•8:13 PM
Bab 1
Nia menggigil kesejukan sambil menyarungkan jaketnya. Walaupun sekarang ini masih lagi bulan Oktober tetapi suhu sekitar telah turun dengan begitu mendadak sekali membuatkan musim luruh kali ini terasa begitu dingin sekali. Ini belum lagi masuk musin sejuk. Entah-entah mungkin berganda-ganda lagi kedinginan yang akan melanda mereka bila tiba bulan Disember dan January nanti. Nia mengeluh sambil memandang sekeliling apartmentnya yang kecil itu, mesti kos tenaga untuk mengekalkan tempat tinggal mereka supaya cukup panas akan melambung naik. Sekarang ini pun dia ada masalah untuk melangsaikan semua bil-bil hariannya.
Nia keluar dari apartment dan menuruni tangga sempit yang diterangi oleh lampu yang malap. Nia tinggal di tingkat yang paling atas. Lagi tinggi, lagi lebih murah sewanya. Sampai tingkat dua, Nia terus menuju ke apartment yang di sebelah kiri tangga, di mana jirannya, Hajer tinggal. Nia kemudiannya mengetuk pintu apartment Hajer. Hajer, wanita berbangsa Tunisia tinggal ditingkat dua bersama suaminya Brother Faouzi dan anak bungso mereka yang belum mencecah 1 tahun umurnya, Alesya. Mereka sudah lama tinggal di Turin. Brother Fouzi menjalankan bisness makanan selang dua blok dari blok apartment mereka.
“Assalamualaikum, Hajer.”
“Wailaikum mussalam.” Kedengaran Hajer menjawap salam Nia, sambil dia membuka pintu apartmentnya.
“Buongornio. Nia”
“Buongiornio, Hajer.”
Hajer tersenyum gembira, menjawap ucapan selamat pagi dari Nia, lantas dia mengambil bebanan yang didukung Nia.”
“Ciou, Hajer, this is my key. Nia menghulurkan kunci rumahnya. Hajer juga mencuci rumah Nia dua kali seminggu. Nasib baik ada Hajer. Upah yang Hajer ambil murah berbanding dengan servis yang disediakan di tempatnya. Nia cuma membayar Hajer 70 Euro seminggu.
“Wow Nia. You look so fashionable today. So beautiful and smart.”
“You think so? Thank You Hajer. I have an important assignment today.”
“Si, Si…Ciou.”
“Ciou a dopo…. Assalamulaikum.”
Pagi ini Nia berpakaian kemas dan bergaya, Enrica, majikannya telah berpesan bersungguh-sungguh dengan Nia agar menunjukkan penampilan yang professional untuk tugasan pada hari ini. Nia akan bertugas menjadi juru bahasa kepada sekumpulan delegasi pelawat dari Malaysia.
“If you put up a good impression today, they might want you to be their interpreter for the rest of the their trip in Italy. That means good money for us, capire?”
Nia menganggukkan kepalanya tanda faham, dia sedar sejak akhir-akhir ini mereka kurang mendapat tempahan untuk khidmat juru aleh bahasa. Ini menjadikan pendapatan sampingan Enrica dan Nia menjadi kurang. Bila dia ada tugas sebagai juru aleh bahasa, baru Nia akan dapat lebih elaun. Bolehlah Nia membeli barang-barang lain selain dari barang-barang keperluan harian jika mendapat elaun lebih. Kalau tidak, dia kena berjimat cermat dan berbelanja hanya untuk barangan yang perlu sahaja. Dia faham, keadaan dengan masalah ekonomi yang melanda dunia sekarang membuatkan peluang kerja bagi mereka semakin kurang. Oleh yang demikian apa juga peluang kerja yang ada, mesti direbut sepenuhnya. Enrica berharap pelawat dari Malaysia itu akan menggunakan khidmat mereka sepanjang lawatan mereka di Italy dan bukan cuma hari ini sahaja.
“It is important that you look fashionable and professional, so that people have confident in you. Anyway we are in Italy, and Italians are fashionable people.” Seru Enrica bersungguh-sungguh. Memang Nia telah perhatikan kebanyakan orang Italy, tidak kira taraf pendapatan mereka, mesti bergaya bila berpakaian.
Mula-mula dulu, Nia agak kekok berpakaian dengan stail dan gaya seperti sekarang ini.. Dia, Nia Atirah, berasal dari Kampong Tambun Tulang, Perlis yang tidak pernah mendengar nama-nama pereka seperti Valentino, Versace, Armani, Salvatore Faraggamo, Gucci dan lain-lain lagi. Kini dia memakai pakaian rekaan mereka. Tidak termimpi yang dia akan berada di sini ketika ini dan bekerja di Bandar Turin dengan berpakaian penuh bergaya seperti sekarang ini. Arwah emak dan Ani pun mungkin tidak percaya yang Nia sudah pandai bergaya dan mungkin tidak mengenalinya lagi jika mereka bertemu dengannya lagi.
Nia memeriksa solekan di mukanya buat kali terakhir sebelum dia keluar dari bangunan apartment penginapannya. Hari ini dia juga mengenakan solekannya dengan begitu rapi sekali. Bila disolek, wajah nampak kelihatan licin dan segar, matanya pula kelihatan lebih besar dari biasa dan bibirnya nampak mungil dan menawan sekali. Semuanya hasil dari didikan dan tunjuk ajar Enrica. Setelah hampir empat tahun tinggal di Negara eropah ini, warna kulitnya Nia juga telah menjadi lebih cerah. Bukan seperti semasa dia bekerja di kebun emak di Tambun Tulang, gelap kulitnya di bakar cahaya matahari bahagian Utara tanah Air yang memang dikenali dengan panas teriknya. Setelah berpuas hati menilik penampilan dirinya, Nia menolak pintu bangunan apartmentnya itu. Ada dua lapis pintu yang terdapat di bangunan itu untuk mengelakkan kehilangan haba dari bangunan itu terutaa dalam keadaan yang makin sejuk sekarang ini.
Nia meneruskan perjalanannya, di luar bangunan, kedinginan menerpa tubuh Nia, terasa kesegaran pagi itu. Keadaan Bandar Turin nampak begitu indah sekali. Matahari baru menunjukkan sinarnya, dicelah-celah daun maple berwarna perang yang penuh ditanam disekitar Bandar Turin.
“Boungiorno, Nia.” Penjual bistro menyapa Nia.
“Boungiorno, Felipe.”
“No Caffe?”
“No, grazie. Devo andare. Ciou.”Nia menolak pelawaan Felipe untuk minum kopi dan meminta diri dari Felipe. Dia kena cepat ke pejabat pada hari ini.
Nia mempercepatkan langkahnya menuju ke tempat hentian tram. Di situ beberapa orang sedang menunggu tram untuk ke tempat kerja, mereka semuanya berpakaian seperti Nia, bergaya dengan fesyen terkini.
Apabila ternampak Nia, semua mereka mengucapkan selamat pagi kepada Nia.
“Boungiorno.” Satu-satu perkara yang memikat Nia tentang orang Italy ialah keramahan mereka menegur dan menyapa sesiapa juga yang mereka temui walaupun dengan bangsa asing sepertinya.
Tidak lama kemudian tram tiba, tepat pada masanya dan Nia segera menaikkinya. Tram itu akan membawanya ke pejabat di mana dari sana Enrica akan membawanya ke Orbassano. Delegasi lawatan dari Malaysia akan mengadakan lawatan di salah sebuah makmal penyelidikan yang terkemuka di situ. Di Wilayah Piedmont sebenarnya terdapat hampir 200 pusat penyelidikan awam dan swasta yang mengkhusus dalam teknologi automobile, informasi dan komunikasi, tidak kurang juga terdapat sektor-sektor lain seperti bio dan nanoteknologi yang menawarkan satu rangkaian penyelidik dengan skil dan kemudahan penyelidikan berkualiti tinggi.
Enrica dan Nia akan menjadi juru aleh bahasa kepada delegasi itu untuk memahami proses-proses didalam makmal dan juga menterjemahkan dokumen-dokumen yang kebanyakannya dalam bahasa Italy kepada para delegasi jika di minta nanti. Selalunya hanya seorang jurubahasa yang digunakan, sama ada Enrica atau Nia yang bertugas. Tetapi kali ini delegasi meminta khidmat dua jurubahasa kerana kumpulan mereka besar dan juga apabila mendengar Syarikat Enrica ada juga jurubahsa yang boleh bertutur dalam bahasa Malaysia.
“They brought some families and spouses which will not understand much technical English terms. So they want your service.”
“Ok, this is good for our business.” Jawab Nia dengan riang. Tugasan bererti dia akan dapat lebih elaun. Waktu-waktu begini, dia memang memerlukan lebih wang untuk menampung hidup mereka di Bandar Turin yang penuh sejarah ini.
*********************************************************
Maxximo sudah menanti Enrica dan Nia di lobby Pusat Penyelidikan itu sejak awal-awal tadi. Dia seorang penyelidik muda yang perkenalkan Enrica kepada ketuanya sejak dua tahun yang lalu. Semenjak itu Pusat penyelidikan ini selalu menggunakan khidmat Enrica jika mereka memerlukan seorang juru aleh bahasa.
Pusat penyeldikan ii adalah salah satu dari Pusat Penyelidikan yang begitu aktif dalam reka cipta teknologi-teknologi tinggi. Pada tahun lepas sahaja, tenaga kerja professional lebih yang sangat terlatih, pusat ini telah berjaya mempatenkan lebih kurang reka cipta baru. Pusat Penyelidikan ini telah mendapat lebi dari 50 kontrak projek penyelidikan dalam Program Rangka Kerja Ketujuh Eropah, mengesahkan Pusat Penyelidikan ini sebagai penyumbang terbesar dalam bidang penyeldikan di Eropah. Pusat ini juga telah mempunyai MOU dan kerjasama dalam bidang penyelidikan hampir 1000 pusat-pusat penyelidikan lain di seluruh dunia.
Oleh yang demikian Pusat penyelidikan ini menerima banyak lawatan dari berbagai syarikat dan agensi dari seluruh dunia, yang ingin mempelajari teknik-teknik penyelidikan dan juga ingin mendapat khidmat perundingan dari pakar-pakar penyelidik Pusat ini, bagi mereka mendirikan pusat penyelidikan yang sama di Negara masing-masing. Oleh yang demikian, mereka rasa perlu ada juru aleh bahasa yang boleh menyampaikan maklumat yang jelas bagi meyakinkan para pelawat tentang kepakaran mereka. Ini merupakan satu pelaburan kecil bagi pihak Pusat Penyelidikan, yang akan mengdatangkan hasil yang lumayan kepada mereka juga jika mereka mendapat kontrak perkhidmatan perundingan.
Maximo jelas nampak gembira dengan kehadiran Nia hari ini. Mereka dalam lingkungan umur yang lebih kurang sama, Maximo dua tahun lebih muda dari Nia. Dengan itu mudah mereka menjadi kawan baik. Wajahnya pagi ini begitu berseri. Dia juga nampaknya sangat bergaya pagi ini. Maximo, seorang pemuda Italy yang sangat kacak, lebih kacak dari lelaki Italy biasa, malahan lebih tinggi dari kebanyakan lelaki Italy biasa. Purata saiz dan ketinggian lelaki Itali lebih kurang sama dengan saiz dan ketinggian lelaki Malaysia. Maximo berambut perang dan mempunyai sepasang mata berwarna biru yang sangat-sangat menawan. Hari ini dia juga berpakaian berjenama, dari rekaan Versace, khas untuk menyambut pelawat penting dari Malaysia. .
Maxximo kemudiannya membawa Nia dan Enrica terus ke dalam bilik persidangan, untuk menanti kedatangan para pelawat dari Malaysia. Delegasi lawatan ini terdiri dari seorang pegawai tertinggi kerajaan dan kakitangan penting kerajaan, beberapa orang ketua pegawai eksekutif syarikat swasta serta kakitangan mereka. Ada juga antara delegasi yang membawa pasangan dan ahli keluarga mereka menyertai rombongan ini. Nia memerhatikan dengan perasaan begitu teruja akan kumpulan delegasi yang memasuki ruang bilik persidangan. Mereka kemudiannya di sekeliling meja yang terdapat di bilik itu. Dia rasa begitu bertenaga dan bersemangat untuk memulakan tugasnya hari ini. Seperti Enrica, dia juga sangat berharap akan dapat lebih banyak tugas seperti ini supaya mereka dapat lebih elaun.
Ada lebih kurang duapuluh orang pelawat yang datang dalam sessi lawatan ini, tiga belas orang lelaki dan tujuh orang perempuan semuanya. Mereka nampak begitu seronok berada di situ dan kelihatan tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan sessi lawatan ini. Mereka bercakap-cakap sesama sendiri dalam Bahasa Melayu. Sudah lama juga Nia tidak mendengar Bahasa Ibundanya di tutur orang di sini.. Tersirap rasa rindu kepada kampong halamannya. Terkenang wajah arwah emak kesayangannnya. Cepat-cepat Nia padamkan rindu itu. Dia di sini kerana bertugas, bukan masanya untuk dia melayan perasaan sentimentalnya terhadap kampong halaman, arwah emak dan adik-adik.
“Okay, Datuk, Datin dan semua pengurus Besar dan yang lain-lain. Sila duduk semua orang. Sekejap lagi kita akan mulakan sessi pengenalan dan sedikit taklimat akan diberikan oleh wakil dari pusat Penyelidikan ini, Dr. Compolucci.” Tiba-tiba kedengaran satu suara yang mengarahkan semua orang supaya mengambil tempat duduk masing-masing.
Nia tergamam apabila mendengar suara itu. tetapi dia tidak nampak lagi siapa yang bersuara itu tadi tetapi dia seperti pernah mendengar suara itu. Dia tercari-cari siapa empunya suara yang dalam itu. Jantungnya tiba-tiba sahaja menjadi berdebar-debar.
Tidak lama kemudian Nia tahu juga siapa tuan empunya suara bila lelaki itu berkata-kata lagi.
“Datuk, silakan duduk.” Seluruh darah yang mengalir dalam badan Nia dirasakan turun ke kakinya, tubuh Nia terus menjadi sejuk.
Nia rasa dia mengenali suara itu. Pada mulanya Nia tidak cam wajahnya tetapi dia kenal sangat dengan suara itu. Dia memandang betul-betul lelaki itu yang empunya suara itu, tinggi lampai orangnya dan segak sungguh orangnya. Wajahnya wajahnya begitu kacak, berkulit cerah, hidungnya mancung bak seludang. Matanya besar dan dalam dan berdahi lebar. Nia rasa hendak pitam di situ juga kerana terlalu terkejut. Dia segera meneguk air dari botol mineral yang sememang disediakan oleh pihak tuan rumah. Mungkin dia tersalah orang agaknya. Mungkin suaranya sahaja yang sama.
“First of all let me introduce myself, My name is Zaril Ikhwan Zahari. I am the Head of the engineering Division of our Research Centre Protem Team. The rest is the members of our team, Datuk Mohamad and his wife Datin Arni, Datuk William, Encik Wahab, Encik Anthony dan Datuk Jalil………..”
Nia sudah tidak dengar kata-kata Zaril Ikhwan selanjutnya. Hanya nama Zaril Ikhwan yang terngiang-ngiang di telinganya. Tidak Nia sangka yang dia akan bertemu dengan lelaki itu di sini. Ketika dan saat itu Nia hanya dapat berkata dalam hatinya.
“Alangkah bagusnya jika aku tidak berada di situ pada hari ini.”
Nia mula menyesali kehadirannya di situ. Dia rasa dia tidak boleh teruskan tugasan ini. Tetapi dia kena teruskan juga kerana Enrica sangat mengharapkan wang dari tugasan ini. Lagipun jika Nia buat pasal pada hari ini, pihak Pudat Penyelidikan ini tentunya tidak akan mengambil khidmat Syarikat Enrica selepas ini. Nia tidak boleh menyusahkan Enrica. Nia memandang Enrica yang duduk di sebelahnya. Enrica kelihatan begitu teruja dan bersedia untuk menjalankan tugasnya.
Zaril Ikhwan terus memperkenalkan pelawat-pelawat yang lain, dia bercakap dengan penuh yakin dan bergaya. Nia memandang wajahnya, cuba memastikan betul-betul. Senyumannya, pandangan matanya dan suaranya. Nia tidak tersalah orang. Lelaki itu memang Zaril Ikhwan.
Ketua pusat penyelidikan, Dr. Campolucci kemudiannya memperkenalkan dirinya. Kemudian dia terus memperkenalkan Enrica supaya Enrica boleh membantu memperkenalkan mereka yang lain.
“Here….ah is our Miss Enrica, she and her assistant will help us to explain in English so you can understand more.”
Enrica terus sahaja menyahut saranan Encik Campolucci dan mula membantu ahli-ahli dalam kumpulan penyelidik memperkenalkan nama, tugas dan jabatan masing-masing dalam bahasa Inggeris. Setelah semua habis perkenalkan diri masing-masing. Sessi taklimat pula di mulakan dengan bantuan Enrica.
Selepas itu mereka di bawa ke dalam pusat penyelidikan untuk melawat ke dalam makmal-makmal bagi proses-prose yang di kendalikan oleh pusat penyelidikkan itu.
“Oh Ya, before I forget, we are lucky here to day that we have Nia here, she can speak ini your language and help you understand some of the Italian terms.” Kata Enrica sebelum mereka semua bangun untuk memulakan lawatan makmal. Semua mata tertentu kepadanya.
“Oh, baguih kalu macam tu.” Kata Datin Arni dengan loghat Utara. Senang kami nak boleh faham sikit especially terms technical tu. Saya ni mana lah faham sangat….”
Mereka semua tergelak mendengar kata-kata Datin. Nia rasa terubat rindu di hatinya, sudah lama dia tidak mendengar orang bercakap dengan loghat utara.
“Siapa nama yang Enrica cakap tadi? Nia?” Soal Datin Arni.
“Iya Datin.”
“Orang Melayu ka Ni. Nama apa tadi? Tak berapa nak tangkap sangat tadi.”
“Nia.” Nia terpandang wajah Zaril Ikhwan, tetapi tiada reaksi di wajahnya. Malahan Zaril Ikhwan tidak pun memandang ke arah Nia. Dia tidak mendengar perbualan Datin dengan Nia. Dia sibuk melayan seorang gadis jelita yang sedang bertanya sesuatu kepadanya. Sememangnya itu yang Nia sudah agakkan. Zaril Ikhwan tidak mengenalinya lagi. Zaril Ikhwan pun tidak tahu siapa namanya. Zaril Ikhwan kelihatan sedang bangun dan hendak keluar dari bilik konferens itu bersama-sama pelawat lelaki yang lain. Gadis jelita itu berjalan bersamanya.
“Oh Orang melayu kita ka ni….? Saya ingat orang Indon ka….” Datin Arni yang peramah itu terus menyarungkan tanganya ke lengan Nia dan mereka bersama-sama berjalan seiringan keluar dari situ.
“Nia, Nia ni asai dari mana?”
“Saya berasal dari Perlis.”
“Iya ka…..!! Saya pun! Perlis kat mana?” Kata Datin Arni lagi, begitu seronok dapat berjumpa orang satu negeri dengannya di tepat yang begitu jauh begini.
“Tambun Tulang.”
“Laa…., dekatlah tu, Saya dari Arau. Jom, jom kita pi ikut depan, nanti tertinggai pulak kita ni.”
Lantas mereka segara mengekori pelawat-pelawat lelaki yang sudah dahulu bergerak. Enrica berada bersama mereka, menjadi juru alehbahasa kepada Dr. Campolucci dan pegawai-pegawai penyelidik yang lain. Manakala Maxximo tinggal bersama Nia dan Datin Arni serta isteri-isteri pegawai-pegawai lain. Gadis jelita yang bersama Zartil Ikhwan tidak ada dalam kumpulan mereka, dia bersama mereka yang berada di hadapan, berjalan rapat dengan Zaril Ikhwan. Nia tidak dapat tangkap siapa namanya bila diperkenalkan tadi. Yang Nia tahu nama seorang eksekutif muda yang juga bersama mereka, iaitu Nizam. Nizam nampaknya hampir sebaya dengan Nia. Nizam juga kelihatan begitu peramah orangnya. Beberapa kali dia cuba hendak mencari peluang berbual dengan Nia dan Enrica tidak berbual lama kerana nampaknya dia yang menjadi runner dalam layanan ini. Sekejap dia melayan Datuk Mohamad, sekejap terpaksa mendapatkan maklumat dari Dr. Campolucci. Zaril Ikhwan nampaknya asyik mengarah Nizam buat itu dan ini sehingga Nizam tidak sempat memerhati sendiri makmal penyelidikan yang mereka lawati.
Mereka melawat dari satu makmal ke makmal yang lain. Tujuan lawatan ini ialah untuk mereka mengetahui apa jenis penyelidikan yang ada dalam Pusat Penyelidikan ini untuk mereka membawa pulang. Pengetahuan yang dipelajari di sini bagi mereka membuat kertas cadangan bagi mendirikan satu pusat penyelidikan yang setaraf dengan makmal-makmal ini. Khidmat Pusat Penyelidikan Italy ini mungkin diperlukan sebagai jururunding dalam mereka membangunkan pusat penyelidikan itu nanti. Semua ketua-ketua pegawai operasi yang datang bersama sedang dalam perbincangan untuk menubuhkan satu konsortium bagi mendirikan satu pusat penyelidikan bersama. Ini merupakan satu sumbangan Syarikat-syarikat ini untuk meningkatkan taraf penyelidikan dan pembangunan di Malaysia. Ini adalah sebagai menyahut seruan kerajaan untuk meperbanyakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan, dalam menyediakan landasan bagi Malaysia mencapai taraf negara maju dalam tahun 2020 nanti. Pusat penyelidikan ini ialah penyelidikan teknologi automobile yang berdaya saing tinggi. Mereka juga akan melawat beberapa pusat penyelidikan tenaga yang terdapat di Milan dan juga Naples.
Menurut Datin Arni, selain dari Italy mereka juga akan mengadakan lawatan ke Negara Europah yang lain dalam siri lawatan ini seperti melawat Negara Perancis, German dan juga Sweden.Datin Arni nampaknya lebih berminat dengan Nia dari makmal-makmal yang mereka lawati itu.
“Nia sudah lama ka tinggal di sini?”
“Lebih kurang empat tahun, Datin.”
“Lama juga. Sorang ka di sini atau ada family?”
“Saya sorang sahaja di sini Datin.”
“Mai belajark ka dulu.”
“Lebih kurang macam tulah, Datin.” Nia tidak mahu memanjangkan cerita hidupnya dan bagaimana dia boleh berada di situ dengan Datin Arni, seorang yang baru dia kenali tidak sampai 30 minit yang lalu. Kalau dia mula berceritakan kisah hidupnya, mungkin besok pun belum selesai lagi.
“Yang pak we Italy yang handsome tu, boyfriend Nia ka?” tiba-tiba salah seorang pelawat wanita yang ikut bersama-sama Nia dan Datin Arni, yang juga bercakap dengan loghat Utara.
Tergelak Nia di buatnya, ke situ pulak soalan yang di tuju. Dia di sini untuk membantu menerangkan istilah-istilah teknikal mengenai makmal dan aktivitinya. Bukan hendak bercakap tentang Maxximo, yang memang tidak dinafikan, amat kacak itu. Maxximo memandang wajah Nia dengan penuh kehairanan. Wajahnya yang kacak itu berkerut melihat Nia ketawa.
“What is it that is so….. funny. Are you…. laughing about me?” Katanya, buat-buat macam dia tersinggung. Maxximo boleh berbahasa Inggeris tetapi tidak berapa fasih. Dia bercakap dengan teragak-agak.
“No, Maxximo. We are not.” Jawab Datin Arni dengan mengatur ayatnya satu persatu untuk membuat Maxximo menangkap perbualannya. “She asked….. whether you are Nia’s boyfriend.”
“Oh, si, si. Yes!... She ..my ragazza… what you calll...my girlfriend. I am going to … marry her.” Jawab Maxximo sambil tersenyum ke arah wanita yang bertanya soalan itu sambil menjeling ke arah Nia. Satu jelingan yang penuh makna. Lantas dia mendepakan tangannya dan memeluk bahu Nia lalu mengangambil tangan Nia lalu diciumnya, cuba mengiyakan lagi kenyataannya itu.
Wanita-wanita yang lain termasuk Datin Arni tersenyum gembira melihat telatah spontan Maxximo. Manakala Nia malu bila Maxximo mencium tangannya, muka Nia merah padam. Nia tahu Maxximo cuma mengusik Nia. Memang sifat lelaki berbangsa Italy sangat bersikap sangat romantik dan pandai memikat wanita.
“Hmm..hmm..Datin, Datin….boleh ikut Datuk sekarang? Tiba-tiba Zaril Ikhwan sudah berada di belakang mereka. Matanya tepat memandang wajah Nia tetapi dia tidak berkata apa-apa. Adakah dia dengar dan sempat melihat Maxximo berseloroh tadi? Berdebar-debar jantung Nia menerima panahan mata Zaril Ikhwan yang begitu tajam. Tetapi untuk sekejap sahaja, Zaril Ikhwan terus mengalehkan pandangannya ke arah Datin.
“Kita akan naik buggy ke Makmal yang lain. Keadaan cuaca sangat sejuk untuk kita pergi dengan berjalan kaki. Mari kita pergi sekarang. Datuk sedang tunggu Datin.” Zaril menjemput Datin supaya mengikutinya. Nia cuma terdiam memerhatikan Zaril Ikhwan dan Datin Arni pergi meninggalkannya.
Zaril Ikhwan tidak mengenalinya! Kenapa Nia mesti rasa hairan? Dia sepatutnya sudah menduga sejak awal lagi. Walaupun dia sudah menyangka Zaril Ikhwan tidak akan mengenalinya tetapi bila betul-betul terbukti Zaril Ikhwan tidak mengenali sedikit sebanyak memberi kesan yang mendalam ke atas dirinya. Luka yang lama tiba-tiba terasa berdarah kembali. Terasa hatinya disayat-sayat sembilu yang amat tajam. Nia rasa dia tidak sanggup meneruskan tugasnya pada hari ini. Terlalu berat bebanan perasaan yang ditanggungnya. Tetapi dia harus teruskan juga. Mereka dibayar untuk khidmat mereka hari ini. Nia menarik nafas panjang dan cuba menenangkan dirinya. Nasib baik semua orang tidak persaan kerana sedang begerak menuju ke kenderaan yang menanti mereka untuk memeindahkan mereka ke makmal lain. Nia berjalan di belakang sekali, cuba mendapat kembali ketenteraman dirinya. Maxximo menegur Nia.
“Nia, are you ok.” Soal Maxximo, terhenti seketika menunggu Nia berjalan mendekatinya.
“Ok Max, I am Ok.”
“Hurry up.” Seru Maxximo, berjalan ke hadapan semula untuk menunjukkan arah kepada pelawat-pelawat yang di bawah jagaannya.
“Kenapa kita hendak pergi sekarang ni.” Soal salah seorang dari pelawat wanita yang berjalan dihadapan Nia.
"Oh kita akan pergi ke makmal R & D. Di sini mereka menguji dan kualiti dan ketahanan produk.”
Maxximo kemudiannya menghampiri Nia kembali dan berbisik sesuatu kepadanya. Nia mengangguk dan berkata kepada para pelawat.
“Minta maaf, dalam makmal ini kita tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar. Ini ialah makmal Penyelidikan dan Pembangunan, jadi banyak kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan masih lagi dalam fasa pembangunan. Masih Confidential. Harap maklum.” Terang Nia dengan penuh sopan santun, para pelawat memahaminya dan akur dengan peraturan yang ditetapkan oleh Makmal.
Setelah melawat hampir keseluruhan makmal-makmal yang ada di dalam Pusat penyelidikan ini, para pelawat dijemput untuk makan tengahari bersama-sama pegawai-pegawai penyelidik Pusat Penyelidikan tersebut. Mereka semua di jemput ke bilik makan yang terletak berhampiran dengan kafetaria. Beberapa pelawat wanita terutama yang bertudung mula kelihatan agak risau melihat makanan-makanan yang disediakan.
“Jangan risau Datin-datin, puan-puan, mereka tahu keperluan kita dan mereka tidak menyediakan makanan daripada daging atau ayam. Hari ini hidangan semua terdiri dari makanan laut dan juga sayur-sayuran. Cook untuk makanan ini pun mereka bawa cook khas dari Maghribi.” Kata Nia kepada pelawat yang di bawah jagaannya. Enrica juga mempunyai informasi yang sama yang disampaikan kepada kumpulan yang mengikutinya. Maxximo sudah berhubung dengan Nia mengenai menu makanan untuk para jemputan sejak seminggu yang lalu.
Datin Arni minta Nia duduk disebelahnya. Banyak perkara lagi yang dia hendak tanya dengan Nia.
“Nia, di sini kat mana kita hendak pergi shopping.”
“Dekat Bandar Turin banyak kedai-kedai yang menjual barangan berjenama, Datin. Datin hendak beli banyak barang ke?’
“Sudah sampai sini kan, takkan tak hendak beli sikit-sikit.”
“Kalau ada masa Datin boleh pergi ke Designer Outlet, yang paling dekat di Seravalle, terletak ditengah-tengah antara Piedmont, Ligure dan Lombardy. Lebih kurang satu jam perjalanan dari Turin. Kedai-kedai di situ dikendalikan oleh jenama-jenama yang berprestig dari Italy dan juga dari jenama antarabangsa yang lain. Banyak betul kedai-kedai yang menjual pakaian, kasut, akesesori, hiasan rumah, hasil dari koleksi tahun lepas atau yang over-production untuk koleksi tahun ini. Jadi harganya kurang dari 30-70% pun ada sepanjang tahun. Cuma Datin kena tengok, label sikit, kemungkinan bukan buatan Italy tetapi di buat dinegara lain.”
“Macam tu kena pergi sanalah.” Celah salah seorang pelawat wanita yang sedang mendengar perbualan mereka.
“Nia, macamana hendak cakap. Berapa harga ni? Dalam bahasa Italy?” soal wanita yang duduk di hadapan Nia. Nampak sungguh mereka sudah tidak sabar-sabar hendak membeli belah selepas ini.
“Oh, Mudah sahaja, puan cakap `Quanto costa questo’ “ Jawab Nia.
“Oh.. Okay macamana kalau hendak tanya boleh tak bayar dengan Credit card.”
“Posso pagare con la carta di credito? Nia melayan pertanyaan mereka dengan sabar.
“Alamak, macamana hendak ingat tu.”
"Tapi Puan saya rasa kebanyakan penjaga kedai boleh memahami bahasa Inggeris. Puan tidak perlu risau.”
“Iye ke?”
“Saya cakap orang putih loghat Utara. Boleh faham juga?” Kata Datin Arni. Nia tersenyum mendengar kata Datin Arni, begitu merendah diri orangnya.
“Iye Datin. Kalau Datin dan puan-puan pergi shopping nanti, puan tengoklah. ”
“Kalau Nia ada sama kan seronok. Boleh tolong minta tawar harga sikit.”
“Datin hendak beli apa?”
“Macam-macam, baju, kasut, beg. Saya suka tengok cara Nia berpakaian, kemas bergaya, masih menutup aurat.”
“Itu tak ada masalah Datin, di Italy semua fesyen ada. Datin Cuma perlu mix and match.”
“Betul sungguh kata Nia.” Kata Datin Arni. Kemudian dia menyambung lagi.
“Saya memang hendak beli barang sikit-sikit. Anak saudara saya tu, Suzanna, lagi banyak hendak beli barang.” Datin menunjukkan ke arah gadis jelita yang asyik bersama dengan Zaril Ikhwan di mana-mana jua. Gadis itu tidak mahu langsung menegur Nia. Dia buat Nia macam tidak wujud di situ dan membuat Nia rasa dia tidak layak berbual dengan dia. Nizam berada dibelakang mereka yang sedang sibuk melayan karenah ketua-ketuanya. Nia perhatikan Nizam belum sempat duduk makan pun lagi.
“Mereka tu hendak kawin tidak lama lagi.”terang Datin Arni.
“Huh! Apa dia Datin cakap?” Tanya Nia, tidak pasti dengan apa yang di dengarinya.”
“Dia orang tu akan berkawin tidak lama lagi.” Datin memuncungkan bibirnya ke arah Suzanna. yang duduk di sebelah Zaril Ikhwan. Nia hanya dapat menganggukkan kepalanya. Hatinya semakin didera dengan perkembangan hari ini. Tahap stress yang dialaminya semakin meningkat. Nia rasa dia sudah tidak boleh mengawalnya lagi. Nasib baik hari ini akan berakhir dan khidmatnya cuma diperlukan hari ini sahaja. Besok Nia boleh melupakan peristiwa hitam yang berlaku pada hari ini. Tetapi hari ini dia kena layan para tetamunya ini dengan sebaik mungkin.
“Nia duduk di mana? Datin Arni tidak perasaan perasaan yang sedang Nia tanggung ketika itu. Dia terus berbual dengan Nia.
"Saya tinggal dekat Bandar Turin, saya sewa apartment kecil di sana.”
"Nia duduk sorang ke? Ada orang Malaysia duduk di sana ke?”
“Tak ada, di sini pun tidak berapa ramai orang Malaysia. Cuma ada beberapa orang yang bekerja di syarikat-syarikat Minyak dan automobil. Kebanyakan mereka tinggal di luar Bandar Turin. Dekat Villastelone.”
“Habis tu tak takut ke? Sorang-sorang di sini.”
“Oh tidak! Saya ada ramai kawan dari Tunisia, Pakistan, Bangladesh dan Afrika Utara yang tinggal di situ. Ada komuniti muslim yang agak besar di situ. Ada surau dan kedai menjual makanan halal.”
“Oh iye ke. Macam bawak diri sorang-sorang ajenya.
“Tak adelah Datin, di sini pun kami sudah macam famili.”
“Seronoknya. Kalau boleh saya hendak tengok di mana tempat Nia tinggal.”
“Kecik saja apartment saya, Datin. Mungkin lain kali kalau Datin ada masa bolehlah Datin melawat tempat saya.” Pelawa Nia. Dia tahu jadual lawatan mereka agak ketat, selepas hari ini mereka akan pergi ke beberapa tempat lain di Italy dan akan melawat bandar-bandar Eropah yang lain.
Pada Nia, dia cuma mahu hari ini berakhir dengan segera. Hari ini dirasakan begitu sukar untuk dia lalui. Terlalu banyak yang dia terpaksa terima pada hari ini. Begitu sukar baginya. Terkenang kembali cerita sedihnya. Kesedihan itulah yang menyebab dia terus tinggal menetap di Bandar Turin. Kesedihan itulah membuatkan sehingga sekarang dia tidak pulang-pulang ke Malaysia. Dia terlalu terluka, kenangan yang begitu pahit membuat dia menjauhkan dirinya dari kampong halaman. Tetapi rupa-rupanya mimpi buruknya mengikuti Nia hingga ke Turin. Bandar tua di Utara Italy. Nia sangka dia sudah begitu jauh bersembunyi dari cerita sedihnya itu. Sungguh dia tidak sangka. Dia tidak menyangka untuk bertemu dengan Zaril Ikhwan lagi. Lelaki yang paling terakhir di dunia ini yang ingin dia temui lagi. Lelaki yang pernah dia sayangi sepenuh jiwa raganya pada suatu masa dahulu. Lelaki yang mengakui sangat meyayangi dirinya. Lelaki yang saban hari memanggilnya sayang. Berjanji akan menyayangi dirinya buat selama-lamanya dan yang akhir telah meninggalkan dirinya begitu sahaja.

Tanggapan pertama para pelanggan sangat penting dan ini akan menentukan sama ada mereka akan berpuas hati dengan kerja Nia selanjutnya. Dengan yang demikian Nia memilih untuk memakai pakaiannya yang terbaik sekali pada hari ini. Dia memakai satu-satunya suit Armani kepunyaannya, yang bewarna cokelat muda. Oleh kerana hari ini agak dingin, dia juga mengenakan sepasang but paras buku lali berwarna cokelat tua dan memakai jaket Prada dengan warna yang hampir sama. Jaket ini ialah pemberian dari Enrica sempena Enrica menyambut hari Krimas tahun lepas. Skarf kepalanya dari Gucci disemat kemas. Hari ini dia nampak sungguh bergaya dengan fesyen yang dan terkini. Dia sudah bersedia untuk menjalankan tugasnya dan berpuas hati kerana dia kelihatan seperti seorang professional yang berjaya.
Dia berada di bumi Italy, penduduk Italy sinonim dengan fesyen dan stail yang bergaya dan yang terkini. Bumi ini telah melahirkan pereka-pereka fesyen yang terkenal dan pengeluar baju-baju dan juga barangan berjenama yang terkenal diseluruh dunia seperti jenama-jenama seperti Salvatore Farragamo, Trussardi, Prada, Giorgio Armani, Versace, Bvlgari, Geox, Furla dan bermacam-macam lagi. Sejak mula bekerja dengan Enrica, majikannya itu juga bertindak sebagai kawan, banyak memberi tunjuk ajar kepada Nia. Enrica selalu memberi tips-tips cara berpakaian mengikuti fesyen terkini tetapi tanpa mengadaikan maruahnya sebagai seorang wanita Muslim. Enrica juga memperkenalkan Nia, tempat-tempat membeli belah barangan berjenama tanpa mengeluarkan belanja yang terlalu mahal seperti membeli belah di Designer Outlet yang banyak terdapat disetengah-setengah kawasan di Italy, yang paling dekat dengan Bandar Turin terletak di Serravalle.

6 comments:
Salam Alina.. Intro dah menarik...teruskan saya akan sentiasa skg enovel2 awak..
kaknOOr
Nice Intro..keep up the good work..:)
to writer -->
love to read ak yang kau tinggalkan,,,
i just follow ur blog,,,
then i want to read ur old AYKT,,
but i could not find it at ur blog,,,
could u please put the link to ur old AYKT or blog archive so dat i cn read ur story,,,
very appreciate it if u could consider my request,,,
thanks,,,
ini dh diubah balik ke?
Tarung Sampai Mati