•11:55 PM
Bab 9
Hari-hari yang berlalu begitu sukar bagi Nia. Nia cuba sedaya upaya hendak menyesuaikan dirinya dengan kehidupan barunya. Kini sudah genap dua bulan Nia menjadi isteri Zaril Ikhwan dan tinggal di rumah besar itu, berkongsi bilik tidur dengan Zaril Ikhwan. Tetapi mereka masih lagi seperti orang asing. Saling tidak mengenal antara satu sama lain. Pada Zaril Ikhwan, Nia Atirah bukan isterinya. Nia Atirah agaknya hanya seperti Neng, pembantu dalam rumah itu.
Nia juga masih belum memahami perangai sebenar dan juga bagaimana teruknya keadaan mental Zaril Ikhwan. Setiap hari yang berlalu ada sahaja yang perkara yang tidak dijangka oleh Nia akan berlaku. Adakalanya Zaril Ikhwan tidak mahu bangun dari tidurnya sehingga ke petang, adakalanya dia bangun terlalu awal sebelum masuk waktu subuh, memasang lampu dan menguatkan volume peti televisyen sehingga menganggu tidur Nia dan orang lain dalam rumah itu. Ada masanya pula Zaril Ikhwan tidak respons kepada apa-apa yang Nia lakukan. Dia buat Nia tidak wujud dalam bilik itu atau dalam hidupnya. Ada pula masanya Zaril Ikhwan berkelakuan begitu baik sekali menurut semua yang Nia minta dia lakukan. Mandi, salin baju, keluar makan bersama Puan Zainun, makan ubat dan lain-lain lagi. Membuat Nia ada harapan untuk suaminya semboh seperti biasa tetapi keesokan harinya, perangainya berubah dengan drastik. Sia-sia sahaja Nia menaruh harapan walaupun Suaminya itu tidak pernah memberi respons kepada Nia sebagai isterinya, hanya macam nurse-nurse yang di bayar oleh Puan Zainun sebelum ini.
Hari ini hari yang begitu sukar bagi Nia, mood Zaril Ikhwan tidak begitu baik sepanjang hari. Bila Nia mendekatinya untuk memberinya makan ubat, Zaril Ikhwan menolak tubuh Nia, dia tidak membenarkan Nia menghampirinya langsung. Dia juga enggan keluar dari bilik tidurnya itu. Nampak benar dia tidak mahu Nia ada dekat-dekat dengannya. Tiba-tiba Zaril Ikhwan membaling botol ubatnya ke arah Nia.
”Keluar! Keluar!” Jerit Zaril Ikhwan. “jangan masuk dalam bilik ni, lagi Keluar.” Sebiji botol ubat lagi dibaling ke arah Nia, kali ini kena tepat di belakang kepalanya.
“Aduh! Abang Zaril sakitlah! kenapa abang Zaril hari ini…..” Kata Nia sambil menggosok-gosokkan kepalanya, terkeluar air matanya kerana menanggung kesakitan.
“Keluar!” Zaril Ikhwan menjerit-jerit, dia memegang kepalanya, nampak dia di dalam kesakitan. Nia ingin membantu tetapi tidak tahu apa yang dia boleh lakukan. Nia keluar dari bilik itu. Dia memegang bahagian kepalanya yang berdenyut di hentam dengan botol ubat tadi.
Puan Zainun turun dari atas rumah kerana terdengar bunyi kecoh-kecoh dari dalam bilik Zaril Ikhwan. Dia melihat Nia sedang menangis sambil mengosok-gosok belakang kepalanya. Timbul rasa kesihan di hatinya. Beberapa orang nurse telah berhenti kerja apabila Zaril Ikhwan mengamuk. Mereka tidak tahan bila Zaril mula mencampak-campakkan benda-benda ke pada mereka. Zaril akan menjerit-jerit setiap kali mereka mendekatinya. Puan Zainun harap Nia akan dapat bertahan. Dia sudah memastikan Nia tidak dapat lari atau berhenti kerja seperti nurse-nurse yang lain dengan mengahwinkan Nia dengan Zaril Ikhwan.
“Nia, kenapa Nia menangis?” tegur Puan Zainun.
“Taklah Wan, Nia bukan menangis. Habuk masuk mata Nia. ” Jawab Nia, segera mengesat air matanya.
“Nia jangan bohong, Wan tau, Zaril buat Niakan? Apa dia buat kali ni?”
“Dia..uh…uh dia baling botol, dia bukan sengaja, Botol ubat tu kena kepala Nia.”
Serta merta Puan Zainun rasa gembira. Nia bukan macam nurse-nurse yang digajikan untuk menjaga Zaril Ikhwan, yang terus naik marah dan menyalahkan Zaril Ikhwan, Nia cuba melindungi Zaril Ikhwan, padahal Puan Zainun bukan tidak tahu Zaril Ikhwan bukan tidak sengaja membalingkan botol itu. Zaril Ikhwan memang membalingkan botol itu tepat mengenai kepala Nia. Dia sudah banyak kali lakukan kepada orang lain. Perasaan lega menyelinapi hati Puan Zainun, mungkin apa yang dia lakukan adalah betul kali ini. Mungkin Nia adalah pilihan yang betul. Nia akan menjaga Zaril Ikhwan dengan baik, terutama sekali bila Puan Zainun sudah tiada lagi di dunia ini nanti.
Puan Zainun kesihan melihat Nia asyik menjaga Zaril Ikhwan saban hari tanpa memikirkan tentang dirinya. Zaril pula tidak memperdulikan Nia langsung. Malah Puan Zainun juga tahu yang Nia tidur di atas kerusi sofa setiap malam kerana ada kalanya bila dia masuk ke dalam bilik itu pada waktu pagi semasa Zaril Ikhwan enggan bangun tidur, dia dapati Zaril Ikhwan tidur di tengah-tengah katil dan tidak ada ruang untuk Nia tidur. Kadang-kala Nia tidak sempat menyimpan bantal spare ke dalam almari dan masih terletak di atas sofa. Macamana keadaan Nia jika Zaril Ikhwan tidak semboh langsung sepanjang hidupnya nanti? Apakah dia bersalah membuat Nia terperangkap dalam keadaan begini selamanya?
“Nia, Wan tahu Nia penat. Apa kata hari ini Nia rehat sikit, pergi tengok emak Nia. Bukankah dia akan kena bedah dalam dua minggu lagi. Nia pergilah, kalau hendak Nia pergilah bermalam di rumah emak semalam. Nia mesti rindu dengan emakkan?”
“Iye ke Wan? Macamana dengan abang Zaril? Siapa akan jaga dia nanti.”
“ Wan kan ada, Wan tidur di bilik bawahlah malam ni. Neng pun adakan.”
“Betulke Wan? Nia boleh balik rumah emak? Tanya Nia, mukanya berubah menjadi begitu ceria sekali. Puan Zainun menjadi hiba melihat perubahan wajah Nia. Nampak sangat dia begitu sengsara tinggal bersama suaminya, Zaril Ikhwan. Reaksi yang Nia tunjukkan macam dia baru diberitahu yang dia akan dilepaskan dari penjara.
“Pergilah. Esok Nia baliklah sini balik.” Kata Puan Zainun.
“Terima Wan, Nia memang hendak beri emak duit sikit. Sekarang ini emak sudah tidak boleh kerja. Tentu susah emak sekarang ni. Tak lama lagi Shahid akan habis cuti semester. Dia akan mula semester baru Wan.”
“Pergilah Nia, Nia tahukan Nia ada elaun yang Nia boleh gunakan untuk adik-adik dan untuk beri pada emak.”
“Terima kasih Wan.” Walaupun Nia bersyukur yang dia kini mempunyai wang untuk diberikan kepada emak dan adik-adik, dia masih lagi risau kerana selepas cuti ini emak akan tinggal keseorangan. Siapa akan jaga emak nanti, terutama bila emak sudah dibedah kelak?
Nia segera masuk semula ke dalam biliknya, Zaril Ikhwan mula menjerit-jerit bila nampak kelibat Nia. Dia mencampak apa sahaja barang yang dia boleh capai ke arah Nia. Nia tidak perduli, dia akan dapat bertemu dengan emak. Itu yang penting. Nia mengambil buku simpanan bank dan kad ATM yang diberikan oleh Encik Nor Zaidi sebaik sahaja Nia menandatangani surat perjanjian tempoh hari. Kalau tidak salah Nia, sudah ada RM4,000.00 di dalam simpanannya kini. Nia segera mengemaskan barang-barangnya ke dalam beg pakaiannya mahu segera keluar dari situ. Nia menghampiri Zaril Ikhwan ingin memberitahunya yang Nia akan balik ke rumah emak. Zaril Ikhwan masih lagi marah-marah, menyuruh Nia keluar dari bilik itu. Puan Zainun menjenguk di pintu bilik melihat gelagat cucu-cucunya itu. Nia mengangkat tangan Zaril Ikhwan untuk menciumkan suaminya.
“Abang Nia balik rumah emak sekejap je Bang.” Kata Nia.
Tiba-tiba sahaja tubuh Nia ditolak kasar oleh Zaril Ikhwan, membuat Nia jatuh terperosok ke lantai.
“Zaril! Ya Allah!” Jerit Puan Zainun, meluru ke arah Nia yang kelihatan kebingungan, tidak tahu apa yang terjadi.
“Berambus-berambus jangan balik sini lagi. Berambus! Aku tak mahu tengok muka kau lagi.”
“Zaril, kenapa Aril cakap macam tu dengan dia?” soal Puan Zainun. Nia cuba bangun tetapi badannya terasa sakit. Ingin Nia meraung kesakitan di situ juga tetapi dia tidak mahu Puan Zainun susah hati. Puan Zainun membantu Nia bangun dengan susah payah. Zaril Ikhwan menghampiri Nia lagi, Dia nampaknya hendak menolak Nia lagi, tetapi dihalang oleh Puan Zainun. Puan Zainun melindungi Nia di belakang tubuhnya. Zaril Ikhwan cuba menendang-nendang kaki Nia, Nia berada di belakang Puan Zainun. Zaril Ikhwan kemudiannya merentap tangan Nia dengan kasar, menarik Nia menuju ke pintu dan kemudiannya menolak Nia keluar dari bilik itu. Nia terjatuh di luar bilik tidur mereka. Dari dalam bilik, Puan Zainun menjerit-jerit meminta Zaril Ikhwan agar jangan berkasar dengan Nia.
Zaril Ikhwan kemudiannya masuk balik ke dalam bilik dan mengambil beg pakaian Nia, lalu di campaknya ke muka Nia yang jatuh terjelepok di atas lantai. Zaril Ikhwan kemudiannya menghempaskan pintu biliknya dan kedengaran dia mengunci pintu bilik itu dari dalam. Kedengaran suara Puan Zainun merayu Zaril Ikhwan agar jangan berkasar dengan Nia.
“Tak boleh buat macam tu. Nanti Nia tak balik sini lagi baru Aril tahu.” Nia terdengar Puan Zainun menasihati Zaril Ikhwan.
“Berambus! Berambus! Tak nak tengok muka Sayang lagi. Aril tak suka Sayang. Benci! Benci! Sayang.” Kata Zaril Ikhwan dengan begitu tegas sekali. Kata-katanya membuat Nia begitu terasa sekali. Apa salah Nia, sampai Zaril Ikhwan begitu bencikan dia? Nia tidak sedar Neng sudah berada di belakangnya, menolong dia bangun. Mesti badannya sengal besok. Hari ini Zaril Ikhwan menjadikan dia seperti `punching bag’, tempat melepaskan geram.
“Dik Nia, Dik Nia hendak pergi mana ni? Dik Nia hendak lari ke? Janganlah Dik. Kesihan Wan dan Kak Neng.”
Neng akui, dengan kehadiran Nia, banyak sangat meringankan bebanannya selama ini. Kalau tidak, Nenglah yang akan menjadi mangsa bila Zaril mengamuk macam ini.
“Wan bagi Nia balik rumah emak sekejap, Kak Neng.”
“Oh dik Nia hendak balik rumah emak.” Lega rasa Neng. Kalau Nia tak balik ke sini Neng tidak hairan, siapa yang sanggup hidup begini? Selalu didera oleh suami sendiri. Neng begitu simpati dengan Nia. Tetapi kalau Nia pergi, hidup Neng lagi susah. Neng suka bekerja di rumah Puan Zainun. Kalau boleh dia hendak bekerja lama lagi di sini. Tetapi sejak adanya Zaril Ikhwan, kerja hariannya menjadi sangat berat. Banyak kali Neng ingat hendak berhenti kerja di sini dan mencari kerja ditempat lain. Kedatangan Nia membuat dia menukar fikirannya dan ingin bekerja lebih lama dengan Puan Zainun.
“Nia balik rumah dulu Kak Neng.” Nia terus melangkah keluar dari rumah. Dia hendak cepat-cepat keluar dari situ. Dia tidak perdulikan kesakitan yang dialaminya kerana wajah emak dan adik-adik tersayang sudah terbayang di wajahnya.
***********************************************
Kegembiraan Mak cik Rosnah tidak dapat digambar apabila melihat Nia pulang ke rumahnya. Dia meraih tubuh Nia dan memeluk lama. Tubuh Nia sebenarnya kesakitan bila dipeluk rapat oleh emaknya. Dia pasti tubuhnya lebam-lebam akibat jatuh ditolak oleh suaminya. Tetapi Nia tidak menunjukkan kesakitannya, dia tidak mahu emak risau dan dia juga perlukan pelukan emak ketika itu, membuat dia rasa pengorbanan yang dia lakukan berbaloi.
“Mak Cik Rosnah menatap wajah anaknya puas-puas, menghilangkan kerinduannya selama ini. Dia juga agak risau dengan keadaan Nia, sama ada Nia bahagia bersama suaminya itu. Muka Nia memang nampak lebih cengkung berbanding dengan dua bulan yang sudah.
“Kenapa Nia balik ni?”Soal Mak cik Rosnah, ada kerisauan tertera di awajahnya.
“Ni minta dengan Wan hendak balik tengok emak dan adik-adik. Lagipun Nia hendak bagi duit sedikit pada emak. Shahid pun hendak balik ke kampus untuk belajar. Mesti dia pun perlu duit.” Nia berdaleh sedikit dengan emaknya, agar emaknya tidak susah hati tentang dirinya.
“Jangan risau pasal emak. Emak baik sahaja di sini.”
“Iye ke, sekarang ni emak sudah tak kerja, mana emak dapat duit?”
“Nia tak tahu ye? Encik Zaidi tu, selepas kenduri kawin Nia, dia bawa emak pergi Penang, periksa jantung, lepas tu dia bagi emak duit, katanya Puan Zainun yang bagi buat belanja.”
“Iye ke mak? Wan bagi emak duit lagi?” Nia rasa terharu, Puan Zainun betul-betul baik dengan keluarganya, memastikan emak dan adik-adik cukup keperluannya. Nia mesti membalas budi baik Puan Zainun. Walau Nia cukup merana bila berada di samping Zaril Ikhwan, Nia tidak boleh meninggalkan Zaril Ikhwan. Dia kena berada di sisinya kerana Puan Zainun. Memang kalau boleh Nia tidak mahu balik lagi ke pangkuan suaminya tetapi Nia tidak boleh berbuat demikian, dia terlalu banyak terhutang budi dengan Puan Zainun. Melihat emaknya yang makin sihat, Nia akan tempohi juga derita mental dan fizikal yang dia alami di tangan Zaril Ikhwan.
Shahid dan Shafiq juga nampak gembira dapat beremu dengan Nia. Shafiq kebetulan juga balik dari asrama kerana cuti hujung minggu. Nia mengajak Shahid dan Shafiq ke Bandar untuk membeli belah barang keperluan mereka di hostel kelak. Nia juga membelikan beberapa helai pakaian dan barang-barang keperluan peribadi seperti bedak, sampoo, sabun untuk emak dan dirinya sendiri.
“Nia, Apa kabar? Nia menoleh mendengar namanya di panggil. Pak Cik Deris juga sedang membeli beberapa barang keperluan rumah.
“Pak Deris, Baik. Pak Deris macamana?”
“Baik-baik. Pak CIk Deris ada benda hendak bagi tau Nia ni.”
“Apa dia pak Deris?”
“Pak Deris sudah tahu Ani dan Sazali ada kat mana?”
“Iyaka Pak Deris? Di Mana?”
“Di Penang, Depa keja kat kilang kat Penang.”
“Pak Deris tahu ke mana dia orang tinggal, Depa tinggal sama ka? Depa dah kawin ka Pak Deris?”
“Dak… eh! Mana pulak depa dah kawin. Depa duduk asing-asing. Ada asrama pompuan kat sana, Sazali dok sewa dengan budak jantan lain. Tapi Pak Deris ingat nak pi pujuk depa balik.”
“Elok tu. Bila?” Ringan hati Nia mendengar kata-kata Pak Deris.
“Besok! Nia Jom pi sekali. Mak Cik pun ikut juga. Kita suruh depa balik, kawin elok-elok, duk kat kampong elok-elok.”
“Baiklah Pak Deris. Esok Nia ikut Pak Deris sekali pi Penang.”
“Tak pa lah No. Pak Deris pi dulu. Kita jumpa esok. Pak Deris mai lebih kurang pukul 12.00 tengahari, Pagi tu Pak Deris nak jual pisang dulu kat pasar tani.
“Baiklah Pak Deris.” Nia begitu gembira kerana mereak telah dapat mengesan Ani dan Sazali. Nia mahu Ani balik sini dan jaga emak. Nia akan beri duit pada Ani untuk jaga emak. Tidaklah Nia akan rasa risau lagi tentang emak yang akan duduk keseorangan nanti.
*************************************
Rombongan Pak Deris memujuk Ani dan Sazali, selamat tiba di kampong pada pukul 10.00 malam. Mereka telah berjaya membuat Ani dan Sazali setuju untuk balik semula ke kampong. Mereka berjanji akan meletakkan jawatan segera dan kemudian mereka akan jaga Mak Cik Rosnah semasa Mak Cik Rosnah menjalani pembedahan di Hospital Pakar di Pulau Pinang. Nia sangat-sangat bersyukur dapat bertemu dengan Ani semula. Ani beberapa kali memohon maaf kepada Nia kerana perbuatannya tempoh hari. Nia memaafkan Ani, Ani masih terlalu muda. Dia takut untuk memikul tanggung jawab yang berat itu. Kalau boleh Nia juga ingin lari tetapi kerana sifatnya yang lebih matang, dia sedar dia sahajalah harapan mak cik Rosnah, yang membuat dia tabahkan dirinya. Walaupun tidak puas berbual dengan Ani, mereka terpaksa berpisah juga kerana hendak pulang ke Perlis malam itu juga. Nia sempat menghulurkan wang sebanyak RM 1000.00 untuk Ani sebagai bekalan untuk dia menjaga emak nanti. Nia hendak Ani memberikan keselesaan sepenuhnya pada emak.
Mak Cik Rosnah juga gembira mendengar kabar berita tentang Ani. Lebih-lebih lagi bila dia dapat tahu Ani dan Sazali akan menjaganya semasa dia menjalankan rawatan di hospital nanti. Selepas itu Nia dan Sazali akan dikahwinkan dan mereka akan duduk di rumah untuk menjaganya. Nampaknya semua masalah keluarga Nia sudah dapat diselesaikan. Nia bersiap-siap hendak balik ke rumah Puan Zainun. Nia kemudiannya memberikan semua wang simpanannya kepada emak
“Terima kasihlah Nia. Banyak sudah Nia belanja duit kat emak.”
“Tak palah emak. Nia bukan perlu duit ni emak.”
“Ini dia surat Nia ni. Emak lupa hendak bagi semalam.” Kata emak sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Nia.
Surat dari Farid! Nia segera membuka surat itu dan membacanya. Farid mengatakan kerinduannya kepada Nia. Kali ini surat Farid tertera luahan rasa hatinya yang penuh syahdu dan dia berharap agar Nia sudi menjadi teman hidupnya. Farid hendak menghantar rombongan meminang ke rumah Nia. Farid ingin memberitahu Nia sebelum ini, tetapi dia segan kerana belum mempunyai pekerjaan. Kini dia sudah bekerja dan rasa dia sudah layak untuk menyunting Nia. Dia harap sangat Nia membalas suratnya dengan segera atau menelefonnya memberitahu bila tarikh yang sesuai untuk dia datang Meminang Nia. Nia menjadi sungguh terharu. Air matanya mengalir perlahan-lahan. Semuanya sudah terlambat. Nia sudah menjadi isteri Zaril Ikhwan. Dia memang ada menyimpan perasaan sayang pada Farid. Kini dia kena buang perasaan itu jauh-jauh dari hatinya. Semuanya sudah tidak ada gunanya lagi. Tidak ada jodoh antara mereka berdua.
“Nia? Mak Siah di luar tu, dia cari Nia.” Tiba-tiba kedengaran emak bersuara. Dengan segera Nia mengesat air matanya, melipat surat Farid dan diletakkan dalam beg pakaiannya. Dia mengangkat beg pakaiannya dan keluar ke pintu depan. Dia kena balik ke rumah Puan Zainun, Hari sudah larut malam.
“Kenapa Mak Cik Siah?”
“Nasib Nia ada di sini, Puan Zainun sudah telefon. Bila Nia hendak balik? Dia risau sebab sudah malam ni.”
“Nia hendak balik ni Mak CIk.”
“Cepat-cepatlah balik, sudah jauh malam ni. Risau pulak Puan Zainun tu.” Nasihat Masik Cik Siah.
Dia kelihatan risau tetapi tidak cakap apa-apa di depan Mak Cik Rosnah. Puan Zainun kedengaran cemas bertanyakan tentang Nia. Mereka berdua ingat Nia sudah serik hendak balik kepada suaminya lagi.
Mak Cik Siah tak hairan kalau Nia tak mahu balik lagi kepada suaminya. Kata Puan Zainun dua hari lepas Zaril Ikhwan mengamuk, melepaskan geram pada Nia.
Nia segera memeluk emaknya dan bersalam dengan Shafiq, Shahid dan Makcik Siah. Kadang-kala Mak Cik Siah datang ke rumah Puan Zainun, jadi Nia berpeluang bertemu dengannya lagi.
“Biar Shahid hantar kakak.” Shahid terus membawa basikalnya ke laman, Nia segera membonceng basikal Shahid sambil medukong beg pakaiannya.
********************************
Puan Zainun menunggu dihadapan rumahnya. Dia kelihatan lega bila nampak Nia pulang dibawa oleh adiknya. Shahid menolak pelawaan Puan Zainun untuk naik ke rumah dan terus balik setelah menghantar Nia.
“Wan risau, Nia tak balik-balik. Kenapa tak telefon? Wan nak telefon Nia tak tahu nombor telefon."
“Rumah Nia tak ada telefon Wan.”
“Iyaka, Wan tak tahu pulak. Mari masuk dalam. Nia pergilah tengok abang Zaril Nia tu. Sejak semalam dia resah, mencari Nia. Wan ingat Nia akan balik siang tadi. Makin lama Nia tak sampai-sampai juga. Wan ingat Nia sudah serik dengan Zaril. Nia tak mahu balik sini lagi. Abang Zaril Nia makin resah. Wan rasa Dia ingat Nia sudah cabut lari. Tak mahu balik sini lagi.”
“Eh! Kenapa Wan cakap macam tu?”
“Bukan semua orang boleh tahan dengan Zaril tu Nia. Dia pun tahu, tetapi dia tak boleh kawal diri bila dalam keadaan macam tu. Wan syukur sangat Nia balik. Abang Zaril cari Nia sejak tadi. Semua ceruk dia cari. Berpuluh-puluh kali dia tanya Neng. “Sayang mana? Sayang mana?” Bila Neng kata tak ada, dia naik angin.” Bila dengar suaminya naik angin, Nia jadi takut untuk masuk ke dalam bilik. Dia takut kena halau oleh Zaril Ikhwan lagi.
"Nia takutlah Wan."
"Takut apa?"
"Takut Abang pukul Nia lagi."
"Taklah Nia. Wan sudah nasihatkan dia. Dia pun menyesal dengan apa yang dia buat semalam. Nia masuklah dalam bilik, Kesihan dia, risau cari Nia. Sehari semalam dia tidak tidur.”
“Dia tak tidur? Apa dia buat?”
“Dia cari Nia.”
“Nia tak percayalah Wan, dia benci Nia, Wan tak ingat dia cakap hari tu.”
“Tidak. Dia sayang Nia.”
“Wan tak ingat dia suruh Nia berambus?”
“Itu masalah dia Nia, dia susah nak sampaikann apa dalam hatinya. Nia kena sabar, dia banyak kali dikecewakan, emak mertua Nia, tunang dia. Adik dia, kawan-kawannya yang ramai sebelum ni.. Jadi dia takut hendak rapat dengan Nia. Wan rasa dia takut Nia akan jadi jemu menjaga dia, sebelum Nia buat macam tu, Dia yang bertindak dulu. Satu cara dia melindungi dirinya dari dilukai.”
Nia terdiam, mungkin salah dia selama ini, tidak memahami suaminya. Apa yang dia buat selama ini, memberi makan, memberi ubat, menemani suami ini hanya perbuatan secara mekanikal, bukan organik, perbuatannya nampak tidak ikhlas, tiada kasih sayang yang dicurahkan..Tidak pernah memandang tepat wajah Zaril Ikhwan apabila dia bercakap dengan Zaril Ikhwan. Nia takut hendak memandang ke arah parut yang merentangi pipi kananya. Rupa-rupanya dalam kebingungan yang di alaminya Zaril Ikhwan tahu yang selama ini apa yang Nia lakukan adalah terpaksa bukan dengan rela hatinya. Bukan dengan kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya. Adakah apa yang Nia lakukan adalah kerana wang yang Puan Zainun berikan. Jika itu benar, apa bezanya Nia dengan nurse-nurse yang lain? Adakah betul kata-kata Wan, suaminya menolaknya kerana takut dikecewakan oleh Nia seperti yang telah dilakukan oleh ramai orang lain. Nia akan cuba mengubah attitud dan cara dia menguruskan suaminya selepas ini. Walaupun dia tidak mencintai Zaril Ikhwan, Nia mesti ikhlaskan dirinya dalam menguruskan suaminya. Zaril Ikhwan bukan pesakitnya, tetapi adalah suaminya yang sah.
Dengan niat dan atitud baru itu, Nia melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka. Seperti biasa bilik itu begitu dingin sekali. Lampu bilik sudah di matikan, Hanya lampu tidur yang malap di pasang di sudut bilik. Cahaya dari lampu bilik air menerangi bilik mereka. Seperti biasa televisyen terpasang, tanpa ada penonton. Nia lihat suaminya sedang duduk di sisi katil, membelakangkan Nia, sedang meraup-raup wajahnya beberapa kali. Dia kelihatan gelisah. Dia bercakap-cakap sendirian tanpa Nia dengar dengan jelas biji butir percakapannya. Apabila dia tersedar ada orang lain di dalam bilik itu dia segera menoleh ke belakang. Memandang wajah Nia tanpa berkata apa-apa? Mata mereka berpandangan antara satu sama lain dalam jangkamasa yang agak lama. Sesuatu Zaril tidak pernah lakukan, selalunya dia tidak memandang wajah Nia, kalau ada pun hanya sekilas pandang, dia lebih banyak memandang ke arah dinding sahaja. Masa nampaknya seperti terhenti seketika. Hanya mereka berdua yang ada di dalam dunia ini. Nia terpaku di tempat dia berdiri. Dadanya berdebar-debar. Takut hendak masuk ke dalam bilik, tidak tahu sama ada Zaril Ikhwan akan mengamuk lagi. Nia ingat suaminya telah tidur, bila dia lihat Zaril Ikhwan masih jaga, dia menjadi serba salah untuk berada di dalam bilik ini. Zaril ikhwan masih memandang wajah Nia, tanpa dilepaskan langsung pandangannya, dia naik ke katilnya, kemudian dia terus baring di katil, lantas membelakangkan Nia dan menarik selimut ke seluruh badannya.
Nia mengeluh, kalau dia ingat Zaril akan berkata sesuatu tentang kepulangannya, nyata dia hampa. Tidak ada apa-apa yang berubah. Zaril Ikhwan hanya mahu dia hadir bersama di dalam bilik itu tetapi tidak mahu Nia tidur di sisinya. Nia rasa Puan Zainun seperti mereka-reka cerita tentang Zaril Ikhwan mencari Sayangnya semalaman, mungkin untuk membuat Nia rasa simpati kepada Zaril Ikhwan. Yang jelas, kini dia di depan mata Zaril Ikhwan, tetapi suaminya itu masih buat tidak perduli dengan Nia langsung. Lantas Nia mengambil bantalnya dari dalam bilik dan terus menuju ke sofa untuk tidur di situ. Mungkin jangkaan Nia sejak malam pertama dia tidur di situ adalah tepat sekali. Sofa ini akan menjadi tempat tidur Nia selama-lamanya.

2 comments:
kesian nia...sabarnya dia....sambung lagi ye alina....
makin menarik...cpt2 smbg utk next n3...