bukan sahaja majikannya tetapi rakan baiknya yang telah banyak membantunya ketika susah terutama masa mula-mula Nia datang ke Turin lebih kurang empat tahun yang lalu. Sekarang Enrica memerlukan tugasan ini supaya mereka boleh mendapat wang untuk Syraikat mereka. Nia tidak boleh menhampakan Enrica.

“Okay, Enrica… You owe me for this.”

“Okay, wonderful. I love you.” Kata Enrica sambil memegang bahu Nia. Dia nampak begitu gembira. Nampaknya kali ini Don, teman lelakinya yang terbaru, begitu penting kepadanya. Perhubungan mereka makin serious kerana Enrica akan dibawa bertemu dengan kedua ibu bapa Don. Budaya orang Italy masih mengekalkan intitusi kekeluargaan yang kukuh dan Ibu bapa masih lagi menjadi elemen penting dalam keluarga mereka.

Nia mengeluh lagi, dia memang boleh jalankan tugas itu, masalahnya dia tidak mahu jalankan tugas itu. Tetapi Enrica memerlukan khidmatnya kali ini.

"Okay Enrica, I will do it. I will make arrangement with Hager as soon as possible." Nia tahu Hager boleh membantunya. Hager tidak kisah kalau dia kena kerja lebih masa pada hujung minggu nanti.

"Thanks Nia. I know I can depend on you." Enrica menghampirinya lalu memeluk dan mencium pipinya.

"Wow, the meeting with Don's parent must be very important then?" Nia menyerkap jarang terhadap Enrica yang nampaknya begitu lega bila Nia sanggup menjalankan tugas yang dia minta olehnya.

"Nia, You know I felt about Don. I want to make a really good impressions with Don's parent. I am so anxious, you know. And that weekend is when they are coming for a visit. before they are going back to Palermo." Enrica bersungguh-sungguh menerangkan tentang kesulitannya.

"Okay, okay I understand. Don't worry I got it cover for you, dear." Kata Nia.

"Thank you Nia, Here is the proposed schedule. Please call Nizam, he will confirm with you on where and when you can meet up with them.

"Where are they going this tomorrow.”

"Tomorrow is a weekend. They are free from any official duties. So the men are going for golf. What else? You know surrounding Turin and Piedmont, they are famous for the exclusive golf course. I am sure they don't want to miss a chance to play and the women want to visit Turin, Serravalle and also later next week to Porto Fino. That is why they want you to accompany them. They want to do a lot of shopping.”

“Oh!...” kata Nia. Lega sikit hati Nia. Ini bermakna dia tidak perlu bersua muka dengan Zaril Ikhwan. Mereka akan pergi bermain golf. Tugasnya besok hanya menemani pelawat-pelawat perempuan membeli belah dan melawat Bandar Turin dan Serravalle.

“The Research Centre has make quite an arrangement for them. I think the will go up to Milky way, you know where the the last winter Olimpics was held. It will quite an experience for them. I am sure they wouldn’t want to miss it.

Nia menganggukkan kepalanya. Itu satu cabaran yang tidak akan dilepaskan oleh peminat-peminat golf, untuk bermain di Milky Way.

"Okay, I willjust handle the ladies. How about Porto Fino? That is quite far from here. When do they want to do that.?"

"Maybe the next weekend after they visit to Naples."

Okay, I get it. I will call them."

"I have given your number to them I am sure they will call you to make arrangement with you."

"Okay." Jawab Nia, walaupun nampak macam dia tenang sahaja tetapi di dalam hatinya tuhan sahaja yang tahu.
‘Terima Kasih Nia.” Kata Enrica.

Sebagai seorang yang berkebolehan multilingual, Enrica sudah boleh bertutur beberapa patah perkataan Bahasa Malaysia sejak Nia bekerja dengannya selama ini. Enrica mempunyai ijazah sebagai guru Bahasa Inggeris dan seterusnya menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana dalam bidang psikologi. Manakala Nia pula memegang ijazah penddikan dalam Bahsa Inggeris. Semasa belajar di Univerisiti Utara Malaysia dulu, Nia ingat dia akan menjadi seorang guru Bahasa Inggeris di kampungnya di Tambun Tulang. Dari dulu lagi Nia ingin membantu meningkatkan taraf penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar sekolah di kampungnya. Tetapi rupa-rupanya nampaknya bukan itu yang ditakdirkan untuknya. Dia ditakdirkan bersama Enrica berada di Turin untuk membantu pelajar-pelajar yang istimewa dengan cara mereka sendiri.

“Nia, you are going to work this weekend, right through out Saturday and Sunday. Why don’t you take half day off today after you finish your session with Maurio.”

“What if there is any other student walks in for sessions.”

“It’s okay. I will handle this. Nia. You go for a time off. .” Seru Enrica lagi.

If that’s the case. I will go after I finish with Maurio.

**********************************************
Memandangkan dia dapat cuti separuh hari, Nia mengambil kesempatan ini untuk membeli sedikit barang-barang keperluan harian, susu, makanan kering seperti biskut dan buah-buahan. Selalunya Brother Fouzi akan membawa Hajer dan Nia untuk membeli belah setiap dua minggu sekali di pasar basah dengan traknya, untuk membeli barangan halal seperti daging dan ayam dan juga barangan runcit seperti beras, tepung, bijiri dan lain-lain lagi. Dengan ini Nia tidak perlu mengangkat barang-barang yang berat setiap kali dia memebeli belah. Brother Fouzi dan pembantunya akan menolong mengangkut barang-barang tersebut hingga ke apartment Nia yang terletak di tingkat atas itu.

Apabila Nia tiba di apartment Hajer, Nia dapati ianya berkunci. Selalunya pada waktu begini Hajer akan berada di rumahnya. Nia berharap agar dapat berbual dengan Hajer sambil Hajer menghidangkan kopi expresso kepadanya. Dia rasakan dia memerlukan seorang kawan yang dapat mendengar rintihan hatinya ketika itu. Nia segera menelefon Hajer untuk mengetahui Hajer berada di mana? Menurut brother Fouzi membawanya melawat salah seorang rakan senegara mereka yang selamat melahirkan anak sakit di rumahnya yang terletak di Moncalieri. Seperti brother Fouzi, rakannya juga membuka perniagaan kebab di Moncalieri. Komuniti muslim di Italy makin bertambah sekarang ini dan bilangannya di Turin sahaja hampir mencecah 40,000. Oleh yang demikian Permintaan untuk makanan halal kian bertambah di sini. Malahan gerai-gerai menjual daging halal kian bertambah sejak akhir-akhir ini.

Keadaan kawan Hajer yang sudah bersalin di Moncalieri tidak berapa baik. Dia terpaksa di menjalani pembedahan ceasarian di hospital. Bayinya masih ditahan di hospital.  Oleh yang demikian Brother Fouzi dan Hajer cuba sedaya mungkin  untuk membantu meringankan bebanan rakan mereka di sana. Mereka akan balik malam nanti. Nia merasa hampa. Dia ingin berteman ketika itu. Tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Ada orang yang lebih memerlukan pertolongan Hajer pada masa ini. Nia menaiki tangga apartmentnya dengan lemah longlai. Tidak sanggup rasanya dia duduk keseorangan di apartmentnya. Nia rasa begitu kesunyian. Tanpa Enrica dan Hajer, tidak ada sesiapa yang tahu dan perduli tentang kewujudannya di sini.

Nia masuk ke dalam apartmentnya. Nampaknya sebelum Hajer bertolak ke Moncalieri, Hajer telah sempat mengemas apartmentnya. Nia bersyukur mendapat teman seperti Hajer, begitu rajin dan sering menjadi teman yang membantu dia dalam kesulitan. Senang rasa hati Nia melihat keadaan apartmentnya yang bersih, segar dan kemas sekali. Nia menghenyakkan tubuhnya di sofa yang terletak diruang tamunya yang sempit itu, menghilangkan kepenatannya. Tanganya mengambil remote control lantas menekan butang televisyen. Dia cuba hendak menonton  seketika tetapi tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya. Nia, kemudiannya masuk ke dalam biliknya, dia teringat yang dia masih belum menunaikan sembahyang zuhur. Dia terus mengambil wuduk lalu dengan segera bersembahyang.

Selepas sembahyang, Nia kembali ke ruang tamu dan duduk untuk cuba menonton televisyen semula. Dia berharap dengan berbuat demikian,  kesunyiannya hilang seketika. Nia juga belum makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Tetapi dia tidak berselera untuk makan.  Dia tidak merasa lapar.   Dalam keadaan bersendirian sekarang ini, dia rasa malas untuk menyediakan apa-apa makanan untuk dirinya.

Sebenarnya Nia tahu dia tidak mahu bersendirian kerana tidak mahu mengenangkan Zaril Ikhwan. Beberapa kali kenangan itu datang menjenguk jendela mindanya, tetapi Nia mengelak dengan menyibukkan dirinya. Tetapi kali ini dia rasa sudah tidak dapat mengelak lagi. Nia kena menghadapi kenyataan, mungkin dengan mengingat semula apa yang berlaku akan membuat dia kuat untuk membuangkan kisah sedihnya itu dan maju ke hadapan. Meninggalkan semua kenangan yang menyedihkan itu buat selama-lamanya. Masanya sudah tiba untuk dia memulakan hidup tanpa kenangan pahitnya itu.

Kenangan Nia mengimbau ke kampungnya yang terletak dia Utara tanah airnya yang tercinta.Wajah arwah emak, ayah, adik-adik yang tersayang jelas bermain di fikirannya. Walaupun Nia telah menolak dari mengenang tentang apa yang berlaku ke atas dirinya dan jugaa peristiwa itu telah berlalu lebih 5 tahun yang lalu. tetapi Nia dapati peristiwa itu masih jelas dalam ingatannya seperti baru semalam terjadi.

This entry was posted on 10:15 PM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On August 30, 2010 at 7:55 AM , Arisa Aizawa said...

apasal dah tak boleh baca novel ni sampai bab 5 saja yg boleh buka,

 
On October 6, 2010 at 10:43 AM , Anonymous said...

jalan crita menarik tp apasal kebanyakkan english aku xpaham? penulis tulis english sesuka hati @ aku yg bodo?erm...