•10:49 PM
ILM Bab 3
Maximo
terjaga dari tidur. Mulanya dia tidak tahu apa yang membuat dia terjaga. Terasa
agak marah kerana tidurnya terganggu. Maximo memandang ke arah jam di tepi
katilnya. Nampaknya masih terlalu awal lagi. Jam menunjukkan pukul 5.50 pagi. Di luar keadaan masih gelap lagi. Selalunya Maximo akan bertolak dari rumahnya
pada pukul 8.30 pagi untuk ke pejabat.
Waktu pejabatnya bermula pada pukul 9.00 pagi. Maximo selalunya bangun awal dan kemudian dia akan berjogging di sekitar
kawasan apartment tersebut, kemudian baru dia bersarapan dan mandi baru dia
akan ke pejabat dengan menaiki teksi.
Selalunya dalam masa dua puluh minit dia akan sampai ke tempat
kerja. Tetapi waktu ini masih terlalu awal untuk dia bangun dan
bersiap-siap ke pejabat. Maximo
memejamkan semula matanya, ingin menyambung tidurnya. Bila dan menutup matanya, baru dia perasan
apa yang membuatkan dia terjaga tadi.
Laungan
yang mendayu-dayu yang yang telah mengejutkan Maximo dari tidur. Laungan itu seperti memanggil-manggil dirinya.
Maximo membuka matanya semula, fokuskan seluruh mindanya dengan bunyi laungan
yang datang dari luar sana.
Sejak
dari mula masuk ke apartment tersebut, Maximo
tidak pernah menutup tingkap dan dan pintu balkoni dia rumahnya, Dia mahu udara
segar keluar masuk di apartmentnya itu. Maklumlah
apartmentnya terletak di tingkat 20.
Tetapi dia pelik juga bila dia fikirkan dari mana datang bunyi yang
menganggunya itu. Bunyinya begitu jelas
sekali kedengaran. Adakah bunyi itu datang dari salah sebuah apartment
jirannya yang sama ketinggian dengan apartment Maximo. Siapa yang begitu tidak bertanggungjawab yang
memasang radio atau cd dengan volume yang begitu kuat sehingga menganggu
jiran-jiran yang lain. Bila ada
kesempatan Maximo akan bertanya dengan Houri
dan Parvin, sepasang wanita Iran yang dia kenali pertama kali dia sampai di
apartment ini. Mereka yang melambai kea rah Maximo ketika Maximo, Nia dan Zaril
bersama keluarganya berada di balkoni. Pasangan
Houri dan Parvin dan tinggal di sini sejak dua tahun yang lalu. Houri bekerja di Kedutaan Iran, manakala
menurut Parvin pula, dia merupakan pelajar Sarjana di Universiti Malaya. Mereka berdua begitu baik dengan Maximo
selalu menegur Maximo bila bertemu dan selalu mengajak Maximo ke rumah
mereka. Apa yang membuat Maximo senang
tinggal di situ ialah kerana ada terdapat expatraite yang tinggal di situ dan
ini membuat Maximo rasa selesa tinggal di situ dan tidak kesunyian. Semua orang begitu peramah dan baik dengan
Maximo. Mesti Nia dan Zaril telah
fikirkan tentang semua itu bila memilih tempat tinggal untuk petugas-petugas
yang datang ke Malaysia dalam usahasama mereka ini.
Bunyi
laungan yang menganggu Maximo itu terus berkumandang. Baru Maximo sedar bunyi ini yang membuat dia
tersedar awal sejak seminggu yang lalu.
Selama ini Maximo ingat dia tersedar begitu awal dengan sendiri bukan
sebab diganggu. Terasa panas hati Maximo. Bunyi laungan yang mendayu-dayu ini rupa-rupanya
yang menggangunya selama ini. Dan selepas itu Maximo dapati dia sukar hendak
tidur kembali. Membuatkan Maximo kena
bangun awal setiap hari. Maximo sudah
biasa dengan tidur yang cukup sepanjang malam.
Bila dia terjaga sangat awal, dia rasa mengantuk di tempat kerja. Untuk mengelakkan Maximo keletihan di waktu
kerja, Maximo ambil keputusan untuk tidur awal.
Dengan yang demikian pada hari berkerja, Maximo tidak berpeluang untuk
berjaga lewat atau keluar berhibur.
Houri dan Parvin telah beberapa kali mengajak Maximo keluar minum-minum
pada waktu waktu malam, tetapi Maximo terpaksa menolak kerana dia rasa amat
penat dan perlu berehat.
Mungkin
Jika ada kesempatan Maximo akan terima ajakan mereka berdua untuk keluar pada
malam Sabtu malam untuk bersukaria.
Maximo masih muda, Banyak yang
dia hendak lakukan bagi mengisi kekosongan dirinya. Lagipun dia masih belum berpunya dan nyata
Nia Atirah bahagia dengan Zaril
Ikhwan. Maximo kena tepati janjinya
sendiri. Kalau Nia ATirah bahagia, dia tidak
akan mengharap lagi untuk hidup bersama dengan Nia Atirah. Jadi Maximo kena terima kenyataan itu dan
teruskan hidupnya. Apasalahnya Maximo
mula berbaik-baik dengan Houri dan Parvin, mungkin mereka boleh memenuhi apa
yang Maximo inginkan selama ini. Mereka
ada apa yang Maximo inginkan. Lagipun
kedua-dua perempuan Iran tersebut tidak kurang cantiknya. Memang kalau di perhatikan lebih cantik dari
Nia Atirah, dengan mata hitam, rambut perang dan hidung mancung mereka. Seperti puteri Persia dalam kisah 1001 satu
malam. Tetapi soal hati bukan dapat di tentukan. Kalau hati sudah terpaut, seribu
bidadari beratur di hadapannyanya, hanya
Nia ATirah juga yang cantik pada Maximo.
“Stop
it Maxi...” Maximo tegur dirinya sendiri.
Dia kena hentikan dari berfikir tentang Nia Atirah. Sesuatu yang sukar. Selama dua tahun dia
berjauhan dengan Nia ATirah pun sukar dia melupakan Nia ATirah, Inikan dia
sudah berada dekat dengan Nia ATirah. Malahan pada hujung minggu ini, dia akan habis bersama
dengan Nia ATirah dan keluarganya kerana pada hari ISnin nanti ialah hari cuti
am. Nia hendak bawa Maximo
berjalan-jalan ke kampungnya. Katanya di Utara Semenjang Malaysia.
Maximo
mengeluh sambil memekupkan bantai di kepalanya.
Kalaulah dia boleh tidur kembali lupakan lara di hatinya. Tetapi dia sudah tidak mengantok lagi.
Matanya sudah terbuka besar. Macamana
hendak terangkan apa yang bermain di fikirannya, dia rasa bahagia dalam derita
bila bersama Nia Atirah, Zaril Ikhwan dan anak-anak mereka. Bahagia kerana dapat mendampingi Nia Atirah,
derita kerana tahu yang dia tidak mungkin memiliki Nia Atirah. Dalam masa yang
sama dia rasa syukur yang Nia Atirah bahagia dengan Zaril Ikhwan, adakalanya
dia cemburu dengan Zaril Ikhwan kerana dia yang Nia Atirah cintai, bukan
Maximo. Kemanisan yang berduri. Sampai
bila harus Maximo menderita begini tetapi dia tidak mahu ke mana-mana, dia
tetap mahu berada di sini.
“Why
am I such a fool.” Kata Maximo lagi.
“Allahu
Akbar Allahu Akbar.. Laillaha illallah...” Panggilan yang mendayu-dayunya itu
akhirnya selesai dan suasana kembali sepi.
Maximo mengeluh sendirian. Walaupun keadaan sudah sunyi, Maximo sudah
tidak boleh melelapkan matanya langsung.
Dia bangun perlahan-lahan, keluar dari bilik tidurnya dan pergi ke arah
Balkoni. Maximo duduk bersandar di kerusi rotan yang khas di belikan oleh Nia
untuk Maximo bersantai di balkoni.
“We
bought this chair specially for you so you can rest here while having your
evening tea.”
Terasa
terharu dengan keperihatinan Nia ketika itu.
Nia memang ambil berat sangat tentang Maximo, tetapi yang membuat
hatinya rasa bagai dihiris-hiris, sayang Nia kepada dirinya tidak seperti cinta
Nia pada Zaril Ikhwan.
Maximo
memeluk dirinya, angin dingin bertiup perlahan, terasa nyaman sekali. Perlahan
perasaan resah Maximo mula hilang. Dia
mula rasa bersedia untuk menmpuhi hari yang baru ini. Maximo
rasa begitu selesa dengan keadaan dingin di pagi hari itu. Selama setahun yang akan datang ini nanti,
Maximo tidak perlu risau tentang perubahan Iklim, tidak perlu fikir hendak beli
baju untuk musim panas, musim luruh atau musim bunga dan musim sejuk. Cuaca di
Malaysia ialah sama sepanjang tahun, menurut Nia Atirah, perbezaannya hanya kalau ada hujan,hujan
renyai-renyai, hujan lebat, hujan sangat lebat atau tiada hujan. Maximo memandang kesekeliling kawasan
apartment Sri Maya dan nun jauh di sana, ke a rah bandar Kuala Lumpur. Keadaan
sekeliling masih sunyi sepi. Tidak
banyak kenderaaan yang telah keluar di jalan.
Lampu-lampu jalan masih lagi menyala.
Maximo memandang ke arah langit.
Di ufuk timur, langit berwarna jingga.
Tidak lama lagi matahari akan naik dan hari akan bertukar menjadi
cerah. Semua yang sedang tidur akan
bangun dan mulakan aktiviti harian.
Kelihatan
bahagian dapur sesetengah apartment-apartment mula terang. Agaknya para ibu hendak menyediakan sarapan
untuk anak-anak ke sekolah. Nanti bila
Maximo turun untuk berjogging, ramai kanak-kanak sudah berada di bawah untuk ke
sekolah, sama ada menaiki bas sekolah atau dihantar oleh ibu bapa mereka. Suasana sunyi sepi mula bising dengan
aktiviti pagi, menandakan hari baru sedang bermula. Maximo suka dengan kekcohan
waktu pagi terutama sekali bila mendengar suara kanak-kanak yang sibuk hendak
ke sekolah.
Maximo
memandang ke arah apartment Houri dan Parvin. Seperti Maximo mereka berdua juga tidak
pernah menutup pintu kaca di balkoni atau tingkap. Hanya bidai buluh sahaja yang di pasang di
balkoni untuk menghalang hujan masuk atau menahan kepanasan cahaya matahari
dari masuk ke ruang tamu. Apartment
Houri dan Parvin masih gelap gelita.
Mereka berdua masih belum bangun lagi. Mungkin mereka keluar hingga
lewat malam, pada malam tadi. Mereka ada
mengajak Maximo keluar pada pukul sepuluh malam tadi tetapi Maximo terpaksa
menolak kerana dia hendak masuk tidur agak awal semalam. Maximo kepenatan. Keputusan Maximo itu betul kerana setelah
masuk tidur awal semalam, pagi ini walaupun tidurnya sekali lagi di ganggu oleh
bunyi panggilan yang mendayu-dayu itu, Maximo rasa segar.
Maximo
kemudiannya bersiap-siap untuk turun berjogging di sekitar kawasan Seri
Maya. Kalau ada masa dia boleh berenang
seketika, baru dia bersarapan dan bersiap-siap ke pejabat. Pagi yang tenang dan nyaman. Beginilah cara
yang terbaik untuk memulakan hari yang indah ini.
****************************************************
“Are
you sure it’s comes from your neighbours?” Soal Nia Atirah. “Describe to me the
disturbing sound.” Berkerut dahi Nia Atirah cuba menyelesaikan masalah Maximo.
“A
man voice calling out. Something maybe
Arabic?”
“Arabic?”
Are you sure. Maybe your Iranian friends are having a party?” Teka Nia Atirah. Memang ramai penghuni di situ dari Timur
tengah. Mungkin mereka ada buat majlis
keramaian sehingga menganggu tidur Maximo.
“You
mean Houri and Parvin?” Maximo menyoal
Nia Atirah, memandang wajah Nia
Atirah. Cuba memastikan sama ada Nia
Atirah betul-betul bertanya atau sekadar menyindir Maximo. Adakah Nia Atirah rasa cemburu Maximo
berkawan baik dengan Houri dan Parvin.?
Tetapi wajah Nia Atirah tidak menampakkan dia rasa cemburu, hanya
perihatin terhadap Maximo. Maximo tahu
dia hanya membuang masa tetapi kadang-kala hatinya tetap mengharap.
“No…
Nia..I told you it was not during midnight.
It’s early in the morning. Houri
and Parvin are asleep. Their apartment
was still dark at that time. Anyway, I
rarely sees them entertaining anyone.
Most of the time they went out until late.” Terang Maximo. Maximo berada di sebelah Nia yang sedang
memandu kereta. Nia datang ambil Maximo
untuk di bawa ke rumahnya, kemudian apabila Zaril Ikhwan balik dari pejabat,
mereka semua akan bertolak ke Utara.
Maximo
menjeling sekilas ke belakang. Sepupu
Nia Atirah, Damia Zahra hanya mendengar perbualan mereka berdua tanpa berkata
apa-apa. Maximo memberikan senyuman yang
tidak ada apa-apa makna kepada Damia Zahra, hanya tidak mahu kelihatan tidak
beradab kerana tidak memperdulikan Damia langsing sejak tadi lagi. Hari ini nampaknya Damia kelihatan begitu
cantik sekali dengan memakai tudung bewarna krim. Tetapi Damia tidak banyak bercakap hari ini,
Cuma diam dan memerhatikan sahaja Maximo dan Nia Atirah berbual.
Nampaknya
ke mana-mana sahaja Nia Atirah akan bawa Damia Zahra bersama. Kadang kala
Maximo ingin hanya berdua sahaja dengan Nia Atirah tanpa Damia yang menjadi
`chaperone’. Dapatlah dia berbual hal
peribadi dengan Nia Atirah. Mungkin dia
dapat lebih lagi selami apa perasaan Nia Atirah sebenarnya.
“Oh…
early morning? What time was it?” Tanya Nia Atirah lagi. Nia Atirah tidak sedar apa yang bermain dalam
fikiran Maximo.
“Yes..
at first, I woke up by the call at around 5.50 in the morning. Somewhere around that.”
“Around
5.50 am…” Nia Atirah kemudiannya ketawa
kecil. “It’s already morning. Everyone is already up by that time.” Kata Nia ATirah.
“Well…not
me! I usually wake up at 7.30 or 8.00
am, get ready and go to work by 8.30 am.”
Terang Maximo lagi. “There’s no
need for me to wake up that early and it is still dark.”
“We
wake up around that time because we must perform solah.” Terang Nia Atirah.
Tiba-tiba dia terfikir.
“Maxi..maybe
what you heard is muazim calling for prayer.”
“Uh…
really…Muazzim zalling for prayer.”
“You
know that muslim pray five times a day.
Before that muazzim will call for prayer from the mosque. It is in Arabic.”
“But
we have mosleem in Italy, and they pray too but I never heard that call.”
“Of
course you never heard the call in public. It was not allowed, unlike here. All mosque and mussola has muazim to call for
prayer, through the PA systems. It is
also in all the National televisyen and radio. Here we call it as azan.”
Maximo
mengerutkan dahinya cuba mengingatkan sama ada selama dia berada di Malaysia
dia ada terdengar azan berkemundang di televisyen atau radio atau semasa dia
berjalan di sekitar Kuala Lumpur. Dia betul-betul tidak perasan.
“But
anyway, the neighbours should have low down the volume of their radio. The sound woke me up everyday and then I
can’t go back to sleep. I gets upset every morning.” Adu Maximo kepada
Nia Atirah.
Damia
Zahra memandang sahaja mereka berdua
dari belakang tanpa berkata apa-apa tapi dalam hati dia geram juga dengan
Maximo.
“Sengallah
mamat Italy ni…” Rungut Damia Zahra sendirian.
“Aku yang bangun pagi-pagi buta, ambil
air sembhayang dalam sejuk-sejuk tu dan lepas tu sembahyang subuh, boleh tidur balik dengan senang aje.” Ini tidak boleh tidur balik bila sudah terjaga pun hendak
mengadu dengan Nia Atirah.
Nia
Atirah terus mengerutkan dahi memikirkan tentang masalah Maximo. Pelik juga jika difikirkan apa yang menganggu
Maximo selama ini. Dengan kedudukannya
di tingkat 20 dan rekabentuk dan kedudukan apartment Maximo, mana mungkin
Maximo dengar radio atau apa-apa bunyi yang datang dari jiran-jirannya. Lagi
pun di hadapan apartment Maximo bukan ada apa-apa bangunan lain yang
berhampiran. Kemungkinan ada masjid yang
terdekat yang mana bunyi azannya di bawa jauh hingga ke bilik tidur
Maximo. Nanti Nia ATirah akan tanya
dengan Zaril Ikhwan. Semasa mencarikan
apartment tersebut, Nia Atirah tidak pernah terfikir pun yang perkara begini
akan terjadi dan akan menggangu Maximo. Sebab
soal azan di waktu pagi bukan sesuatu yang mengganggu Nia Atirah. Malahan balik
sahaja Nia Atirah ke Malaysia, Nia
Atirah suka sangat dapat mendengar azan dengan berkumandang di semua ceruk
surau dan masjid. Membuat dia rasa tenang dan kini betul-betul telah berada di
tanah airnya sendiri yang dia rindu selama ini.
Kerana di Turin walaupun ada musolla tetapi semua kegiatan harus di
jalankan secara diam-diam teruatama
sekali bunyi panggilan bersolat, azan yang di katakan menganggu ketenteraman awam. Menurut brother Fouzi dan Hajer, kawan
baiknya semasa di Turin, kawalan menjadi
lebih ketat selepas peristiwa 11 September.
Rupa-rupa apa satu yang menjadi
ketenangan pada dirinya menjadi satu gangguan kepada Maximo. Nia Atirah mengangkat bahunya. “Iyelah...lain
orang lain. Bukannya sama.” Kata Nia Atirah dalam hatinya. Dia menjeling ke arah Maximo yang kini diam
seketika. Kelihatan belak di bawah mata Maximo.
“You
know! What made matter worse, when I
realised what woje me up early in the morning. Like you said the azan. Now I woke earlier than that. I kept hearing hearing voices in ... I don’t
know.... I think it is in arabic. ”
“Earlier
than that? What time?”
“Around
5.00 am. Sometimes 4. 30 am. An I can
sleep back after that!”
That
couldn’t be the call for prayer. The
call for prayer is around 5.40 to 6.00 am.”
Terang Ain Safiah. “Correct me if
I am wrong DZ.” Kata Nia ATirah
memandang Damia Zahra ke dalam cermin kereta, cuba membawa Damia Zahra masuk ke
dalam perbualan mereka berdua. Damia
Zahra menganggukkan kepalanya. Maximo
menoleh ke arah Damia Zahra seperti mahu kepastian dari Damia Zahra.
“Is
it true?” Soal Maximo kepada Damia
Zahra.
“Yes...
Suboh prayer is around 5.50 nowadays, it can be 10 minutes earlier or later according the time of the year.” Jawab Damia
lambat-lambat. Bila Nia ATirah sebut
nama Damia Zahra baru Maximo hendak pandang wajah Damia Zahra, barulah hendak
bercakap dengan Damia Zahra. Kalau tidak, dia jeling macam acuh tidak acuh sahaja. Macam Damia Zahra ni side kick Nia Atirah.
Pelakon tambahan yang hanya perlu dipandang sesekali. Maximo hanya mahu tumpukan perhatiannya pada
Nia Atirah.
“Apa
yang ada pada Nia Atirah yang membuatkan Maximo hanya pandang dia sahaja.”
Soalan itu sentiasa bermain dalam fikiran Damia Zahra. Keistimewaan
apa yang ada pada Nia Atirah. “Memanglah
Kak Nia baik orangnya.” Nia Atirah juga
bijak dan pandai ambil hati orang. Damia
Zahra pun sayang dengan Nia Atirah. Tapi
di mata Maximo, Nia Atirah seperti terlalu istimewa. Berseri wajahnya bila dia
dapat pandang wajah Nia Atirah.
“Pelik
betul!” Abang Zaril pun sayang sangat
dengan Nia Atirah. Damia selalu perasan walau di mana-mana sahaja
kalau berjauhan sikit, mata Zaril Ikhwan
akan mencari kelibat Nia Atirah.
Agakny Zaril Ikhwan takut sangat
NiaAtirah hilang lagi. DZ masih ingat
lagi kisah Zaril Ikhwan dan Nia Atirah.
Waktu itu zaman kegelapan bagi Zaril Ikhwan. Walaupun Damia masih muda
lagi waktu itu tetapi dia dapat rasakan kesengsaraan Zaril Ikhwan dan
keluarganya ketika itu. Ibu Bapa Damia
Zahra juga turut susah hati dengan dengan keadaan Zaril Ikhwan. Macam tidak ada harapan untuk semboh dan
nampaknya bakal dihantar rumah pemulihan sahaja. Damia Zahra juga masih tidak lupa pada hari
perkahwinan Zaril Ikhwan dan Nia Atirah.
Memang dia masih remaja lagi tetapi dia tahu apa yang diperkatakan dan
di bincangkan oleh Wan,kedua ibu bapanya
dan juga Pak Long dan Mak Long Hanida.
Ketika itu Damia rasa begitu kasihan sangat dengan Nia Atirah. DIa seperti menjadi korban apabila di
kahwinkan dengan Zaril Ikhwan. Damia Zahra tidak dapat bayangkan bagaimana Nia
Atirah akan habiskan hidupnya bersama orang seperti Zaril Ikhwan ketika
itu. Begitu gelap di rasakan kehidupan
yang akan ditempohi oleh Nia Atirah.
Pada beberapa bulan berikutnya nyata kelihatan Nia ATirah begitu
menderita. Damia Zahra mencuri-curi
mendengar perbualan bibik dan mamanya sendiri atau dengan Kak Yati. Walaupun Wan tidak beritahu mereka secara
terang-terangan tetapi mereka tahu yang ada kalanya Nia ATirah teruk didera
secara fizikal oleh Zaril Ikhwan. Sedih
betul keadaan mereka semua ketika itu.
Tambahan Mak Long Hanida yang asyik mengatakan tindakan Wan mengahwinkan
Nia Atirah dan Zaril Ikhwan adalah satu tindakan bodoh dan kalau Zaril Ikhwan
waras sudah tentu dia tidak akan setuju dikahwinkan dengan gadis kampong
seperti Nia Atirah. Pada Mak Long Hanida
lagi Zaril Ikhwan memang tidak akan semboh dan patut di leatkkan di rumah
pemulihan.
Tetapi
yang ajaibnya berkat usaha Nia Atirah, dari
hari ke hari nampak perubahan pada diri Zaril Ikhwan. Damia masih lagi ingat betapa seronoknya
mereka semua bila balik ke kampong melawat Wan dan mendapati Zaril Ikhwan kian
sihat dan sudah mula mengenali mereka, memberikan senyuman pada mereka dan
membalas pertanyaan mereka walaupun dengan ayat-ayat ringkas.
Kemudian
Nia Atirah hilang begitu sahaja tanpa kabar berita bertahun-tahun lamanya. Damia tidak faham apa sebenarnya
berlaku. Kedua ibu bapanya juga tidak
tahu apa yang berlaku kerana perpisahan Zaril Ikhwan dan Nia Atirah berlaku di
Paris. Bila Zaril Ikhwan Mak Long Hanida
dan Pak Long balik dari Paris, mereka
semua tidak dibenarkan menyebut nama Nia Atirah lagi dihadapan Zaril
Ikhwan. Zaril Ikhwan bertukar menjadi
seorang yang dingin dan hanya mementingkan kerjayanya. Dia jadi jauh dari mereka yang menyayanginya.
Tetapi
rupa-rupanya jodoh mereka masih panjang lagi.
Entah macamana Zaril Ikhwan bertemu semula Nia Atirah di Turin
Italy. Sesuatu yang tidak disangka.
Macamana Nia Atirah berada di Di Italy selama ini dan tidak pulang-pulang ke
Malaysia. Rupa-rupanya Nia Atirah ada
seorang anak lelaki hasil dari perkahwinan mereka berdua dan cuba menyorokkan
Hazeril dari [engetahuan Zaril Ikhwan kerana takut Zaril Ikhwan merampas
Hazeril dari dirinya. Pada Damia mereka
berdua hanya buang masa sahaja. Kalau
sudah saling sayang menyayang mengaku sahajalah. Tunjuk
lah apa yang tersirat dalam hati, buat apa hendak sembunyi apa yang kita
rasa sebenarnya. Bukankah mereka berdua
buang masa hampir 5 tahun membawa diri masing-masing sebab mereka berdua tidak
ada keyakinan dengan keteguhan cinta masing-masing. Nasib baik mereka masih bersama dan Hazeril dan
Mia Zara. Kalau tidak kesihan dengan
Hazril dan Miazara. Geram bila di
fikirkan tindakan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan kerana keegoaan masing-masing,
anak-anak mereka yang akan menjadi mangsa. Nasib baik mereka sedar akan
kesialpan masing-masing dan menrendahkan ego masing-masing demi kerana perasaan
cinta terhadap satu sama lain dan kasih sayang kepada Hazeril. Kalau tidak bayangkan Zaril Ikhwan dan
Hazeril akan tinggal di Malaysia dan Nia Atirah dan Miazara tinggal di Turin,
Nia Atirah akan sorok Miazara dari pengetahuan Zaril Ikhwan kerana takut di
rampas oleh Zaril Ikhwan. Hazeril dan Miazara tidak akan kenal antara satu sama
lain selamanya kalau Zaril Ikhwan dan Nia Atirah terus berdegil. Sebab itu Damia Zahra rasa sifat suka
memendam rasa tidak sesuai buat sekarang ini.
Kalau sudah suka, luahkan sahaja perasaan itu. Jangan simpan kerana akan buang masa. Kalau hendak seseorang, usaha sehingga
berjaya dapat tawan orang itu. Buat apa
hendak sorok-sorok dalam hati. Rugi
nanti.
“It’s
not going to happen to me. I will fight
to get Maximo!” Kata Damia dalam
hatinya. Dia menoleh kea rah tingkap
memandang keluar. Dia perlu merancang
dengan sebaik mungkin bagaimana hendak buat Maximo jatuh cinta dengan
dirinya. Mereka akan bersama Maximo
sepanjang ujung minggu ini nanti. Damia
Zahra akan cari peluang agar dia akan dapat menghabiskan banyak masa dengan
Maximo. Yang penting dia perlu aleh perhatian Maximo dari Nia Atirah. Baru Maximo akan nampak Damia Zahra sebagai
seorang wanita yang cukup layak untuk dirinya.
Hanya Damia yang satu-satunya wanita yang layak untuk Maximo. Damia Zahra tersenyum sendiri.